Jumaat, 28 Januari 2011

Malaysiakini :: Berita

Malaysiakini :: Berita


Pakatan dibidas: Hadi lemah, Anwar hiprokit

Posted: 28 Jan 2011 07:05 PM PST

Meskipun pelbagai pihak meramalkan BN akan mempertahankan kerusi dewan undangan negeri Tenang, pada pilihan raya kecil esok, namun Umno terus memperkuatkan cengkamannya dengan berkempen di kubunya di Felda.

Namun isu yang dibangkitkan jauh berbeza dengan modal yang dijaja oleh rakannya MCA. Jika MCA cuba menakut-nakutkan masyarakat Cina mengenai hasrat PAS menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa, pemompin Umno pula sibuk mendakwa PAS telah hilang nilai-nilai keislamannya.

bn ceramah at felda, tenang, by electionSebelum ceramah kelompok BN di Felda Tenang malam semalam itu dimulakan, kira-kira 80 penduduk tempatan dijamu mewah dengan kenduri sambil dihiburkan dengan lagu dendangan Allahyarham Sudirman.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam kemudiannya terus ke pentas dan mula membidas PAS.

"Bila PAS sertai DAP, mereka hilang nilai-nilai Islam.

"Di Bukit Beruntung, mereka tidak lagi melaungkan takbir selepas cermah," perlinya.

Maafkan kafir!

Ali turut menjadikan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik sebagai sasarannya dan berkata menteri besar Kelantan itu, memaafkan golongan kafir atas kesalahan yang dilakukan.

NONE"Sebagai contoh, semasa bulan puasa MP Serdang, Teo Nie Ching masuk ke sebuah surau menyampaikan tazkirah. Macam mana seorang bukan Islam boleh beri tazkirah di masjid tanpa rambutnya ditutup.

"Bila kita tegur, mereka kata Umno tak faham Islam.

"Sama juga dengan (ecxo Selangor) Elizabeth Wong. Bila skandalnya didedahkan, PAS terus mempertahankannya dan berkata kesian. Malah Nik Aziz juga dilaporkan memaafkannya dan berkata dia boleh sambut tugasnya."

NONE"Ini jelas maksiat dan dia sepatutnya boleh dirotan 100 kali. Dia telah bawa malu yang besar kepada PAS, PKR dan Pakatan Rakyat dan semua ini salah Nik Aziz," kata Ali dan seterusnya melancarkan serangan ke atas Wong.

Sementara itu, bekas ketua penerangan PKR, Datuk Ruslan Kassim yang juga naik ke pentas berkata beliau tidak mengiktiraf Pakatan Rakyat.

"Saya tak mahu panggil mereka Pakatan Rakyat. Bagi saya, mereka cuma Pakatan Pembangkang.

"Mereka hanya tahu untuk membangkang, tahu nak memanipulasi fakta yang palsu (supaya)nampak benar. Nampak (mereka) yang betul, menyebabkan orang terpukau dan tersilau. Rupa-rupanya mereka berbohong," katanya.

bn ceramah at felda, tenang, by election, roslan kassimMenurutnya parti pembangkang hanya suka "mengambil kesempatan" bagi merealisasi hasrat mereka untuk menawan Putrajaya.

Katanya, gabungan itu menggunakan "kehebatan" mereka dengan memberi persepsi negatif kepada rakyat terhadap BN dengan gambaran bahawa parti itu adalah "makhluk hina, zalim dan mengamalkan rasuah".

Jual agama

"Segala keburukan adalah daripada Umno. Dan mereka menggambarkan Pakatan Rakyat seperti kerajaan dewa-dewa, penuh dengan ketelusan, kebaikan, membela rakyat dan tidak ada kronisme.

"Seluruh yang baik-baik daripada mereka dan seluruh yang jahat daripada kita (BN). Dan ramai juga percaya, terpengaruh dan terpukau sehingga akhirnya terpangkah dan terundi (mereka)," katanya.

Menurut Ruslan yang juga seorang peguam, Pakatan Rakyat mengamalkan prinsip yang diperkenalkan oleh Niccolo Macheavelli iaitu "matlamat menghalalkan cara" dengan berbuat apa sahaja antaranya mempengaruhi rakyat demi mendapat kuasa.

pas islamic state agenda hadi and nik aziz 200105"Mereka kata, siapa masuk PAS dapat pahala dan masuk syurga. Siapa undi Umno dapat dosa dan masuk neraka...Islam bukan eksklusif puak atau mana-mana kumpulan.

"Mereka berbuat apa sahaja sehingga keselamatan, kestabilan ekonomi dan perpaduan (menjadi) tidak penting... Mereka sanggup menjual agama dan negara... Mereka menggunakan pelbagai cara untuk memecahkan kita," katanya .

Turut hadir bersama adalah bekas menteri besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad yang baru dilantik sebagai pengerusi Felda yang tiba kira-kira jam 10.50 malam.

Kemampuan diragui

Dalam ucapannya, Isa yang pernah terpalit dengan gejala rasuah mendakwa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah dikatakan akan menjadi perdana menteri Malaysia.

isa samad 061009 smileBagaimanapun katanya, kedua-dua pemimpin tersebut diragui kemampuan mereka untuk mentadbir negara sekiranya menjawat jawatan tersebut

Isa yang juga bekas naib presiden Umno tetapi digantung jawatannnya, mendakwa Anwar adalah seorang yang "hipokrit dan berpura-pura" dan Abdul Hadi lemah dalam membuat keputusan.

"Abdul Hadi nak jadi PM, dia pun tak tahu banyak. Bila buat keputusan, dan (Datuk) Nik Aziz tidak tahu, maka dia undur ke belakang.

"Contohnya, sewaktu mahu mewujudkan kerajaan perpaduan dengan Umno, semua orang sokong, tetapi Nik Aziz tak setuju, sehingga mahu membuat muktamar khas.

"Bagaimana nak urus negara, bila jadi perdana menteri mahu buat keputusan, tak boleh. Kita tidak boleh beri (kuasa) kepada orang macam ini," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

BN yakin Tenang miliknya dengan majoriti besar

Posted: 28 Jan 2011 05:38 PM PST

Kurang 24 jam, kempen pililhan raya DUN Tenang alam melabuhkan tirainya, namun bagi BN, mereka tetap yakin kerusi akan tetap miliknya. Malah, ramai juga yang menganggarkan BN akan mencatatkan pertambahan majoriti melebihi seperti yang diraih pada pilihan raya umum 2004.

tenang by election 280111 fireworks at 1 malaysia new year partyIni berdasarkan faktor, BN berjaya mengenal pasti faktor utama mengapa pengundi tidak keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008. Parti itu juga dikatakan telah menyelesaikan isu dan masalah berbangkit di kalangan pengundi.

"Pergerakan kita di sini seperti pokok, kita tak menilai pokok itu kita berbuah tetapi kita menilai pokok itu (pada) kali pertama kita menanam benih pokok tersebut. Dengan bajanya, dengan kualiti benihnya, kerana jangkauan kita adalah buah tersebut.

"Kami mengambil berat segala persoalan. Maksudnya tidak ada isu atau masalah yang kita tidak pandang ringan. Pengundi-pengundi sedar kewajipan dalam menentukan kepimpinan di Labis ini.

"(Oleh itu) dalam masa tinggal sehari, kami berkeyakinan bahawa kami mampu untuk menyamai (majoriti) 2004, atau mungkin melebihi (majoriti) pada 2004," kata seorang pemimpin Umno bahagian yang enggan namanya disiarkan.

NONESebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau mahu BN mempertahankan DUN Tenang dengan majoriti lebih 5,000 undi pada pilihan raya kecil yang berlangsung esok.

Muhyiddin pada hari pengumuman calon BN Mohd Azahar Ibrahim DUN Tenang - dilaporkan berkata Tenang adalah merupakan antara kubu terkuat BN, justeru, beliau mahu jumlah itu ditebus kembali berbanding yang diperolehi pada pilihan raya umum 2008.

Ketika ditemui Malaysiakini petang semalam, sumber berkata walapun tempoh berkempen masih berbaki sehari, jentera pilihan raya BN masih terus bergerak bagi memastikan kemenangan Mohd Azahar yang berdepan dengan calon PAS Normala Sudirman.

NONE"Kami mendekati pengundi secara terus, secara peribadi khususnya di bahagian Felda, kampung tradisi, ladang-ladang, taman perumahan sehingga kepada peniaga dan pengusaha kecil.

"Gerak kerja kami menyeluruh. Kami berjumpa dengan pengundi bertanyakan masalah, menyelami isu-isu yang dibangkitkan dan lebih penting kami mendengar, memahami dan menyelesaikan masalah mereka," katanya.

Menurut sumber itu berdasarkan maklum balas berhubung penerimaan pengundi terhadap jentera BN sewaktu menjalankan kempen, pihaknya melihat ada "satu perkembangan yang baik" penerimaan terhadap BN.

tenang by election day 1 230111 mohd azahar and chua soi lek giving oranges"Mereka mula memahami dan menilai perkembangan dana kemajuan yang di oleh kerajaan sebagai asas dalam penghakiman untuk lebih memahami BN.

"Kita tidak mahu berasa terlalu yakin, kita menghormati pihak lawan. Yang paling penting bagi kita adalah pembangunan dan kebajikan pengundi kita itu dapat diketengahkan dan dapat dibela. Itu paling penting sekali," katanya.

Bagaimanapun, sumber menasihatkan jentera supaya jangan terlalu yakin sehingga perasaan tersebut menguasai dan menjejaskan tumpuan dan gerak kerja pilihan raya walaupun berbaki sehari lagi.

tenang by election day 1 230111 mohd azahar with girl"Kita kena kerja kuat dan kemenangan menanti di hadapan," tegasnya.

Bagaimanapun beliau enggan menyatakan peratusan keyakinan parti itu mempertahankan kerusi tersebut sekalipun didesak beberapa kali sambil menegaskan "majoriti yang diperolehi bertambah".

Ditanya mengenai bantuan komponen BN yang lain dalam kempen pilihan raya kecil ini, pemimpin itu berkata mereka memberikan "respon" yang baik, termasuk ahli gabungan dan ahli bersekutu yang lain.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan