Jumaat, 1 Julai 2011

Berita Harian: Wilayah

Berita Harian: Wilayah


40 rumah hampir hanyut

Posted: 30 Jun 2011 03:24 PM PDT

Wilayah

 HAKISAN tebing sungai yang serius mengancam penempatan Orang Asli  Pos Sendrop.

HAKISAN tebing sungai yang serius mengancam penempatan Orang Asli Pos Sendrop.

Hakisan sungai jejas keselamatan Orang Asli Pos Sendrop

GUA MUSANG: Lebih 40 keluarga Orang Asli di Pos Sendrop kini dalam keadaan bahaya kerana rumah mereka terdedah dengan bahaya tanah runtuh berikutan hakisan tebing sungai yang teruk seminggu lalu.

Setiap kali hujan lebat, keluarga Orang Asli itu akan meninggalkan kawasan itu kerana bimbang rumah akan menyembah bumi dan dibawa arus deras sehingga mengancam nyawa. Mereka mendakwa, masalah hakisan tebing sungai itu bukan baru, tetapi sudah bermula sejak setahun lalu dan keadaan semakin serius sejak minggu lalu.

Tinjauan Berita Harian mendapati, tebing sungai yang runtuh itu hanya tinggal dua meter daripada rumah penduduk Orang Asli dan pokok buah-buahan berhampiran sungai sudah tumbang disebabkan hakisan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Pos Sendrop, Rashid Akoh, berkata kejadian terbaru yang menghantui penduduk sejak seminggu lalu apabila gegaran kuat berlaku kerana tebing sungai runtuh dilanda arus sungai.

"Kejadian itu berlaku 10 malam apabila hujan lebat sebelum penduduk terdengar bunyi dentuman kuat tebing sungai runtuh di belakang rumah sebelum mereka bertindak keluar dari rumah untuk menyelamatkan diri," katanya.
Rashid hairan sikap pihak tertentu yang hanya membisu berhubung masalah dibangkitkan walaupun sebelum ini sudah beberapa kali laporan dibuat.

Seorang penduduk Orang Asli, Jali Pandak, 67, berkata, kejadian hakisan tebing sungai itu berikutan pengusaha kebun sayuran mengalihkan aliran sungai menghampiri tebing penempatan penduduk Orang Asli.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Noradila hamil 6 bulan didakwa ambil Methamphetamine

Posted: 30 Jun 2011 03:23 PM PDT

Wilayah

 Noradila  di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

Noradila di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang sarat mengandung enam bulan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mengambil dadah jenis Methamphetamine di rumahnya di Jalan Pasir Panjang, di sini.

Noradila Arifin, 30, yang sedang mengandung anak ketiganya, disahkan positif syabu dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda tidak lebih RM5,000.

Tiada pengakuan daripada ibu dua anak itu direkodkan ketika pendakwaan dijalankan Inspektor Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Ab Latif dan tertuduh mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah. Noradila kemudian membenarkan jaminan RM1,300 dan menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. Sehingga jam 3 petang semalam, tertuduh belum membayar jaminan dan jika tiada penjamin, dia akan ditahan di Penjara Wanita Pengkalan Chepa, Kelantan.

Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan bersama suaminya berusia 32 tahun di rumah mereka di Jalan Pasir Panjang kira-kira jam 5.32 petang kelmarin selepas sepasukan 11 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu melakukan serbuan ke rumah itu hasil maklumat awam.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid ketika ditemui di pejabatnya berkata, ujian air kencing dijalankan terhadap suami tertuduh disahkan positif syabu dan pil kuda.

"Suaminya mengambil sebiji pil kuda setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM30 sehari, manakala isterinya ketagih syabu dan membelanjakan kira-kira RM400 sehari untuk mengambil dadah itu," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan