Ahad, 30 Januari 2011

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Gagal kutip hutang RM27.6 juta sejak 1981

Posted:

Gagal kutip hutang RM27.6 juta sejak 1981

Gagal kutip hutang RM27.6 juta sejak 1981

IPOH 29 Jan. - Jawatankuasa Kira- kira Wang Negeri (PAC) Perak akan memulakan siasatan berhubung kegagalan Bahagian Pinjaman Pelajaran Negeri Perak mengutip semula tunggakan pinjaman berjumlah RM27.6 juta sejak 1981 lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata, ketua jabatan terlibat akan dipanggil dalam masa terdekat untuk mendapatkan perincian status terkini 181 peminjam yang masih belum melunaskan semula Pinjaman Pelajaran Negeri Perak sejak hampir 30 tahun lalu.

"Berdasarkan laporan dan siasatan awal PAC, jabatan itu dikatakan tidak mempunyai maklumat dan senarai terkini peminjam berkenaan selain gagal mengambil sebarang langkah untuk menuntut semula bayaran tersebut.

"Ini tidak sepatutnya berlaku dan kita akan memanggil pegawai kanan mereka untuk mendapat penjelasan lanjut," katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat PAC Perak di sini, semalam.

Menurutnya, PAC Perak juga mahu jabatan terlibat mengemukakan langkah segera yang boleh diambil bagi mendapatkan bayaran balik yang diberikan kepada peminjam tersebut.

"Dalam mesyuarat hari ini kita dapat tahu masalah ini melalui laporan audit dan bersetuju untuk memanggil ketua jabatan yang terlibat.

"Kita memandang serius isu ini memandangkan jumlah RM27.6 juta itu adalah cukup besar. Kita mahu ia dikembalikan semula kepada kerajaan negeri sekali gus digunakan untuk peminjam lain selepas ini," katanya.

Pinjaman Pelajaran Negeri Perak ditawarkan kepada individu berkelayakan bagi melanjutkan pengajian dalam pelbagai bidang sama ada peringkat diploma, ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah.

Dalam pada itu, Raja Ahmad turut memberitahu, pihaknya juga akan mendapatkan penjelasan daripada pengurusan tiga buah sekolah menengah agama berasrama bantuan kerajaan negeri Perak dalam masa terdekat.

Katanya, PAC Perak telah menerima aduan melibatkan Sekolah Menengah (SM) Izzudin Shah dan SM Raja Perempaun Taayah di Ipoh serta SM Agama Raja Nazrin Shah, Kampung Gajah berhubung kualiti makanan yang dihidangkan kepada pelajar masing-masing.

"Sehingga kini, sekolah terlibat tidak mempunyai jawatankuasa pemantauan kualiti makanan menyebabkan banyak aduan diterima sama ada daripada pelajar, ibu bapa mahupun pihak berkaitan.

"PAC mahu kualiti hidangan sekolah yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan negeri ini benar-benar terbaik," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Polis buru suspek kes bunuh

Posted:

Polis buru suspek kes bunuh

Polis buru suspek kes bunuh

NIBONG TEBAL 29 Jan. - Polis Seberang Perai Selatan (SPS) hari ini mengedarkan fotofit dua suspek utama kes pembunuhan seorang penjaga kuil di Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat, di sini Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah SPS, Supritendan Shafien Mamat berkata, kedua-dua suspek warga tempatan berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun itu dipercayai masih berada di negeri ini.

Menurutnya, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian tidak banyak membantu pihak polis kerana imej wajah suspek dan kereta dinaiki mereka agak kabur.

"Polis masih mengesan mereka yang dipercayai mahir dengan kawasan terbabit kerana mereka tahu laluan keluar masuk di sekitar kawasan itu.

"Buat masa ini, polis masih menahan reman saksi utama kes yang juga merupakan rakan kepada anak mangsa sehingga esok kerana memberi kenyataan meragukan ketika disoal siasat polis," katanya di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 10.20 malam itu, R. Sugumaran, 53, mati di Hospital Sungai Bakap akibat kecederaan parah di kepala selepas dipukul menggunakan objek tumpul dipercayai topi keledar.

Mangsa ke taman permainan di kawasan itu bersama anaknya yang berusia 15 tahun selepas menerima panggilan daripada seorang rakan yang terlibat dalam pergaduhan dengan dua lelaki.

Suspek kemudian melarikan diri menaiki kereta Proton Waja berwarna putih sebaik sahaja menyedari mangsa tercedera.

Tambah Shafien, kes itu disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek terbabit diminta menghubungi IPD SPS di talian 04-5932222 atau 010-3344458 bagi membantu siasatan," ujarnya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

ADUN Kamunting taja 3,750 naskhah Utusan Malaysia dan ADaP

Posted:

ADUN Kamunting taja 3,750 naskhah Utusan Malaysia dan ADaP

ADUN Kamunting taja 3,750 naskhah Utusan Malaysia dan ADaP

TAIPING 29 Jan. - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid hari ini menaja 3,750 naskhah akhbar Utusan Malaysia dan sisipan Program Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) untuk diagihkan kepada lima sekolah di sini.

Sisipan ADaP bernilai RM4,500 itu akan diedarkan setiap Rabu di Sekolah Kebangsaan (SK) Kamunting, SK Taman Jana, SK Bukit Jana, SK Long Jaafar dan SK All Saints.

Mohd. Zahir yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi negeri yakin, melalui penggunaan sisipan itu ia mampu meningkatkan prestasi murid-murid untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) September nanti.

"Kandungan dalam sisipan ini sangat berguna dan bermutu untuk digunakan semasa pembelajaran dan saya yakin secara tidak langsung ia mampu memupuk minat membaca dalam kalangan mereka kepada akhbar-akhbar yang bermutu seperti Utusan Malaysia," katanya pada majlis perasmian penyerahan sisipan ADaP di SK Kamunting di sini hari ini.

Pada majlis itu, Mohd. Zahir menyampaikan replika cek bernilai RM4,500 kepada Eksekutif Jualan Utusan Malaysia Zon Taiping, Mohd. Ashri Ali Sabranmalisi.

Hadir sama pada majlis itu ialah Guru Besar SK Kamunting, Abdull Aziz Ahmad dan Penyelia Pendidikan Swasta, Jabatan Pelajaran Daerah Larut Matang dan Selama, Abdul Manan Mohamed.

Mohd. Zahir berkata, sebagai akhbar yang berpengaruh, Utusan Malaysia nyata menjadi saluran yang tepat dalam menyediakan soalan-soalan peperiksaan yang terbaik kepada pelajar.

Justeru, beliau menyasarkan peningkatan bilangan murid-murid yang mendapat 5A dalam UPSR di sekolah-sekolah terlibat tahun ini.

"Saya harap dengan sisipan ADaP ini akan membolehkan murid mencapai keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun ini berbanding dengan tahun lalu," katanya.

Sementara itu, Abdull Aziz berkata, sumbangan tersebut akan dimanfaatkan oleh 143 calon UPSR di sekolah itu.

"Tahun lalu kita berjaya mencatat peningkatan membanggakan apabila 20 murid berjaya memperoleh 5A berbanding tahun sebelumnya seramai 13 orang,'' katanya.

"Oleh itu, tahun ini dengan adanya sumbangan seperti ini ia mampu membantu kita mencatat keputusan yang lebih baik dengan menyasarkan 40 murid memperolehi keputusan 5A," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan