Khamis, 27 Januari 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Ganggu keselesaan penduduk

Posted:

Ganggu keselesaan penduduk

Ganggu keselesaan penduduk

Saudara Pengarang,


SARANG burung walet yang dibina di atas bangunan menganggu ketenteraman awam dan kesihatan penduduk di bandar Jerantut.


Tidak dinafikan industri ternakan burung walet semakin mendapat permintaan tinggi sehingga mendorong beberapa pihak membina sarang burung di kawasan bandar.

Jika dilihat daripada segi keuntungan, sememangnya ia memberi pulangan lumayan kerana sarang burung itu memberi pelbagai khasiat kepada mereka yang memakannya.

Dengan pelbagai saiz dan warna, tidak mustahil harga yang dijual agak tinggi dan mengubah kehidupan pengusaha yang baru menceburi bidang tersebut.

Bagaimanapun, saya selaku salah seorang penduduk di Jerantut ingin meluahkan kebimbangan mengenai industri itu yang didapati menganggu ketenteraman dan kesihatan orang ramai di bandar daerah ini.

Sejak akhir-akhir ini didapati banyak tempat sarang burung walit dibina di atas bangunan kosong yang berpotensi untuk dijadikan tempat tinggal haiwan itu.

Bunyi bising daripada pembesar suara yang dipasang oleh pengusaha terbabit di bangunan tertentu menyebabkan para penduduk di bandar itu merasa tertekan dan sedikit terganggu kehidupan seharian sebelum ini.

Pembinaan sarang di bangunan tertentu yang dilihat tidak terkawal menyebabkan kalangan penduduk tidak menyenangi dengan keadaan itu.

Malah, perusahaan itu yang dilakukan tanpa kawalan menyebabkan berlakunya gangguan bunyi bising, pencemaran persekitaran dan turut menjejaskan kesihatan.

Letih juga rasanya setiap kali melihat keadaan luar rumah yang kotor dengan najis burung tersebut menyebabkan saya serta beberapa penduduk lain terpaksa membersihkannya setiap hari.

Tujuannya adalah bagi mengelakkan berlakunya jangkitan penyakit terutama selesema burung.

Walaupun nampak remeh tetapi jika dibersihkan setiap hari akan menimbulkan kemarahan kalangan penduduk.

Saya memuji langkah Majlis Daerah Jerantut yang mengambil langkah segera dalam menangani masalah ini daripada terus serius.

Tidak membenarkan pembinaan sarang burung walit di kawasan bandar dan mengambil tindakan tegas terhadap pengusaha yang gagal mematuhi perkara tertentu perlu diteruskan supaya masalah tersebut tidak berlarutan lagi.

Oleh itu, saya berharap supaya pihak berkuasa terus memantau perkara tersebut demi memastikan kesejahteraan dan kesihatan penduduk terpelihara.

Keuntungan boleh dicari tetapi ketenteraman adalah kehidupan paling baik yang dinikmati oleh masyarakat di sini.

Yusof Ismail

Jerantut

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ramai tidak guna jejantas di bandar Temerloh

Posted:

Ramai tidak guna jejantas di bandar Temerloh

Ramai tidak guna jejantas di bandar Temerloh

Saudara Pengarang,


PENDUDUK melintas jalan tanpa menggunakan jejantas di laluan Temerloh-Mentakab boleh mengundang risiko kemalangan.


SAYA ingin meluahkan kebimbangan segelintir penduduk di bandar Temerloh yang melintas jalan sesuka hati tanpa menggunakan jejantas disediakan oleh kerajaan.

Segelintir pejalan kaki yang tidak menghiraukan keselamatan diri mereka ini mengundang maut kerana kenderaan yang melalui jalan tersebut laju dan boleh membahayakan mereka.

Jalan Temerloh-Mentakab merupakan laluan utama kenderaan berulang-alik setiap hari untuk ke destinasi masing-masing.

Berikutan kesibukan laluan tersebut, maka kerajaan membina sebuah jejantas di kawasan itu bagi mengelakkan kemalangan jiwa yang melibatkan pejalan kaki di situ.

Agak malang apabila jejantas tersebut digunakan sebagai perhiasan dan ada pejalan kaki yang tidak mempedulikan kesesakan trafik melintas jalan raya tanpa rasa bersalah.

Keadaan itu tidak hanya berlaku kepada orang dewasa tetapi juga pelajar sekolah yang mengambil cara sama tanpa menggunakan jejantas.

Kenapa jejantas itu tidak digunakan sebaik mungkin oleh penduduk sekitar? Adakah jejantas itu berhantu atau orang ramai lebih senang mengambil jalan singkat dengan melintas jalan walaupun ia mengancam nyawa mereka.

Mungkin apabila berlakunya kemalangan dan meragut nyawa baru mereka terfikir untuk menggunakan jejantas itu.

Saya tidak mahu nanti apabila sesuatu kemudahan itu siap ia dipandang sepi dan menjadi seperti barang perhiasan di tengah-tengah bandar.

Oleh itu, pihak berwajib perlu mengambil tindakan dengan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya menggunakan jejantas untuk keselamatan mereka.

Selain itu, terangkan juga tentang undang-undang yang boleh dikenakan sekiranya melintas di bawah atau berdekatan jejantas tersebut.

Fikirkan keselamatan diri dan orang lain kerana jika dilanggar oleh kenderaan, pejalan kaki juga yang maut dan pada ketika itu kekesalan tiada gunanya.

Pengguna jejantas

Temerloh

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mahu kemudahan asas Taman Negara dinaik taraf

Posted:

Mahu kemudahan asas Taman Negara dinaik taraf

Mahu kemudahan asas Taman Negara dinaik taraf

Saudara Pengarang,


Jambatan bailey Sungai Ok di pintu masuk Taman Negara Kuala Tahan, Jerantut, Pahang perlu dinaikkan taraf.


SAYA antara pelawat domestik yang kerap mengunjungi Taman Negara Kuala Tahan khususnya pada musim cuti persekolahan untuk berekreasi bersama keluarga.

Pusat pelancongan berkenaan sudah menjadi sinonim dengan anak-anak saya untuk menikmati keindahan alam sekitar dan hutan yang berusia 130 juta tahun yang tidak terdapat di tempat lain.

Sejak akhir-akhir ini, saya dapati banyak perubahan wujud di tempat berkenaan khususnya pelbagai kemudahan asas disediakan untuk pengunjung berekreasi dan beriadah di situ.

Saya juga mendapati ramai pengunjung termasuk pelancong Barat memenuhi semua chalet saban waktu dan ini menambah pendapatan kepada pengusaha tempatan.

Tetapi, agak mengecewakan saya dan pelawat lain apabila beberapa kemudahan asas masih di takuk lama seolah-olah pihak berwajib terlepas pandang untuk memberi keselesaan kepada pelawat.

Antara kemudahan berkenaan adalah Jambatan besi (bailey) di Sungai Ok atau dikenali penduduk tempatan sebagai Jambatan Ok di laluan masuk ke Taman Negara berdekatan Kampung Padang masih belum dinaik taraf dengan projek konkrit.

Setiap kali kenderaan melintasi jambatan, keadaan bising dengan bunyi besi di samping pemandu terpaksa berhati-hati dengan wujudnya kerosakan dan berlubang akibat dilalui kenderaan berat.

Keadaan itu juga menjadi rungutan pemandu lain yang terpaksa memberhentikan kenderaan untuk melepasi kenderaan di hadapan yang melalui laluan sehala jambatan berkenaan.

Diharap pihak berwajib mengambil perhatian segera menaik taraf kemudahan itu agar pelawat lebih selesa selain menaikkan imej Taman Negara Kuala Tahan sebagai pusat pelancongan antarabangsa.

ISMAIL KASSIM

Kuala Lumpur

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan