Berita Harian: Mutakhir |
| Skuasy Terbuka Malaysia: Nicol David raih kemenangan ke-7 Posted: 23 Jul 2011 02:16 AM PDT [unable to retrieve full-text content]PETALING JAYA: Pemain skuasy nombor satu dunia, Datuk Nicol Ann David meraih kemenangan ketujuh berturut-turut dalam Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia CIMB 2011 yang berlangsung di The Curve, Mutiara Damansara di sini, hari ini. |
| Video PDRM paparkan situasi sebenar: Muhyiddin Posted: 23 Jul 2011 01:56 AM PDT Mutakhir MELAKA: Rakaman video pada perhimpunan haram 9 Julai lalu yang dipaparkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah rakaman yang sahih dan sah bertujuan mendedahkan situasi sebenar dan bukannya bermotifkan politik, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri, meminta rakyat supaya tidak tertipu dan terpedaya dengan dakyah parti pembangkang berhubung rakaman video oleh PDRM itu. "Kita harus terima dengan yakin kredibiliti (video pihak polis itu), jangan kita yakin dengan video yang dipaparkan oleh media alternatif, dalam YouTube misalnya yang jelas banyak mengubah kandungan," katanya selepas melancarkan Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan 2011 di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh di sini, hari ini. Turut hadir ialah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop; Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye."Saya minta polis menyiarkan (video ini) di (stesen-stesen) televisyen, supaya rakyat boleh melihat dan menilai (berbanding siaran YouTube dan media alternatif)," katanya sambil mempertahankan rakaman video yang dikeluarkan oleh PDRM itu adalah tulen. Beliau berkata, berbeza dengan pembangkang, polis menyiarkan video yang sah dan tidak diambil atau diceduk dari mana-mana pihak kerana sekiranya polis berbuat begitu akan ada pihak-pihak yang mempertikai video polis itu. Katanya, video itu menjawab beberapa isu yang dibangkitkan oleh pembangkang termasuk Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang berceramah atas kerusi roda kerana kononnya dilanggar oleh van polis semasa perhimpunan haram itu.
Katanya, pemimpin PAS itu mungkin terjatuh atau sebagainya tetapi ianya tidak sama sekali kerana tindakan polis. Mengulas laporan bahawa Mohamad Sabu akan memfailkan saman di mahkamah berhubung dakwaan kekasaran pihak polis terhadapnya, Muhyiddin berkata "itu merupakan hak dia". Timbalan Perdana Menteri berkata, video itu juga menjawab tindakan polis menyembur gas pemedih mata di lorong berdekatan Hospital Tung Shin yang dijadikan isu sesetengah pihak serta insiden kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad. Sementara itu, Ismail ketika ditemui pemberita berkata, beliau menyerahkan rakaman video itu kepada stesen penyiaran termasuk Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3. "Kita dah bagi dan serah kepada TV3 dan RTM dan kini terpulang kepada mereka (televisyen) untuk menyiarkan video itu kepada orang ramai," katanya. Beliau berkata, tuduhan pembangkang terhadap polis berhubung isu perhimpunan haram itu bukan satu budaya yang baik untuk menjaga keamanan negara. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan