Berita Harian: Mutakhir |
| Muhyiddin umum skim pinjaman mudah RM8 juta kumpulan berpendapatan rendah Posted: 22 Jul 2011 03:05 AM PDT Mutakhir KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM8 juta bagi skim pinjaman mudah yang bertujuan menggalakkan kumpulan berpendapatan rendah membabitkan diri dalam francais kecil dan mikro sebagai pemegang francais.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, berkata langkah-langkah ini akan membantu rakyat meningkatkan paras pendapatan mereka, yang mana seterusnya dapat meningkatkan daya saing negara secara keseluruhannya. "Saya berharap kumpulan berpendapatan rendah akan mengambil peluang ini untuk meneroka perniagaan francais mikro bagi menambah pendapatan mereka," kata beliau. Skim itu menawarkan pinjaman daripada maksimum RM50,000 sehingga serendah RM5,000 dengan kadar faedah hanya tiga peratus.Muhyiddin berkata demikian pada perasmian Pameran dan Persidangan Francais Antarabangsa Malaysia 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini. Menjelas selanjutnya mengenai skim itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ia akan menumpukan terutamanya kepada francais kecil dengan modal permulaan kira-kira RM15,000-RM20,000. "Skim ini akan berguna bagi golongan muda yang mahu menubuhkan perniagaan berskala kecil, sebagai contohnya perniagaan burger yang memerlukan modal permulaan kira-kira RM7,000," katanya pada sidang media di sini.
Selain itu, terdapat juga kira-kira 700 pemegang francais tempatan di Arab Saudi yang terlibat dalam pelbagai bidang seperti makanan dan pendidikan. Pameran itu yang dianjurkan bersama oleh Persatuan Francais Malaysia (MFA) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, akan digunakan untuk menggalakkan pembangunan industri francais serta usahawan pemegang francais yang lebih berjaya di negara ini. Pengerusi MFA, Abdul Malik Abdullah, berkata kira-kira 10,000 pengunjung dijangkakan tahun ini dengan pendapatan RM347 juta. - BERNAMA
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenFull Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Mayat lelaki bogel ditemui di Georgetown Posted: 22 Jul 2011 02:24 AM PDT [unable to retrieve full-text content]GEORGETOWN: Orang ramai yang melalui kawasan tepi laut di Bandar Seri Pinang di sini terkejut melihat mayat seorang lelaki dalam keadaan bogel. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan