Rabu, 19 Januari 2011

Kosmo Online

Kosmo Online


Minyak masak cuba diseludup ke Thai

Posted:

Minyak masak cuba diseludup ke Thai

Minyak masak cuba diseludup ke Thai

19/01/2011 7:03pm

PADANG BESAR - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas 1,341 kilogram minyak masak pelbagai jenama di Wang Kelian dekat sini hari ini.

Bahan-bahan tersebut ditemui dalam dua buah kereta yang masing-masing dipandu oleh lelaki tempatan yang berumur 35 tahun dan 40 tahun yang merupakan adik-beradik.

Minyak masak tersebut bernilai RM3,360 disorokkan di dalam kereta tersebut di bawah barangan lain seperti udang kering, beg lampin bayi pakai buang dan kotak mee segera.

Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman berkata, berdasarkan maklumat orang ramai, sepasukan anggota UPP Padang Besar telah membuat intipan dan akhirnya mengesan dua buah kereta sedang menghala ke kawasan pintu sempadan kira-kira 6 pagi.

"Menyedari diekori, kedua-dua kenderaan itu telah membuat pusingan U untuk berpatah balik tanpa pemandunya membuat pengesahan dokumen lawatan ke negara jiran," katanya. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Post-mortem kedua ke atas pendawai

Posted:

Post-mortem kedua ke atas pendawai

Post-mortem kedua ke atas pendawai

19/01/2011 7:02pm

KUALA LUMPUR - Pejabat Peguam Negara dan isteri kepada M. Krishnan mencapai penghakiman persetujuan hari ini bagi membolehkan bedah siasat kedua dilakukan ke atas Krishnan yang mati dalam tahanan polis pada 2 Januari.

Penghakiman itu direkodkan di hadapan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah berikutan permohonan P. Revathi di mahkamah semalam.

Peguam Revathi, Gurmit Singh Hullon memberitahu mahkamah bahawa polis bersetuju mengeluarkan borang Pol 61 yang meminta bedah siasat kedua dilakukan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC).

Bagaimanapun katanya, autopsi itu tidak akan dilakukan oleh patologis Dr. Prashant Naresh Samberkar Prawill sebagaimana diminta oleh Revathi.

Gurmit kemudian memberitahu pemberita bahawa bedah siasat itu akan dilakukan oleh patologis bertugas di UMMC pada Jumaat ini. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Singapura bimbang kelahiran merosot

Posted:

Singapura bimbang kelahiran merosot

Singapura bimbang kelahiran merosot

19/01/2011 6:38pm

SINGAPURA - Singapura kini dihantui kebimbangan kerana rakyatnya tidak menghasilkan jumlah bayi yang mencukupi bagi mengimbangi kemerosotan kadar kelahiran di negara ini.

Angka terkini mendedahkan jumlah kadar kesuburan (TFR) Singapura mencatat paras terendah dalam sejarah negara itu, 1.16 pada tahun lepas, menyaksikan penurunan daripada 1.22 pada 2009, dan jauh lebih rendah daripada tahap penggantian 2.1.

Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew berkata, kadar kesuburan bagi kaum Cina merosot kepada 1.02 tahun lepas berbanding 1.08 pada 2009, menjadikannya yang terendah di kalangan semua kaum termasuk Melayu dan India. - Bernama

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan