Ahad, 24 Julai 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Amah Filipina ditemui mati dibunuh

Posted: 24 Jul 2011 02:35 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Seorang pembantu rumah rakyat Filipina ditemui mati dengan kesan lebam di badan dan hentakan di kepala di rumah majikannya di Jalan Gasing, Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Mayat mangsa ditemui terbaring di bilik tidur oleh majikannya kira-kira jam 12 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, ketika dihubungi berkata pemeriksaan awal forensik mendapati mangsa yang berumur 36 tahun itu mati akibat kesan hentakan di belakang kepala selain terdapat beberapa kesan lebam pada badannya. "Polis masih menyiasat motif kejadian dan senjata yang digunakan suspek dalam kes pembunuhan ini.

"Kita juga tidak menolak kemungkinan mangsa mengenali suspek kerana tiada kesan pecah masuk atau umpilan pada pintu rumah itu," katanya.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat beberapa barang milik suspek yang dipercayai hilang berdasarkan keadaan bilik yang berselerak.

"Mangsa bekerja sebagai pembantu di rumah ini selama sembilan tahun dan ketika kejadian mangsa bersendirian di rumah majikannya. Polis kini masih mencari bukti bagi menjejaki suspek," katanya.
Mayat wanita itu di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.

Sementara itu, dalam kes berlainan, seorang wanita maut manakala kawan lelakinya cedera parah dalam kemalangan di KM18 Jalan Klang Gate menghala ke arah Ampang dekat sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 pagi itu, mangsa, Puteri Yushru Qistina Mazlan, 20, dipercayai menunggang motosikal dengan laju sebelum terbabas di satu selekoh lalu melanggar pembahagi jalan.

Ketua Polis Ampang, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata berikutan hentakan kuat antara motosikal itu dengan pembahagi jalan berkenaan, mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

"Mangsa yang juga pelajar sebuah kolej swasta di Kota Damansara meninggal dunia kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan mayatnya dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat," katanya melalui khidmat SMS hari ini.

Beliau berkata, kawan lelaki mangsa yang berumur 26 tahun cedera di bahagian badan dan dihantar ke Hospital Ampang untuk menerima rawatan lanjut. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Suspek serangan Norway bertindak sendirian: Polis

Posted: 24 Jul 2011 02:02 AM PDT

[unable to retrieve full-text content]OSLO: Polis Norway hari ini menyatakan suspek serangan berkembar yang membunuh sekurang-kurangnya 92 orang bertindak sendirian selepas beberapa saksi memberitahu seorang lagi lelaki bersenjata mengambil bahagian dalam pembunuhan beramai-ramai itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan