Khamis, 20 Januari 2011

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Dua tentera dituduh memperdagang 16 warga Myanmar

Posted: 20 Jan 2011 03:43 AM PST

KANGAR: Dua anggota tentera didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdagangkan 16 warga Myanmar termasuk empat wanita pada 29 Disember tahun lalu.

Mohd Rashidi Abd Halim, 36, dan Mohd Johari Abu, 28, yang berkhidmat di sebuah kem tentera di Bukit Kayu Hitam, Kedah bagaimanapun tidak mengaku bersalah atas pertuduhan itu dan meminta dibicarakan.


Kedua mereka yang menetap di Jitra, Kedah dituduh mengikut Seksyen 26A Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara tidak lebih 15 tahun atau denda atau keduanya sekali.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu pada 29 Disember 2010, kira-kira 10.40 malam di ladang tebu Chuping dengan menyeludup 16 warga Myanmar berumur antara 15 dan 48 tahun termasuk empat daripadanya wanita.


Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad memerintahkan setiap tertuduh dikenakan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 22 Februari ini sebagai tarikh perbicaraan.


Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Norsalihah Sulaiman manakala kedua tertuduh diwakili peguam Rahmathullah Baharudeen.

Sebelum itu, Rahmathullah memohon mahkamah mengenakan jaminan yang rendah berikutan kedua anak guamnya tidak mempunyai rekod buruk dalam perkhidmatan mereka dan berpendapatan kecil selain mempunyai tanggungjawab besar terhadap keluarga.- Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Empat anggota polis antara sembilan ditahan berjudi di Kuching

Posted: 20 Jan 2011 03:40 AM PST

KUCHING: Empat anggota polis berpangkat Lans koperal adalah antara sembilan yang ditahan ketika leka berjudi di sebuah rumah kedai di Jalan Setia Raja, di sini hari ini.

Kumpulan itu termasuk seorang wanita sedang bermain ''holo'' ketika mereka diserbu oleh sepasukan polis dari Unit Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak dalam Ops Limau awal pagi tadi. Difahamkan empat anggota polis itu adalah dari Cawangan Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching yang sudah habis bertugas.


Kes disiasat mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, dan kesemua mereka yang berumur antara 20 dan 50 tahun itu ditahan reman sehari.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Mun Kock Keong ketika diminta mengulas perkara berkenaan berkata kesemua anggota terbabit akan dikenakan tindakan tegas.


"Saya tidak boleh kata dalam sebakul epal tidak ada buah yang busuk, tetapi kita akan lakukan apa yang perlu.


"Kita akan membuat siasatan dan tindakan tegas akan diambil. Tiada kompromi atau double standard dalam menyiasat kes yang melibatkan anggota polis," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Kuching di sini.- Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan