Berita Harian: Nasional |
BN sedia tamatkan belenggu 21 tahun Posted: 02 Jul 2011 04:14 PM PDT Nasional NAJIB bersalaman dengan penyokong Gelombang Merah yang berhimpun di Sekolah Kebangsaan Sri Aman, Kampung Tok Nik, Pasir Puteh, semalam. - Foto Zamanhuri Isa MACHANG: Datuk Seri Najib Razak berkata, segala isu yang membelenggu rakyat Kelantan selama 21 tahun berada di bawah pentadbiran kerajaan PAS boleh diubah andai mereka memberi mandat kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN berkata, pelbagai masalah yang berlaku di bawah pentadbiran PAS seperti isu Ladang Rakyat, Bazar Tok Guru, bekalan air bersih, menjadikan kerajaan negeri ini sekarang hanya sibuk mempertahankan diri, tidak lagi seperti sebelum ini. "Kita memberi alternatif lebih baik kepada Kelantan dan ini yang dikehendaki rakyat untuk mereka membuat perbandingan secara mendalam," katanya pada sidang media selepas majlis perjumpaan bersama rakyat dan penyokong pasukan bola sepak Kelantan, 'The Red Warriors' yang dihadiri lebih 15,000 orang di Sekolah Kebangsaan (SK) Machang I, di sini, semalam.Najib yang juga Presiden UMNO berharap Gelombang Merah akan membakar semangat ahli UMNO Kelantan untuk menumbangkan PAS. Sementara itu, Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja seharinya ke negeri ini, yakin sebarang tindakan pihak berkuasa dalam menangani perhimpunan haram BERSIH 2.0, 9 Julai ini akan dilakukan secara berhemah supaya tidak mencetuskan taksiran tidak tepat. Terdahulu ketika memulakan lawatan di Pasir Puteh, Najib menyifatkan kehadiran lebih 20,000 masyarakat sanggup menunggunya pada majlis pemimpin bersama rakyat di SK Sri Aman, Kampung Tok Nik, walaupun dalam keadaan hujan lebat menjadi pembayang kepada sokongan padu terhadap UMNO serta BN di negeri ini. Pada majlis itu, Perdana Menteri menjemput seorang penyokong kuat PAS, Raja Abdullah Raja Muhmud, 57, yang dikatakan mempunyai pertalian darah dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat naik ke pentas bersamanya sebelum menyertai pemimpin UMNO dan BN lain melaungkan Gelombang Merah dan Hidup BN. Sementara itu di KOTA BHARU, ketika berucap di hadapan lebih 10,000 hadirin majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia di pekarangan Wisma Persekutuan di sini, malam tadi, Najib berkata, satu projek perumahan berkualiti besar-besaran akan dilancarkan di Kelantan bagi memberi peluang kepada rakyat tidak berkemampuan di negeri ini memiliki kediaman selesa seandainya BN menjadi kerajaan negeri pada pilihan raya umum akan datang. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komendinz tak kira lah sapa yg memerintah kelantan janji kebajikkan dan kemakmuran serta kemodenan penting untuk hidup dalam alaf baru ini.jangan hanya pandai berkata2 tapi tidak melaksanakannya.... izam idris Hidup UMNO, Hidup BN bersama kita bersatu untuk merampas kelantan dari Parti yg tak tahu tujuan yg matalamatnya boleh bertukar tukar & paling menduka citanya pas boleh bertukar dari parti islam ke parti???????? tah, dah tak tahu tujuan nya. Apa yg saya ketahui, pas hanya mengunakan islam sebagai topeng. Yg paling lucu pas tukar sebab takut kat dap
adam benjamin Perdana Menteri kita menunjukkan kepada umumnya belia bahawa pemimpin berjiwa rakyat dan membuatkan rakyat begitu selesa bersama pemimpin.Secara tak lansung bahawa konsep 1Malaysia dapat diterima oleh rakyat Malaysia. DINO Rakyat Kelantan harus bijak memilih kerajaan yang mampu memilih kebaikan dan kemajuan untuk mereka. pelajar universiti kami sayang keamanan negara Malaysia,
marzuelaimiey bin mohamed idup bn...gomo kelate gomo pas wargamas saya kagum membaca perihal PM melepaskan belenggu Rakyaat Kelantan yang sedang menerima berbagai faedah walau pun sadikit tanpa manyatakan apakah ada pemberian yang sedemikian rupa di negeri-negeri di bawah BN spt Johor. Sawajarnya nyatakan kelebihan itu. WWE THE RED WARRIORS HEBAT. BETUL LA TU..JIKA NAK DIBANDINGKAN DENGAN BEKAS KEPIMPINAN KAFA DULU Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Subsidi benih, baja kekal: TPM Posted: 02 Jul 2011 04:14 PM PDT Nasional MUHYIDDIN diiringi Zambry pada perasmian Larian Serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan di Taiping, semalam. BAGAN SERAI: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan subsidi padi terutama benih dan baja akan terus disalurkan kepada pesawah seluruh negara selagi Barisan Nasional (BN) memerintah. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia berikutan kepentingan tanaman padi dalam mengekalkan Dasar Makanan Negara yang menetapkan 70 peratus daripada beras digunakan rakyat tempatan adalah keluaran dalam negara dan hanya 30 peratus diimport. "Selagi BN diberi kuasa dan mandat untuk memajukan serta memberi kesejahteraan rakyat, subsidi padi akan diberikan selama-lamanya."Proses rasionalisasi subsidi hanya dilakukan terhadap barangan lain kerana kita mahu memastikan subsidi itu hanya disalurkan kepada golongan yang tepat," katanya pada majlis Kenduri Rakyat di Alor Pongsu, di sini, sempena Program Turun Padang beliau ke Perak, semalam. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, mengakui isu kenaikan harga barangan sering dibangkitkan oleh rakyat setiap kali beliau mengadakan program turun padang. Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan RM250,000 untuk baik pulih Masjid Alor Pongsu diikuti pengumuman RM1 juta kepada kerajaan negeri untuk menyelesaikan beberapa isu yang timbul di kawasan Bagan Serai manakala RM150,000 untuk membina gelanggang futsal di Parit Haji Kassim. Seramai 4.1 juta pelajar atau lebih tepat 4,137,126 pelajar daripada 9,980 sekolah menengah dan sekolah rendah seluruh negara menyertai larian serentak 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat kebangsaan pagi semalam. Acara berkenaan yang mencipta rekod Malaysia Book of Records (MBR) bagi kategori larian pelajar sekolah serentak terbesar itu dilancarkan. Sebaik larian berkenaan tamat kira-kira jam 8.30 pagi, wakil MBR, Diana Paul, menyerahkan sijil pengiktirafan rekod acara berkenaan kepada Muhyiddin untuk diserahkan kepada Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Abd Ghafar Mahmud. Ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Pemimpin di Taman Kaya, Muhyiddin memberi amaran terhadap kemungkinan kuasa asing mengambil kesempatan mencampuri urusan negara ini, jika keadaan di dalamnya bergolak Justeru, Timbalan Perdana Menteri mengingatkan rakyat supaya tidak terjebak dengan perbuatan mungkar Datuk Seri Anwar Ibrahim dan konco-konconya termasuk yang menggunakan nama NGO untuk menimbulkan suasana buruk dalam negara melalui perhim-punan BERSIH, bagi mencerminkan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan proses pilihan raya negara yang begitu buruk dan tidak telus. Muhyiddin turut mengumumkan peruntukan masing-masing sebanyak RM200,000 bagi pembinaan surau dan tokong di Taman Kaya dan RM100,000 kepada masyarakat India di situ. Beliau juga mengumumkan peruntukan RM500,000 bagi menaik taraf Pasar Awam Taman Kaya dan RM2.5 juta untuk pembinaan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Taman Kaya. Sementara itu di KUALA LUMPUR, Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abd Rahman meluangkan masa menyaksikan Konsert Festival Muzik Kuala Lumpur (FMKL 2011) bertema Kembara Muzik: Klasik Kontemporari di Istana Budaya di sini, malam tadi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan