Selasa, 19 Julai 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


JAIS tiada kuasa arah pusat hiburan tutup sepanjang Ramadan

Posted: 19 Jul 2011 03:02 AM PDT

Mutakhir

SHAH ALAM: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan supaya semua pusat hiburan di negeri ini tidak beroperasi sepanjang Ramadan.

Pengarah JAIS, Marzuki Hussin, berkata waktu operasi pusat hiburan tertakluk kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu yang juga bertindak sebagai pengeluar lesen.

"Bagaimanapun, JAIS tetap menguatkuasakan Enakmen Jenayah Syariah 1995 terhadap umat Islam yang didapati melakukan kesalahan," katanya selepas merasmikan perhimpunan bulanan jabatan itu di sini, hari ini. Marzuki berkata, JAIS juga sentiasa memantau pusat hiburan di negeri ini mengikut bidang kuasa yang ada terutama bagi memastikan umat Islam di Selangor menghormati Ramadan dan tidak terbabit dalam aktiviti maksiat.

Beliau turut mengingatkan umat Islam di negeri ini supaya lebih peka terhadap logo halal yang digunakan oleh pengusaha makanan di premis masing-masing.

"Logo halal yang sah adalah daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sahaja. JAKIM dan MAIS tidak pernah melantik mana-mana agensi untuk memberi sijil pengesahan halal," katanya.

Marzuki berkata, pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha kedai makanan yang sengaja menjual makanan dan minuman kepada umat Islam yang tidak berpuasa sepanjang Ramadan ini.
"JAIS meminta peniaga makanan supaya memulakan operasi jualan mereka mulai 3 petang ke atas bagi mengelakkan perkara itu," katanya.

Beliau berkata, peniaga yang menjual makanan kepada umat Islam yang tidak berpuasa boleh didakwa mengikut Seksyen 19 Enakmen Jenayah Syariah Selangor No 9 Tahun 1995 dan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

Bagi kesalahan kedua, katanya, mereka boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali, katanya.

Pada majlis itu, Marzuki melancarkan pakaian seragam dan penjenamaan semula Bahagian Penguatkuasaan JAIS dalam usaha memberi identiti baru kepada anggota penguatkuasa agar lebih dikenali masyarakat. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Malaysia sudah gubal Rang Undang-Undang Senjata Kimia: PM

Posted: 19 Jul 2011 02:56 AM PDT

Mutakhir

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah menggubal rang undang-undang senjata kimia yang akan menjadi sebahagian daripada rangka kerja perundangan negara untuk menentukan Konvensyen Senjata Kimia (BWC) dilaksanakan dengan berkesan, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, kerajaan yakin rangka kerja perundangan yang diwujudkan itu akan membantu dalam usaha menjamin satu kaedah yang selamat dalam mengendalikan bahan kimia berbahaya dan pada masa sama, menentukan keperluannya tidak menjejaskan penyelidikan sains kehidupan dan entiti perniagaan di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada perasmian Kongres Antarabangsa Mengenai Biokeselamatan, Biojaminan dan Biopertahanan di sini hari ini. Ucapan beliau dibacakan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Najib berkata, kerajaan sedang mendapatkan maklumat balas mengenai cara untuk mempercepatkan pembangunan bioteknologi di negara ini dan pada masa yang sama, menentukan bahawa sebarang kebimbangan mengenai biokeselamatan dan biojaminan, ditangani dan diambil kira.

Ahmad Zahid memberitahu pemberita bahawa Kementerian Pertahanan akan menerajui penggubalan rang undang-undang itu dengan Institut Penyelidikan Sains Dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).

"STRIDE akan mengumpul maklumat daripada beberapa agensi termasuk Kementerian Kesihatan mengenai rang undang-undang itu dan akan mendapatkan bantuan Jabatan Peguam Negara," katanya.
Ahmad Zahid berkata, rang undang-undang itu adalah untuk digunapakai di negara ini bagi mengekang penyalahgunaan senjata kimia oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, rang undang-undang itu diharap dapat dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat pertengahan tahun depan. - BERNAMA


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan