Sabtu, 29 Januari 2011

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Tol tak naik

Posted: 28 Jan 2011 10:29 AM PST

MukaDepan

Kadar lebuh raya KL-Karak, Pantai Timur Fasa 1 kekal untuk lima tahun

PUTRAJAYA: Selepas pengumuman tidak ada kenaikan tol bagi Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1, untuk tempoh lima tahun akan datang, pengguna Lebuh Raya Utara-Selatan kendalian PLUS Expressway Berhad, juga dijangka mendapat berita gembira.

Walaupun Datuk Seri Najib Razak semalam tidak memberi kepastian, beliau berkata mempunyai banyak lagi pengumuman untuk dibuat. "Nanti dulu, satu persatu. Ada lagi. Saya ada banyak pengumuman akan datang," katanya ketika ditanya sama ada inisiatif itu akan turut dilaksanakan di Lebuhraya Utara-Selatan dan perkara itu masih dalam pertimbangan kerajaan.

"Nanti dulu, satu persatu. Ada lagi. Saya ada banyak pengumuman akan datang," katanya ketika ditanya sama ada inisiatif itu akan turut dilaksanakan di Lebuh Raya Utara-Selatan dan perkara itu masih dalam pertimbangan kerajaan.

Terdahulu, Perdana Menteri memberi perkhabaran gembira apabila mengumumkan tiada kenaikan tol untuk Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dan Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 1 untuk tempoh lima tahun.

Pada masa sama, beliau turut mengumumkan konsesi tol untuk Lebuhraya Hubungan Timur-Barat yang menghubungkan Persilangan Salak dan Persilangan Taman Connaught akan ditamatkan seawal-awalnya Mei ini selepas urusan doku-mentasi selesai berbanding tempoh tamat asal pada 2018.
Penamatan konsesi tol itu akan memberi faedah kepada 39 juta pengguna lebuh raya berkenaan.

"Inisiatif ini adalah manifestasi kepada kesungguhan kerajaan mencari penyelesaian berhemah dalam isu tol. Saya juga ingin menyeru supaya inisiatif sebegini dapat dicontohi syarikat pemegang konsesi lain demi kepentingan rakyat," katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini, semalam.

Turut hadir Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor. Pemegang konsesi lebuh raya terbabit ialah Kumpulan MTD.

Najib berkata, kerajaan juga tidak membayar sebarang pampasan kepada syarikat konsesi terbabit walaupun tempoh konsesi di lebuh raya itu tidak dilanjutkan.

Mengulas lanjut, Najib berkata kedua-dua cadangan itu berikutan permintaan kerajaan kepada syarikat konse-si supaya mengkaji semula struktur tol dalam usaha menyemak semula kos pengangkutan sebagai satu cara mengurangkan beban rakyat.

"Menyahut seruan kerajaan ini, dua ahli korporat yang juga pemegang saham terbesar sebuah syarikat konsesi tol tampil mengemukakan satu cadangan penstrukturan tol melalui perolehan aset konsesi yang akan memberi impak besar kepada rakyat," katanya.

Menjawab soalan, Perdana Menteri menafikan perkara itu diumumkan secara tiba-tiba kerana ia adalah satu proses apabila kerajaan meminta pemegang konsesi mengemukakan cadangan untuk menstruktur semula tol.

"Saya dah minta supaya pihak konsesi cuba sama ada kekalkan tol untuk tempoh tertentu atau lebih baik dikurangkan atau dihapuskan. Mereka membuat pelbagai cadangan kepada kerajaan. Yang mana kita boleh terima... kita terima dan kita jalan (laksana-
kan) terus.

"Yang lain, kita masih dalam pertimbangan. Apa yang sudah siap, pertama kita laksanakan. Kita tidak payah tunggu untuk semua," katanya.

Beliau berkata, kerajaan berhasrat mengkaji semula kos sara hidup termasuk soal belanja pengangkutan sebagai cara mengurangkan bebanan rakyat tetapi semakan semula perlu dilakukan dengan berhemah.dan betul demi masa depan negara.

Dalam Bajet 2011 yang dibentangkan di Parlimen Oktober lalu, Najib mengumumkan bagi membekukan semua kadar tol bagi empat lebuh raya milik Plus Expressways untuk lima tahun.

Komen Anda

Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

mohd hamdan

ada baik dan x baiknya bayar tol nie....klu byr tol jalan akan baik punya...klu jln tiada tol mmg hancur punya...lobang sana-sini...fikir-fikirkan lah...

Irwan

Syabas PM! Sejak beliau mengambil tampuk pemerintahan, banyak perubahan untuk kebaikan rakyat dibuat. Harap rakyat di luar sana, NAMPAK keprihatinan kerajaan pimpinan Najib.

wak

aper kecoh2 ttg bayar tol..adat ler klu barang baik mesti bayar lebih..klu xnak bayar tol guner jln alternatif, abis citer

anis

Janji PR dlm buku jingga nampak lebih menyerlah dan ternyata blh dilaksanakan...

afiqaufa

harap2 tol tak naik sampai sampai bila2....lg bagus dhapuskan tol plus....


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan