Kosmo Online |
- Hari Wilayah: Jalan sekitar KL ditutup
- 4 anggota polis antara 9 ditahan berjudi
- Rumah Gapena dipecah masuk
| Hari Wilayah: Jalan sekitar KL ditutup Posted: Hari Wilayah: Jalan sekitar KL ditutup20/01/2011 7:18pm KUALA LUMPUR - Beberapa jalan di sekitar Dataran Merdeka, di sini, akan ditutup sempena raptai dan majlis pelancaran sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2011 mulai 25 Januari (Selasa) ini. Menurut kenyataan akhbar Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, jalan yang ditutup pada Selasa ialah Jalan Hishamuddin/Jalan Raja dan persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja untuk raptai teknikal majlis pelancaran sambutan itu bermula 9.30 pagi hingga 11.30 pagi. Jalan yang akan ditutup untuk raptai sambutan pada 26 Januari (Rabu) mulai 6 pagi hingga 12 tengah hari ialah Jalan Raja, persimpangan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja/Jalan Cenderasari/Jalan Lembah, Jalan Perdana/Jalan Damansara/Bulatan Hishamuddin, Jalan Kinabalu/Susur Bukit Aman, Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Tun Perak/Lencongan Jalan Raja/Jalan Raja Laut dan Lencongan Bulatan Dato" Onn/Jalan Parlimen dari arah pusat bandar. Raptai penuh sambutan itu akan diadakan pada 27 Januari (Khamis) bermula 5 pagi hingga 12 tengah hari melibatkan jalan yang sama. Pada 29 Januari (Sabtu), Jalan Raja akan ditutup untuk sambutan dan majlis pelancaran Hari Wilayah Persekutuan dari pukul 5 pagi hingga 1 petang. - Bernama |
| 4 anggota polis antara 9 ditahan berjudi Posted: 4 anggota polis antara 9 ditahan berjudi20/01/2011 6:59pm KUCHING - Empat anggota polis berpangkat lans koperal adalah antara sembilan yang ditahan ketika leka berjudi di sebuah rumah kedai di Jalan Setia Raja, di sini hari ini. Kumpulan itu termasuk seorang wanita sedang bermain judi jenis `holo' ketika mereka diserbu oleh sepasukan polis dari Unit Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dalam Ops Limau, awal pagi tadi. Bernama difahamkan empat anggota polis itu adalah dari Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang sudah habis bertugas. - Bernama |
| Posted: Rumah Gapena dipecah masuk20/01/2011 5:20pm KUALA LUMPUR - Rumah Gabungan Penulis Nasional (Gapena) di Jalan Dewan Bahasa, di sini, dipecah masuk dipercayai malam tadi, dan beberapa peralatan seperti komputer, mesin cetak dan televisyen LCD dilarikan. Ketua Media dan Pehubungan Awam Gapena, Borhan Md. Zain berkata, kejadian itu disedari oleh beberapa krew drama yang hendak mengambil alat-alat penggambaran mereka kira-kira pukul 12 tengah hari tadi di premis itu. - Bernama |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan