Jumaat, 28 Januari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Liga M: USM FC sasar empat tempat teratas

Posted:


Ruang

Legasi 111 tahun Kampung Baru

MENITI sejarah penubuhan Kampung Baru, ia sebenarnya mula dibuka sejak tahun 1899 melalui tanah kurniaan Sultan Selangor, Sultan Sulaiman atau Sultan Alauddin Sulaiman Syah Raja Muda Musa. Lagi...

Infiniti

Teknologi dekatkan pemimpin dengan rakyat

LAMAN interaktif sosial Twitter kini semakin hangat menjadi pilihan pengguna apabila selain selebriti, para pemimpin dilihat menggunakannya sebagai medan perdebatan pelbagai isu secara langsung dengan rakyat termasuk mengumpul sebanyak mungkin pengikut. Lagi...

Kesihatan

Kuasa tanduk seladang

RAWATAN urut tradisional merupakan amalan turun-temurun di kebanyakan negara di Asia malah kemampuan teknik itu kini mulai diterima di negara Barat berikutan keberkesanannya yang diiktiraf sains perubatan moden. Lagi...

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Ramai tertipu walau pun amaran dikeluarkan

Posted:

Ramai tertipu walau pun amaran dikeluarkan

Ramai tertipu walau pun amaran dikeluarkan

28/01/2011 8:02pm

KUALA LUMPUR – Semakin ramai rakyat Malaysia terperangkap dalam kes penipuan kewangan seperti penipuan bomoh, tilik nasib dan sebagainya meski pun amaran dari pihak penguasa kerap dikeluarkan.

Walau pun modus operandi kes-kes itu hampir serupa dan selalu dihebahkan kepada orang awam, masih ramai yang tertipu dan terperangkap dengan sindiket berkenaan.

Antara kes penipuan yang terkenal ialah melibatkan kes penipuan Peraduan Akademi Fantasia 4 (AF4) melalui sistem pesanan ringkas (SMS), kata Bank Negara Malaysia (BNM) dalam Buku Panduan "AWAS: Penipuan Kewangan".

BNM, melalui buku panduan itu, telah mendedahkan beberapa jenis modus operandi sindiket penipuan kewangan dalam usahanya membasmi jenayah berkenaan.

Usaha itu adalah penting memandangkan terdapat pelbagai jenis skim kewangan secara haram dan penipuan kewangan di mana modus operandinya sentiasa berubah-ubah untuk terus memperdayakan orang ramai. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Mati lemas, kereta terjatuh ke dalam sungai

Posted:

Mati lemas, kereta terjatuh ke dalam sungai

Mati lemas, kereta terjatuh ke dalam sungai

28/01/2011 7:58pm

SANDAKAN – Seorang lelaki dilaporkan mati lemas selepas kereta yang dinaikinya terjatuh ke dalam anak sungai di sebuah ladang sawit di Batu 14, Jalan Taman Jalil Alip di sini hari ini.

Adami Madi, 55, mati lemas dipercayai terperangkap di dalam kereta pacuan empat roda itu.

Anaknya yang berusia 20-an dan pemandu kenderaan berkenaan terselamat dalam kemalangan 11.30 pagi itu.

Menurut Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Mohd Apandi Mahmood, ketiga-tiga mereka sedang dalam perjalanan keluar dari sebuah ladang selepas mengambil buah kelapa sawit.

"Pemandu kereta itu dilaporkan tidak dapat melihat anak sungai di tepi jalan yang telah dinaiki air banjir, menyebabkan kereta itu terjatuh ke dalam anak sungai.

"Anak mangsa dan pemandu kereta berjaya keluar menerusi tingkap kereta," katanya. – Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan