Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 29 Jan 2011 12:33 PM PST LABIS: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semakin menepati sebutan orang sebagai 'Parti Kian Runtuh' apabila seorang lagi pengasas parti itu, N Gobalakrishan, 50, mengumumkan keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas, pagi semalam. "Jelas PKR kini sebagaimana biasa orang sebut, Parti Kian Runtuh. Pastinya kenyataan Gobalakrishnan adalah kecewa dengan (Penasihat PKR, Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).
"Jadi, ini hakikat bahawa kepercayaan pimpinan dan gambaran masyarakat terhadap PKR semakin hari semakin menurun," katanya.
"Sebab itu saya percaya ini satu petanda tidak baik bagi mereka dan seharusnya menjadi iktibar kepada mana- mana pihak yang masih percaya Anwar kononnya penyelamat bagi negara kita," katanya.
Sementara itu, Muhyiddin mengumumkan Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau.
|
Posted: 29 Jan 2011 12:32 PM PST BATU PAHAT: "Berderau darah saya apabila melihat sekujur tubuh bayi dengan kesan darah di dalam longkang yang belum siap sedalam hampir setengah meter. "Apabila menghampiri longkang berkenaan, saya dapati bayi lelaki itu dalam keadaan bogel dan mengereng, lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum dipotong," kata pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43 yang menemui mayat itu dalam longkang yang masih dalam pembinaan di sebuah rumah di Jalan Mekar 5, Taman Mekar, Ayer Hitam, dekat sini, semalam.
Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan itu disyaki dibuang tanpa belas kasihan apabila ibu bapa bayi tidak membalut kain pada bayi itu dan meletakkannya ke dalam longkang yang mengalirkan air.
Menurutnya, sejurus melihat jenazah berkenaan dia terus menghubungi balai polis berhampiran sebelum sepasukan polis menjalankan siasatan dan mengambil mayat bayi untuk siasatan.
Katanya, mayat bayi lelaki cukup sifat itu ditemui dengan tali pusat serta uri belum dipotong dan dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat.
|
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan