Ahad, 21 Oktober 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Ketua Audit Negara gesa agensi kerajaan di Kelantan tumpu aspek kewangan

Posted: 21 Oct 2012 02:52 AM PDT

KOTA BHARU: Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang meminta ketua jabatan dan agensi kerajaan di Kelantan memberi perhatian serius dan teliti dalam soal berkaitan kewangan.

Ia, katanya bagi memastikan semua peraturan dan prosedur kewangan sentiasa

dipatuhi. "Ini adalah cabaran yang besar kepada ketua jabatan dan agensi di negeri ini," katanya berucap pada majlis perasmian Wisma Audit Negeri Kelantan di Bandar Bharu Tunjong di sini, hari ini.

Beliau juga mahu ketua jabatan dan agensi terbabit mengambil iktibar daripada teguran Jabatan Audit agar dapat mengelak kelemahan seperti pemborosan, pembaziran dan penyelewengan daripada berulang.

Katanya, kecemerlangan dalam menguruskan hal kewangan memerlukan warga kerja
yang kompeten dan teliti dalam menjalankan pekerjaan dengan pengawasan rapi oleh
ketua mereka.
Ambrin juga berharap, jabatan dan agensi pelaksana sentiasa mengambil langkah
penambahbaikan dalam merancang, melaksana dan memantau sesuatu projek untuk
mengelakkan kelewatan selain memastikan kualitinya terjamin.

Wisma Audit Negeri Kelantan itu yang bernilai RM18 juta dibina pada 2008 dan
siap sepenuhnya pada Disember tahun lepas.

Majlis perasmiannya hari ini disempurnakan Sultan Kelantan Sultan Muhammad
V.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed. - BERNAMA

Tindakan tatatertib jika jual antibiotik tanpa preskripsi doktor: Liow

Posted: 21 Oct 2012 02:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan akan mengenakan tindakan tatatertib ke atas klinik atau farmasi yang didapati menjual antibiotik sewenang-wenangnya kepada orang ramai tanpa preskripsi doktor.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pihak kementerian sudah mengeluarkan arahan kepada semua doktor sebelum ini agar menggunakan antibiotik

secara berhemah dan berhati-hati. "Pengeluaran antibiotik hanya pada penyakit-penyakit tertentu sahaja, doktor
atau pihak klinik serta farmasi telah diarahkan tidak boleh mengeluarkan
preskripsi dengan sewenang-wenangnya.

"Ini bagi mengelakkan bakteria menjadi kebal terhadap antibiotik serta
berbahaya jika diambil oleh pesakit tanpa nasihat daripada doktor," katanya
ketika ditemui pada Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini.
Liow mengulas laporan muka akhbar BH yang menyatakan terdapat farmasi di negara ini yang menjual antibiotik kepada orang ramai tanpa mendapatkan preskripsi doktor.

Laporan itu juga menyatakan golongan yang tidak bertanggungjawab itu menjual
antibiotik yang dikawal tanpa menerangkan dos penggunaannya kepada pembeli,
sekali gus membuka ruang kepada penyalahgunaan antibiotik. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan