Jumaat, 19 Oktober 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


3 ejen ‘herba ajaib’ diserbu

Posted: 18 Oct 2012 04:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga salun kecantikan digempur Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikenal pasti menjadi ejen menjual 'herba ajaib' yang dipercayai mampu menurunkan berat badan antara 10 hingga 15 kilogram dalam tempoh kurang daripada sebulan.

Lebih memeranjatkan apabila siasatan mendapati pil herba pelangsing badan yang ditawarkan mereka itu diseludup masuk ke negara ini melalui taktik membuat pengisytiharan palsu ketika melepasi pemeriksaan Kastam Diraja Malaysia (KDRM).


Tambah menakutkan apabila kandungan pil yang dikatakan dihasilkan daripada sejenis herba terpilih kononnya berasaskan buah acai berry itu dicampur racun Sibutramine yang boleh membawa maut dan penyebab sakit gila.

Timbalan Pengarah Farmasi (Kuatkuasa) Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Jaafar Lassa berkata, serbuan jam 11.30 pagi semalam dilakukan serentak di dua salun kecantikan di Kota Damansara dan Shah Alam manakala satu lagi di Terengganu.


"Ketiga-tiga pemilik salun terbabit menyeludup produk berkenaan melalui China sebelum dipasarkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia yang kebanyakannya terdiri daripada suri rumah, kakitangan kerajaan dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT)," katanya.


Beliau berkata, mereka menjalankan perniagaan secara atas talian dengan membuat pengiklanan melalui laman facebook sebelum mengepos pesanan pelanggan mereka menggunakan pos laju.

"Produk yang mengandungi 30 pil berbentuk gel bagi pengambilan selama sebulan ini dijual RM70 hingga RM120 sebotol.


"Mereka yang dipercayai sudah bergiat aktif sejak setahun lalu mengaku mampu meraih keuntungan lumayan iaitu RM50 sebotol," katanya.

Difahamkan, seorang daripada pemilik terbabit menggunakan taktik pembungkusan semula dengan meletakkan label syarikatnya sendiri pada produk berkenaan bagi mengelakkan ia dikesan pihak berkuasa.


Dalam serbuan berkenaan, lebih 450 botol pil berkenaan dengan nilai mencecah RM70,000 dirampas termasuk produk tidak berdaftar yang lain dipercayai pil vitamin mengandungi racun Dexamethasone dan Hydroquinone untuk mencerahkan kulit.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


‘Polis’ jual barang lelong dikehendaki

Posted: 18 Oct 2012 04:03 PM PDT

SHAH ALAM: Polis memburu seorang lelaki dipercayai menyamar anggota polis sebelum menawarkan diri menjual barang lelong milik balai polis dengan harga murah di Sabak Bernam, sejak dua tahun lalu.

Jurucakap polis berkata, suspek berusia awal 40-an itu menyamar anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Balai Polis Sungai Besar dengan membuat tawaran untuk menjual komputer riba berharga RM1,000 dan telefon bimbit pada harga kurang RM500 kepada mangsa.


Katanya, suspek berjanji dengan mangsa untuk datang semula menyerahkan barang jualan sebelum menghilangkan diri.

"Ketika menjalankan urus niaga, suspek tidak membawa komputer riba dan telefon bimbit itu dan berjanji bertemu mangsa semula untuk menyerahkan barang yang dibeli kemudian.


"Suspek mengaku barang berkenaan adalah peralatan yang mahu dilelong pihak Balai Polis Sungai Besar," katanya.


Jurucakap polis berkata, suspek terbabit sudah diburu polis sejak Jun 2010 selepas melakukan penipuan terhadap tiga mangsa di Sabak Bernam. Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Rodziah Ahmad Tajuddin di talian 012-4874652 dan Sarjan Zuljabar Arshad di talian 012-6240247 dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam atau hubungi 03-32410222 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19


0 ulasan:

Catat Ulasan