Berita Harian: Nasional |
Sungai Klang, Gombak ikon baru ibu negara Posted: 01 Jul 2011 04:14 PM PDT Nasional NAJIB mendengar penerangan Pengarah Urusan Perancangan, Reka Bentuk dan Pembangunan Asia Tenggara AECOM, Scott Dunn mengenai pelan induk Projek Sungai Nadi Kehidupan di Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR: Projek Sungai Nadi Kehidupan bakal merubah wajah Sungai Klang dan Sungai Gombak bagi menjadikan kawasan tepian air Kuala Lumpur sebagai ikon baru ibu negara serta membantu menjana pertumbuhan nilai hartanah dan ketibaan pelancong. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata usaha membangunkan tepian Sungai Gombak dan Sungai Klang, tidak terhenti kepada pembangunan infrastruktur untuk warga kota, tetapi merangkumi usaha meningkatkan kualiti air sama seperti projek pemuliharaan sungai CheongGyeCheon, di Seoul, Korea Selatan. "Banyak bandar raya terunggul dunia seperti London, Paris, Melbourne dan Amsterdam mempunyai jalan air yang begitu ikonik dan terkenal. Tepian jalan air ini menjadi destinasi meriah yang menjadi tarikan pelancong dan tumpuan warga kota untuk pelbagai aktiviti sosial dan ekonomi," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pecah tanah projek Sungai Nadi Kehidupan di sini semalam. Turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala. Projek yang membabitkan tiga komponen ini iaitu pembersihan sungai, pengindahan dan pembangunan koridor sungai bakal merubah wajah kota raya sebagai sebuah kawasan tepian air (waterfront) dalam kerangka projek Greater Kuala Kumpur dan Lembah Klang. Apabila siap kelak, warga kota boleh beriadah di tepian air, berbasikal dari Setapak sehingga ke Brickfields, selain kajian turut dijalankan bagi memperkenalkan laluan air untuk warga kota.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Pastikan keluarga gaji rendah miliki rumah Posted: 01 Jul 2011 04:14 PM PDT Nasional KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak mahu semua keluarga berpendapatan rendah dan sederhana di negara ini dapat memiliki rumah mampu milik yang bukan saja selesa serta mapan, tetapi turut dilengkapi tenaga alternatif boleh diperbaharui.Perdana Menteri berkata, seboleh-bolehnya kemudahan tenaga alternatif itu disediakan di rumah mampu milik supaya dapat mengurangkan bebanan bil yang ditanggung oleh rakyat, sekali gus memperbaiki standard kehidupan mereka. Justeru, beliau berkata, Pertubuhan Arkitek Malaysia (PAM) boleh memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia kerana sumbangan minda paling kreatif dan berbakat negara ini diperlukan untuk mencapai wawasan itu. "Dalam landskap sosioekonomi kita sekarang, perumahan kekal menjadi isu kritikal kepada semua rakyat Malaysia dan untuk menangani perkara ini, saya akan melancarkan satu skim perumahan mampu milik yang baru, lusa."Skim perumahan ini akan menyediakan pinjaman 100 peratus pada harga mampu dimiliki oleh pembeli yang berpendapatan rendah dan sederhana," katanya ketika berucap merasmikan Datum: KL Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2011 di sini, malam tadi. Datum: KL Festival Seni Bina Kuala Lumpur 2011 yang berlangsung selama sebulan. Pada majlis itu, Najib juga dianugerahkan Ahli Kehormat PAM. Najib juga melancarkan penerbitan baru PAM bertajuk '30 Under 40' yang memaparkan 30 arkitek Malaysia yang sedang meningkat naik dan berusia di bawah 40 tahun. Najib berkata, seni bina mampu menyumbang kepada kejayaan ekonomi serta daya saing negara selain berperanan penting bukan saja dalam projek mercu tanda seperti Menara Petronas, tetapi dalam bangunan lebih kecil dan sederhana seperti sekolah, pusat komuniti serta ruang berkaitan agama. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Nasional To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan