Berita Harian: Nasional |
| KL, London janji perkukuh hubungan Posted: 16 Jul 2011 02:08 PM PDT Nasional NAJIB ketika menyampaikan amanat pada majlis makan malam bersama rakyat Malaysia di London, kelmarin. MALAYSIA dan United Kingdom (UK) berjanji mengukuhkan semula hubungan diplomatik dan politik kedua-dua negara yang kurang intim sejak beberapa tahun lalu. Perkara itu antara topik perbincangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan rakan sejawatannya, David Cameron di No 10 Downing Street, di sini kelmarin. Najib yang mengakhiri lawatan rasmi ke UK semalam menjelaskan Cameron dan beberapa pemimpin kanan UK yang ditemuinya mengakui selama ini mereka tidak begitu memberi tumpuan terhadap hubungan diplomatik dan politik kedua-dua negara.Malaysia dan UK setuju masanya sudah tiba untuk membetulkan semula hubungan dua negara itu. Cameron juga sedia melawat Malaysia pada tarikh sesuai. Ketika Tony Blair dan Gordon Brown menjadi Perdana Menteri, mereka tidak melakukan lawatan ke Kuala Lumpur. Menurut Najib, kedua-dua negara mempunyai kedudukan geo-politik yang perlu diberi perhatian lebih tinggi. "UK mengakui Malaysia negara penting dan mereka perlu memberi fokus dalam agenda kerja negara itu. Saya lihat dari segi objektifnya, nampak interaksi dalam lawatan rasmi kali ini. Ia mencapai objektif," katanya yang berpuas hati dengan hasil lawatan kerana dapat menjelaskan kepada kerajaan UK dan ketua industri mengenai hala tuju dan pelan transformasi negara.
Dalam lawatan itu, Malaysia dan UK menandatangani enam memorandum persefahaman (MoU) membabitkan kerjasama antara kerajaan, sektor swasta, agensi kerajaan dan universiti. Antara lain, MoU membabitkan PETRONAS dan Petrofac Limited adalah kerjasama menggunakan teknologi terkini bagi membangunkan lapangan marginal di Malaysia bersama syarikat tempatan. Ia dapat menentukan tahap pengeluaran minyak dan gas yang lebih tinggi melalui pembangunan kawasan yang selama ini dianggap lapangan marginal. Najib yang turut melawat pembangunan semula sistem pengangkutan kereta api bawah tanah di London, berkata ada syarikat dari UK diberi kerja perundingan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dan mereka berminat mengambil bahagian dalam pembangunan MRT. Beliau juga mengadakan rundingan meja bulat dengan 25 ketua industri antaranya dalam bidang pembuatan, pendidikan, kewangan, media, penjagaan kesihatan, pe-
Sementara itu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mendapat tawaran menjadi seorang daripada penaung Universiti Wanita Asia (AUW) di Chittagong, Bangladesh. Tawaran dalam sepucuk surat itu dihantar kepadanya oleh Canselor AUW, Cherie Blair yang juga isteri bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair. "Insya-Allah saya akan terima tawaran beliau dan menghantar jawapan sekembalinya saya ke Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini, semalam. Rosmah mengiringi suaminya dalam lawatan rasmi ke UK. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| Kajian komprehensif sistem pendidikan Posted: 16 Jul 2011 01:57 PM PDT Nasional MUHYIDDIN bersalaman dengan seorang pengerusi Kelab UMNO di Surabaya, semalam. KERAJAAN dijangka meneliti laporan awal keperluan untuk mengkaji secara komprehensif sistem pendidikan negara, selewat-lewatnya akhir tahun ini, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan Perdana Menteri berkata, pasukan khas yang ditubuhkan awal tahun ini dan diketuai Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abdul Ghafar Mahmud kini meneliti format Penyata Razak 1956 bagi menghasilkan laporan itu. "Sebaik siap, laporan itu akan dibentangkan ke Kabinet dan jika mendapat kelulusan Perdana Menteri bagi meneruskan kajian itu, aspek yang akan menjadi tumpuan utama serta jangkaan sama ada akan dilakukan perubahan atau rombakan besar-besaran terhadap sistem pendidikan sedia ada akan diketahui," katanya kepada wartawan Malaysia pada akhir lawatan rasmi tiga harinya ke sini, semalam.Terdahulu, beliau mengadakan pertemuan dan berdialog dengan pemimpin Kelab UMNO Indonesia yang turut dihadiri Pengerusi kelab itu, Mohd Feendi Mohd Fauzi Yap. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, Penyata Razak perlu diteliti untuk menentukan sama ada syor dan pengakuan dikemukakan sudah dicapai sepenuhnya. "Langkah ini diambil selepas menerima pelbagai pandangan umum dan media, sama ada sistem sekarang mencapai matlamat dalam usaha untuk mendidik anak bangsa," katanya.
Bagaimanapun, kata Muhyiddin, pelbagai usaha dan tindakan dilakukan secara berperingkat untuk menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran, selain infrastruktur, inti pati, pendidikan guru dan kurikulum sekolah di negara ini. Terdahulu, Muhyiddin berkata pemimpin berjawatan dalam kerajaan akan diminta menemui pelajar dan rakyat Malaysia di luar negara secara lebih kerap bagi menjelaskan pelbagai isu semasa. "Penjelasan perlu diberi kepada pemimpin Kelab UMNO luar negara, mahasiswa dan ahli politik negara asing berhubung situasi terkini negara supaya mendapat gambaran lebih tepat," katanya. Sebelum ini, beliau turut mengadakan pertemuan dengan sekumpulan usahawan muda dan tokoh korporat di sini yang berminat membuka operasi syarikat di Malaysia. Di BALI, Muhyiddin dijangka tiba di sini hari ini bagi menghadiri mesyuarat tidak formal Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (ASED), Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran (EMM) ASEAN+3 dan Sidang Kemuncak Mesyuarat Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur (EAS EMM), selama dua hari. ASEAN + 3 adalah pakatan kerjasama negara anggota ASEAN dan China, Korea Selatan dan Jepun untuk kerjasama serantau. Muhyiddin akan turut hadir pada Majlis Makan Malam Kerja ASED Tidak Formal yang antara lainnya turut membincangkan pendidikan sebagai bidang utama teras komuniti sosiobudaya serta cadangan pembangunan rangka kerja bagi pemindahan kredit dalam kalangan penuntut universiti.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan