Isnin, 31 Januari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Aset RM98.5j: Suri rumah tarik balik saman

Posted:

Aset RM98.5j: Suri rumah tarik balik saman

Aset RM98.5j: Suri rumah tarik balik saman

31/01/2011 6:56pm

KUALA LUMPUR – Seorang suri rumah hari ini menarik balik saman terhadap suaminya berhubung dakwaan memungkiri amanah membabitkan aset mereka bernilai RM98.5 juta.

Hakim Mahkamah Tinggi Harmindar Singh Dhaliwal membatalkan saman itu di dalam kamar selepas mendengar permohonan peguam Nizam Bashir yang mewakili Fatimah Abdul Aziz untuk menarik balik saman itu.

Bercakap kepada pemberita, Nizam berkata, hakim membenarkan permohonan anak guamnya menarik balik saman itu untuk memfailkan saman baru.

Bila ditanya kenapa plaintif memfailkan saman baru, Nizam berkata, mereka mahu menjawab isu baru yang dibangkitkan pada perbicaraan perintah pembekuan aset di Mahkamah Tinggi pada 10 Disember tahun lepas.

Pada 23 November lalu, Fatimah menyaman suaminya, Sannusi Ngah; abang iparnya, Md Jais dan Budi Tenggara Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan yang dimiliki oleh Sannusi dan Md Jais kerana didakwa memungkiri amanah dengan melupuskan sebahagian aset tanpa persetujuannya.

Beliau mendakwa Budi Tenggara memiliki saham dalam syarikat Hartalega Holdings Berhad (HHB) dan Hartalega Industries Sdn Bhd (HISB). – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Keputusan kes Amirulrasyid diketahui 17 Feb.

Posted:

Keputusan kes Amirulrasyid diketahui 17 Feb.

Keputusan kes Amirulrasyid diketahui 17 Feb.

31/01/2011 6:02pm

SHAH ALAM – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 17 Feb ini untuk memutuskan sama ada Koperal Jenain Subi dipanggil membela diri terhadap tuduhan menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah, 15, pada April tahun lepas.

Hakim Latifah Mohd Tahar menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan selain keterangan 39 saksi sepanjang perbicaraan.

Jenain didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2 pagi 26 April tahun lepas di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun, dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Program BI jana RM20 juta kepada UUM

Posted:

Program BI jana RM20 juta kepada UUM

Program BI jana RM20 juta kepada UUM

31/01/2011 5:52pm

SINTOK – Program Kemahiran Dalam Bahasa Inggeris Universiti Utara Malaysia (UUM) mampu menjana sebanyak RM20 juta kepada universiti itu dalam tempoh lima tahun.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata program itu akan diajar kepada pelajar Korea Selatan melalui kerjasama yang terjalin hasil Perjanjian Persefahaman (MoA) dalam bidang pendidikan dengan kerajaan negara itu.

"Program itu dilaksanakan dalam tiga fasa setiap tahun. Setiap fasa membabitkan 200 pelajar. Dalam setahun kita akan melatih 600 orang pelajar negara itu dalam Bahasa Inggeris dan kemahiran komunikasi sebagai persediaan memasuki universiti.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada majlis menandatangani MoA antara R&D SerindiT Com Sdn Bhd, anak syarikat UUM dengan Jin Woo Han Sdn Bhd, sebuah syarikat pembekalan peralatan komputer Korea Selatan di Hotel EDC-UUM di sini, hari ini.

MoA itu turut membabitkan program pembangunan sumber manusia, pemindahan dan pertukaran pengetahuan melalui perkongsian bestari dalam bidang latihan dan pendidikan.

Mohamed berkata MoA itu memberi peluang kepada R&D SerindiT berkembang melalui pertukaran program pendidikan dan pemindahan teknologi yang boleh diusahakan secara bersama antara kedua-dua pihak.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Abdul Razak Salleh yang juga Ahli Lembaga Pengarah R&D SerindIT Com dan Pengarah Urusan R&D SerindIT Com Prof Madya Abd Ghani Golamdin menandatangni MoA itu manakala Jin Woo Han Sdn Bhd diwakili Pengarah Urusannya Lee Byung Doo.

Byung Doo pula berkata, mereka tertarik dengan UUM kerana bukan sahaja menawarkan program bahasa Inggeris namun mempunyai kemudahan serta persekitaran menarik seperti golf, Go-kart, Equin, Sauna, dan kolam renang. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan