Rabu, 20 Julai 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


6 ahli KWSP didapati bersalah menipu sejak April

Posted: 20 Jul 2011 02:59 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Enam ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dikenakan tindakan undang-undang kerana kesalahan menipu atau cubaan menipu pengeluaran simpanan dengan menggunakan dokumen palsu antara April dan bulan lalu.

Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, berkata semua mereka didapati bersalah dan didenda RM12,300 oleh mahkamah mengikut Seksyen 59, Akta KWSP 1991, dan seorang daripada mereka turut dikenakan hukuman penjara selama tiga bulan.

"Tiga yang lain berkemungkinan dipenjara sehingga dua bulan sekiranya mereka gagal menjelaskan denda tersebut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, penipuan pengeluaran membabitkan penyerahan dokumen palsu oleh ahli bagi pengeluaran dari akaun mereka adalah satu kesalahan serius mengikut Akta KWSP 1991.

"Mengikut Akta KWSP, mereka yang didapati bersalah melakukan penipuan atau cubaan menipu boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda RM10,000 atau kedua-dua sekali," katanya.

Nik Affendi berkata, KWSP juga sudah menfailkan 31 kes saman atas kesalahan yang sama di mahkamah dalam tempoh itu.

Beliau turut mengingatkan ahli KWSP yang kesempitan kewangan agar tidak dipengaruhi sindiket yang menawarkan untuk membantu mereka dengan mengeluarkan simpanan KWSP secara penipuan kerana ia satu kesalahan serius dari segi undang-undang.
Ahli KWSP yang mempunyai maklumat mengenai sebarang kegiatan penipuan boleh menghubungi talian hotline Anti-Fraud KWSP di 03-26162121. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perkhidmatan KTMB Intercity pantai timur pulih

Posted: 20 Jul 2011 02:48 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan tren Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) Intercity bagi sektor pantai timur yang terjejas akibat insiden tebing runtuh di antara Dabong dan Bukit Abu pada Ahad lalu, pulih pagi ini.

Semua perkhidmatan terjejas beroperasi seperti biasa kecuali Ekspres Sinaran Timur (Woodlands-Tumpat dan Tumpat-Woodlands) yang hanya setakat Kuala Lipis, Pahang.

"Semua perkhidmatan pergi balik dari Stesen Kuala Lipis ke Tumpat juga dibatalkan," menurut KTMB dalam satu kenyataan di sini hari ini. Untuk maklumat lanjut, pengguna boleh hubungi talian 1-300-88-5862. - BERNAMA
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan