Berita Harian: Mutakhir |
60 peratus kes dera seksual kanak-kanak dilakukan saudara terdekat Posted: 03 Jul 2011 03:50 AM PDT Mutakhir PETALING JAYA: Enam puluh peratus daripada 1,823 kes penderaan seksual terhadap kanak-kanak dilakukan oleh bapa kandung, bapa tiri dan bapa saudara sendiri sepanjang 2006 hingga 2010.Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, berkata 16,159 kes rogol dengan 11,809 daripadanya membabitkan kanak-kanak dicatatkan sepanjang tempoh lima tahun itu. "Sebanyak 54 peratus daripada mangsa kes rogol itu berusia 16 tahun ke bawah manakala 19 peratus lagi berusia antara 16 hingga 18 tahun. Ini bermakna, secara keseluruhannya sebanyak 73 peratus mangsa rogol adalah berusia bawah 18 tahun," katanya semasa berucap pada pelancaran "The Reuniting Families-Child Safety" di sini, hari ini. Pelancaran majlis anjuran RHB Bank dengan kerjasama PDRM dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) itu disempurnakan Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kei.Khalid berkata, statistik polis juga menunjukkan purata 200 kes penderaan kanak-kanak dilaporkan setiap tahun dalam tempoh itu yang mana daripada 1,017 kes itu, sebanyak 57 peratus membabitkan kanak-kanak lelaki dan 43 peratus perempuan. Beliau berkata, polis turut bimbang dengan kes kanak-kanak hilang apabila 5,270 kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah dilaporkan hilang dalam tempoh itu. "Daripada jumlah itu, hanya 2,982 atau 57 peratus orang sahaja dapat ditemui. Antara alasan kehilangan mereka ialah lari dari rumah, perselisihan faham antara ibu bapa, dan dipengaruhi oleh teman lelaki," katanya.
Heng pula memuji usaha RHB Bank menganjurkan program itu dalam usaha membantu kerajaan mengurangkan kadar jenayah. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Polis tidak tolak kemungkinan lagi tangkapan mengikut Ordinan Darurat Posted: 03 Jul 2011 02:26 AM PDT Mutakhir PETALING JAYA: Polis tidak menolak kemungkinan membuat tangkapan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana pembabitan dalam anasir subversif.Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar, menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tangkapan itu dibuat sesuka hati sebaliknya menegaskan ia dibuat mengikut lunas undang-undang negara. "Ini adalah undang-undang yang ada di negara ini. Bukan pandai-pandai polis ambil tindakan sendiri. Apa juga tindakan kita adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada di Malaysia," katanya. Semalam, polis menahan Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar Devaraj, dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengikut Ordinan Darurat itu.Ditanya mengenai tangkapan berkaitan penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini, Khalid berkata sehingga hari ini, polis menahan 152 orang mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis. Katanya, polis turut menerima 2,500 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk peniaga, individu dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara yang membantah perhimpunan itu. Ditanya ulasan pihak luar berhubung tindakan polis terhadap penganjuran perhimpunan haram itu, Khalid berkata mereka sepatutnya tidak mempersoalkan tindakan polis berbuat demikian.
"Kita haramkan perhimpunan itu tentunya ada sebab...kepada pihak luar yang komen macam-macam pasal tindakan kita bantah perhimpunan itu, nasihat saya tak payah masuk campur hal negara ini," katanya. Terdahulu, beliau menyaksikan pelancaran "Reuniting Families-Child Safety" oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seai Kie. Turut hadir, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, dan Pengerusi RHB Bank Berhad, Tan Sri Azlan Zainol. - BERNAMA Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan