Sabtu, 29 Januari 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


PKR ibarat 'Parti Kian Runtuh': Muhyiddin

Posted: 29 Jan 2011 03:05 AM PST

Mutakhir


LABIS: Parti Keadilan Rakyat (PKR) ibarat 'Parti Kian
Runtuh' apabila seorang demi seorang pemimpin pengasas parti itu keluar dan meninggalkannya, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata, kebanjiran keluar pemimpin parti itu daripada PKR membuktikan kepercayaan kepimpinan dan masyarakat terhadap parti itu semakin menurun.
"PKR itu adalah Parti Kian Runtuh, semua pemimpin utama yang mengasaskannya
telah keluar. Itu petanda perjuangan PKR tidak didukung bukan sahaja oleh
pemimpinnya tetapi juga rakyat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri
majlis penyampaian bantuan di Majlis Pekan Ayer Panas hari ini.
Beliau berharap pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dapat
mengambil pengajaran daripada keruntuhan PKR, kerana PAS bersekongkol dengan PKR di bawah bendera pakatan pembangkang.
Muhyiddin ditanya tentang keputusan Ahli Parlimen Padang Serai N.
Gobalakrishnan, yang hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada PKR dan
kini menjadi Ahli Parlimen Bebas berkuat kuasa serta merta.
Gobalakrishnan, 50, mengumumkan keputusan itu pada sidang media yang
diadakan di pejabatnya di Paya Besar Lunas, dekat Kulim, Kedah.
Dengan keputusannya itu, beliau turut melepaskan jawatan sebagai Ketua
Cabang PKR Padang Serai.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau menjangkakan lebih ramai pemimpin
PKR akan meninggal parti pembangkang itu tidak lama lagi. -- BERNAMA

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Kim Clijsters juara wanita Terbuka Australia

Posted: 29 Jan 2011 02:54 AM PST

[unable to retrieve full-text content]MELBOURNE: Kim Clijsters dari Belgium menjuarai perseorangan wanita tenis Terbuka Australia menewaskan pemain China 3-6,6-3,6-l sebentar tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan