Isnin, 18 Julai 2011

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Kebebasan badan kehakiman dilindungi

Posted: 18 Jul 2011 04:37 PM PDT

Nasional

(DARI KIRI) Naib Presiden Eksekutif CMJA, Sir Philip Bailhache, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Presiden CMJA, Norma Wade Miller dan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi pada majlis perasmian Persidangan Persatuan Majistret dan Kehakiman Negara Komenwel (CMJA) 2011. - Foto Ghazali Bujang

(DARI KIRI) Naib Presiden Eksekutif CMJA, Sir Philip Bailhache, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz Presiden CMJA, Norma Wade Miller dan Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi pada majlis perasmian Persidangan Persatuan Majistret dan Kehakiman Negara Komenwel (CMJA) 2011. - Foto Ghazali Bujang

Malaysia komited mantap institusi mahkamah: PM

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata Malaysia komited untuk melindungi dan memastikan kebebasan berterusan badan kehakiman di negara ini kerana ia adalah komponen utama dalam sistem demokrasi dan antara faktor penting bagi pencapaian negara.

Perdana Menteri berkata, badan kehakiman di Malaysia banyak mengalami perubahan sejak merdeka dan pembaharuan sistem itu pada masa depan penting untuk memastikan ekonomi negara mengalami pertumbuhan berterusan selain melindungi kebebasan sivil penduduknya. "Tiga dekad pertama selepas kemerdekaan, badan kehakiman bebas daripada pergolakan, tetapi pada penghujung 1980-an menyaksikan perubahan besar dan dilanda kontroversi serta menerima banyak kritikan.

"Kemerosotan keyakinan awam terhadap badan kehakiman menyebabkan langkah segera diambil untuk memperkukuhkan dan melindungi kebebasan badan kehakiman," katanya ketika merasmikan Persidangan Majistret dan Hakim Komanwel 2011, di sini semalam.

Teks ucapan Najib dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz. Turut hadir, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi. Seramai 320 peserta dari 32 negara Komanwel menyertai persidangan empat hari itu.

Najib berkata, selain itu, akauntabiliti badan kehakiman banyak membantu membina keyakinan dalam sistem perundangan dan pengamal undang-undang.
Beliau berkata, memantapkan badan kehakiman sebagai sebuah institusi adalah satu proses berterusan terutama di Malaysia yang penduduknya terdiri daripada pelbagai kaum.

"Amat penting bagi mahkamah memenuhi keperluan setiap rakyat dengan melakukan penambahbaikan dan meningkatkan akses kepada keadilan. Justeru, Malaysia sudah melakukan pelbagai pembaharuan komprehensif yang dapat meningkatkan tahap efisien mahkamah secara drastik," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, persidangan itu dapat meningkatkan persefahaman dan pertukaran pandangan antara pengamal undang-undang dalam negara Komanwel.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tak tunduk ugutan pembangkang

Posted: 18 Jul 2011 04:35 PM PDT

Nasional

MUHYIDDIN mendengar ucapan sempena pembukaan Sidang Kemuncak Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur (EAS EMM) di Bali, semalam.

MUHYIDDIN mendengar ucapan sempena pembukaan Sidang Kemuncak Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur (EAS EMM) di Bali, semalam.

KERAJAAN tidak akan tunduk kepada ugutan pembangkang untuk berterusan mengadakan perhimpunan haram seperti BERSIH menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) sekiranya tuntutan BERSIH tidak dipenuhi.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata tindakan pembangkang itu bermotifkan politik untuk membangkit dan menyemarakkan kebencian rakyat terhadap kerajaan seolah-olah kerajaan tidak bertimbang rasa, sistem pilihan raya negara terlalu kuno dan prosesnya dijalankan secara tidak teratur.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pembangkang tidak mengambil kira langsung penjelasan diberikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai lapan perkara dituntut oleh BERSIH. "Apakah hasil daripada perhimpunan haram itu (BERSIH)? Isu kononnya polis mengamalkan tindakan terlalu kejam, mereka (pembangkang) memutarbelitkan fakta menerusi video dalam YouTube.

"Semua tidak ada tujuan lain tetapi membangkit dan menyemarakkan kebencian terhadap kerajaan. Jadi kita harap ada perasaan tanggungjawab dan kita harus ada rasional dalam menghadapi perkara seperti ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mesyuarat tidak formal Sidang Kemuncak Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur (EAS EMM) yang turut meliputi Perbincangan Dasar Pada Peringkat Menteri bertajuk 'Meningkatkan Kualiti Pendidikan Melalui Kerjasama Serantau' di sini, semalam.

Mengenai usaha mematahkan 'serangan' pembangkang menyemarakkan kebencian rakyat itu pula, Muhyiddin berkata, polis akan memantau, manakala kerajaan memperhebat proses memberikan penjelasan mengenai hakikat sebenar supaya seluruh kelompok masyarakat memahaminya.
"Aspek penyebaran maklumat tepat itu penting untuk kita perluaskan supaya semua mengetahui keadaan sebenar serta tidak mudah terpengaruh dengan beberapa media sosial dan media alternatif yang kadang-kadang memutarbelitkan fakta sedangkan keadaan sebenarnya tidak sebegitu," katanya.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan