Berita Harian: MukaDepan |
| Posted: 17 Jul 2011 12:44 PM PDT MukaDepan Kedah tarik balik larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang RamadanALOR SETAR: Kerajaan PAS Kedah menarik balik keputusan untuk menguatkuasakan larangan terhadap 13 jenis pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan bulan depan, yang disifatkan pelbagai pihak sebagai satu lagi bukti PAS tunduk kepada DAP. Pegawai kerajaan negeri pakatan pembangkang itu memaklumkan keputusan berkenaan dibuat selepas kerajaan negeri berbincang dengan pengusaha premis hiburan dan Dewan Perhimpunan Cina Kedah. Bagaimanapun, pelbagai pihak yakin keputusan itu dibuat selepas DAP memberi kata dua kepada kerajaan PAS Kedah supaya menarik balik larangan berkenaan atau bersedia menghadapi tindakan mahkamah.Kelmarin, Pengerusi DAP, Karpal Singh, berkata walaupun DAP dan PAS rakan sekutu dalam pembangkang, partinya sedia ke mahkamah jika kerajaan PAS Kedah terus berdegil dengan larangan pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan. Setiausaha Politik Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Noor, berkata kerajaan negeri memutuskan tidak menguatkuasakan sepenuhnya peraturan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kedah 1997, sebaliknya pengusaha diberi kelonggaran dengan syarat tidak membenarkan umat Islam memasuki premis mereka. Beliau yang mewakili kerajaan negeri dalam taklimat kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di ibu negara semalam, berkata kelonggaran itu diberikan kepada pengusaha pusat hiburan yang mengemukakan surat rayuan kepada kerajaan negeri.
"Keputusan melonggarkan syarat itu juga demi menjaga hak orang bukan Islam yang mahu berhibur serta kebajikan pengusaha pusat hiburan," katanya ketika dihubungi semalam. Rabu lalu, kerajaan PAS Kedah mengumumkan keputusannya untuk menguatkuasakan larangan terhadap 13 jenis pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadan ini mengikut enakmen berkenaan. Keputusan itu menimbulkan bantahan pelbagai pihak, termasuk pengusaha pusat hiburan serta sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP. Pada Muktamar Tahunan PAS ke-57, bulan lalu, PAS turut mengubah dasarnya daripada memperjuangkan negara Islam kepada negara berkebajikan untuk meraih sokongan pengundi bukan Melayu. Penganalisis politik, Prof Dr Samsul Adabi Mamat, berkata PAS kini sudah semakin tidak tegas dengan dasar yang dibawa bagi memastikan parti itu diterima bukan Islam, khususnya DAP. "Sepatutnya PAS, sebagai parti menguasai negeri bertegas dengan pendirian dibuat kerana mereka mempunyai kuasa, tetapi apa yang berlaku selepas didesak dan dikritik, mereka ubah pendirian," katanya. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata tindakan itu membuktikan PAS tunduk kepada DAP kerana PAS sedar ia tidak boleh lagi bergantung kepada undi Melayu. Sementara itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pengusaha premis hiburan di Kedah bersetuju dikenakan tindakan ditarik balik lesen perniagaan jika orang Islam memasuki premis mereka. Bercakap pada sidang media di Kuala Lumpur selepas mesyuarat bulanan PAS Pusat, Abdul Hadi berkata keputusan kerajaan negeri itu bukan disebabkan ugutan tindakan mahkamah oleh Karpal. "Keputusan itu bukan disebabkan Karpal yang mendakwa pencabulan hak asasi rakyat bukan beragama Islam di Kedah, tapi adalah keputusan hasil perbincangan kerajaan negeri bersama pengusaha premis hiburan di negeri itu," katanya.
Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenzaidi saya setuju pas keluar je la dari pakatan pembangkang gerak sendiri saya percaya lebih ramai orang melayu sokong pas FIKIR.. APABILA POLITIK DILETAKAN DIATAS..PERATURAN AKAN DILETAKAN DIBAWAH TAPAK KAKI...TAHNIAH PAS KERANA TUNDUK KEPADA DAPig...kedah telah menjadi sebahagian drp singapura...DAP dan PAP...satu tujuan... zai nak laksanakan peraturan dalam Enakmen Hiburan dan Tempat Hiburan Negeri Kedah 1997 dengan sepenuhnya pun takut DAP, macam nak laksanakan hukum hudud? jaafar Sepatutnya Pas bincang dulu dengan rakan sekutunya jika nak menguatkuasakan undang2 dan peraturan yang sedia ada.Ini tidak,pandai2 sendiri saja.Ingatlah,rakyat kita berbilang kaum dan agama.Semuanya mesti dijaga dengan adil.Bukankah itu ajaran Islam? kalammullah salam satu malaysia.... semua ini politik saje kawan... negara kite berbilang bangsa dan agama... kite harus hormat gak bangsa dan agama laen... jangan nak memepertikaikan semua ini... bertolak ansur sudah saje... ape yang penting kite pandang diri sendiri dulu... pas,dap,pkr,umno,bn semua 2 tak masuk ke kubur... yang penting amalan kite... amal makruf nahi mungkar 2 tanam pada diri... perjuangan belum berakhir... ape yang umno dan pas buat sama jer... politik bermaksud penipuan... sape paling banyak putar belit dan tipu dia la yang paling kuat Suhani Yaacob Apa dah jadi dgn PAS?????PAS tak Islam manapun....cakap je lebih... MELOR entah la..apa nk jadi pn xtahu....semakin hari semakin menjadi2..xsanggup nk lihat perpecahan kaum melayu..bangkit lah semangat melayu
dr pro Bila orang melayu berpecah belah karpal n kid siang ambil kesempatan pada semua isu. Mahadi Jadilah kita sebagaimana burung pipit dalam memadam api yang membakar Nabi Ibrahim. Walaupun sedikit sumbangan, ada bekal yang akan dijawab semasa bertemu dengan Allah di Akhirat nanti. ali Pas tolonglah keluar dari pakatan takyah bersetongkol lagi dengan Dap dan Pkr... bergerak secara sendiri kerana hanya anda yg benar2 nak menegakkan pemerintahan Islam di muka bumi Malaysia ini. mdsabri kuasa rakyat perlu di gunakan untuk menukar kerajaan pas sekarang di kedah krn kesdaan nya sangat memalukan orang melayu dan islam telah jadi terhina , pas tidak relevan lagi terhadap orang melayu . ADIB sepatutnye PAS lebih bijak menangani masalah isu sosial.PAS sebagai parti yg berpegang kuat pada ajaran agama ISLAM sepatutnye bijak dalam membuat keputusan. DINO Islam bukan semangat sahaja tetapi peamalan yang lebeh utama dan penting. Jadi saperti Ayam riuh sekampung. tetapi habok pun tarak.Fikirdan renongkan. julma Bagi saya PAS tunduk pada DAP bukan persoalannya. Tetapi sebagai kerajaan Islam, sepatutnya kerajaan menggubal undang-undang agar semua pusat hiburan di seluruh negara tidak beroperasi pada bulan Ramadhan agar kerajaan negeri atau mana-mana pihak tidak lagi berdepan dengan ugutan akan didakwa di mahkamah jika melarang pusat hiburan beroperasi pada bulan ramadhan. ruby atika Pakatan rakyat patut berbincang secara dalaman sebelum mengumumkan kepada masyarakat. Bila dah jadi macam ni, ada pihak ambil kesempatan utk mengutuk. Azmi bin Musa Wahai saudara seagamaku bersatulah dalam urusan kehidupan beragama.Janganlah fahaman politik kepartian memecahbelahkan kesatuan ummah. Muhammad Apa kata negeri lain ikut juga tindakan melarang orang Islam masuk ke pusat hiburan berkaitan pada bulan Ramadhan? Aris Ada lagi ke PAS sekarang nie..?! Semua dah dikawal DAP.. Sedarlah penyokong PAS.. emas tulen BUKAN TIDAK TEGAS, TAPI SENTIASA MEMPERBAIKI. JANGAN BERSAHAJA. JANGAN MALU. TIDAK TERKECUALI. "PERBAIKILAH SEGALA USAHA DAN PERBUATAN KAMU KERANA SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG YANG BERUSAHA SUPAYA BAIK AMALANNYA" (AL-BAQARAH:195) mazwan tahniah pas...belang dap semakin terserlah Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan