Ahad, 21 Oktober 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Moto3: Zulfahmi di tempat kedua, Cortese mucul juara

Posted: 21 Oct 2012 12:07 AM PDT

SEPANG: Pelumba Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo merangkul kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa terpantas 40 minit 54.123 dalam perlumbaan 18 pusingan Grand Prix Motosikal Malaysia.

Di tempat kedua ialah pelumba Malaysia Zulfahmi Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo dengan masa 40'54.151s, manakala penunggang Jerman Jonas Folger dari Mapfre Aspar Team Moto3 di tempat ketiga dengan masa 40'54.370s. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/21


Warga emas mati ditembak di hadapan isteri, pembantu rumah

Posted: 21 Oct 2012 12:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang warga emas mati ditembak ketika berada dalam kereta di hadapan rumahnya dalam kejadian kira-kira 9.10 pagi ini di Jalan Desa Permai, Taman Desa dekat sini.

Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Wan Abd Bari Wan Abd Khalid berkata, ketika kejadian, mangsa Fong Yen Chong, 72, bersama isteri serta seorang pembantu rumahnya baru memasuki kereta jenis Perodua Myvi untuk ke pasar sebelum ditembak seorang lelaki bertopeng.

"Sebanyak lima das tembakan telah dilepaskan oleh suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Proton Waja berwarna kelabu. Salah satu daripada tembakan itu mengenai bahagian bawah telinga kanan mangsa manakala isterinya hanya mengalami cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.

"Tembakan itu juga turut mengenai cermin hadapan, cermin sebelah kanan dan bahagian sisi sebelah kanan kereta mangsa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.


Akibat daripada tembakan itu, mangsa yang merupakan pesara syarikat insurans mati di tempat kejadian, katanya.


Wan Abd Bari berkata, suspek dipercayai telah menunggu mangsanya di luar rumah dan telah datang dari arah bertentangan sebelum melepaskan tembakan.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.

Sementara itu, jiran mangsa yang enggan namanya disiarkan berkata, dia terdengar bunyi tembakan dan sebaik keluar rumah dia melihat kereta jirannya itu telah terbabas.

"Saya dengar bunyi tembakan dalam empat atau lima kali...saya keluar rumah tengok kereta mangsa sudah terbabas di tepi," katanya dan menurutnya mangsa sekeluarga telah menetap di rumah itu lebih 20 tahun. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/21


Tiada ulasan:

Catat Ulasan