Berita Harian: MukaDepan |
Posted: 18 Jan 2011 11:34 AM PST RM472 juta untuk pengurusan FELDA termasuk di Sabah dan Sarawak. Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.LABIS: FELDA akan membelanjakan RM1.6 bilion tahun ini bagi membangunkan peneroka di bawah agensi itu di seluruh negara, merangkumi pembiayaan operasi, pembangunan, pinjaman tanpa faedah, bonus dan prasarana untuk keselesaan mereka. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika mengumumkan peruntukan itu, berkata dana yang dijana sepenuhnya menerusi sumber dalaman FELDA itu membuktikan kedudukan kewangan agensi itu kukuh dan tidak bankrap seperti dakwaan pembangkang. "Selain itu, kita mempunyai lebihan RM500 juta hingga RM600 juta yang kita boleh belanja sebagai tambahan untuk masyarakat FELDA. Majlis dihadiri kira-kira 10,000 ahli keluarga peneroka serta masyarakat setempat sempena lawatan kerja sehari Perdana Menteri ke tiga kawasan tanah rancangan di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Pengarah Besar FELDA, Datuk Dzulkifli Abd Wahab ketika dihubungi, memberitahu Berita Harian, sebanyak RM424 juta daripada RM1.6 bilion akan disalurkan terus kepada peneroka melalui pelbagai program kebajikan dan insentif seperti pendidikan dan kemahiran anak FELDA selain tabung kebajikan, khairat kematian, insentif produktiviti dan bonus hari raya. "Sebanyak RM472 juta dibelanjakan untuk pengurusan FELDA, termasuk gaji kakitangan, hal ehwal peneroka, pengurusan asrama dan infrastruktur seperti dewan serba guna, kompleks sukan dan perparitan, selain perbelanjaan utiliti di Sabah dan Sarawak," katanya. Beliau berkata, RM344 juta lagi bagi perbelanjaan modal merangkumi pembinaan sekolah latihan, projek perumahan generasi baru dan Menara FELDA, manakala RM185 juta untuk pembayaran cukai serta perbelanjaan pembiayaan dan pembangunan tanam semula. Perdana Menteri berkata, FELDA berjaya mengubah landskap sosioekonomi negara terutama bagi masyarakat luar bandar secara tuntas dan amat berkesan. "Antara 30 hingga 50 tahun dulu, 112,000 keluarga FELDA yang ada kini asalnya keluarga miskin tanpa sebarang tanah walaupun sekangkang kera tetapi kini memiliki 10 ekar setiap keluarga. Ini bukan angan-angan atau janji yang mutakhir ini mudah diluahkan pembangkang. Sebaliknya, pencapaian dan kejayaan mengubah hidup masyarakat sebagai peneroka FELDA yang bertuah kerana bernaung di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya. Beliau berkata, pembangkang sebaliknya berpotensi menyebabkan FELDA bankrap menerusi cadangan mengagihkan tanah FELDA Holdings kepada generasi kedua, sedangkan ia adalah sumber kewangan untuk membiayai pelbagai usaha sosio-ekonomi keluarga, anak dan cucu peneroka. Najib berkata, kerajaan negeri juga bersetuju mengagihkan kira-kira 500 lot tanah sebagai tapak rumah kepada generasi kedua FELDA di Johor dengan agensi itu menyalurkan peruntukan kira-kira RM17,000 bagi setiap lot dan sehingga RM8.5 juta untuk membiayai penyediaan prasarana di kawasan berkenaan. Terdahulu ketika berucap pada program bersama masyarakat India di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, Najib berkata pembangkang banyak kali bohong termasuk menubuhkan kerajaan pada 16 September 2009, tetapi tidak dapat ditunaikan. Katanya, dakwaan yang kononnya kerajaan tidak menghormati kaum India tidak betul kerana di bawah gagasan 1Malaysia dan Perlembagaan negara, nasib kaum India sentiasa dipertahankan. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komennazmal peduli apa siapa yg bagi, generasi peneroka patut rasa bertuah kerana sentiasa menjadi perhatian samada dpd kerajaan atau pembangkang, bukan seperti kami dpd generasi petani/pesawah/nelayan yg kalau nak dibandingkan, apa yg kami perolehi tidak setanding dengan apa yg dinikmati oleh peneroka, saban tahun peneroka mendapat habuan lumayan. Generasi peneroka patut bersyukur kerana nasib mereka sentiasa dapat pembelaan tak kira samada dpd kerajaan atau pembangkang, kalau peneroka banyak merungut berikan saja kepada kami habuan itu. mat bunga setuju gler dgn mat cikaro..... Mohd Hamizan Bin Awang Mat Jangan Layan Komen Mat Cikaro yang dah dimasuki VIRUS MENTAL yg dilancarkan oleh pihak yang cuba hancurkan Gagasan FELDA. Biarkan saja anjing menyalak...kita faham bukit mustahil boleh runtuh... Pendapat saya kalau kita beri peluang dari era 50an hingga sekarang kepada manusia jenis mat cikaro memang FELDA tinggal gigi dengan gusi busuk. Saya bangga menjadi anak peneroka FELDA JENGKA. Kalau anda bukan warga felda tolong jgn tambah bilangan ingin menjadi anjing salak menara pulak. Mat Canan Jgn kata begitu pk balik apa yang anda bgth tu,kami lebih memahami lg....... aarchios76 Salam sejahtera, kepada saudara mat cikaro, yang menghantar komen kerana tidak puashati...saya harap anda bukan seseorang yang berpihak kepada pembangkang. releks jangan emosi dan jangan suka nak tunding jari menyalahkan kerajaan. apa yang kerajaan lakukan dari dulu hingga sekarang adalah untuk kebaikan dan kebajikan semua rakyat terutama sekali masyarakat "Melayu". Fikir-fikirkan dan renung-renungkan nasib anda generasi kedua adalah yang paling baik kalau nak dibandingkan dengan generasi kedua yang tinggal dibandar-bandar besar. Mereka ini belum tentu dapat apa yang anda dapat iaitu tanah seluas 10 ekar setiap satu keluarga yang kerajaan beri. kalau setiap keluarga ada 5 org anak masing-masing masih ada dan dapat 2 ekar tanah. sekurang-kurang anda mempunyai tanah yang ditinggalkan dan diberi oleh keluarga anda sendiri sepertimana kerajaan memberikan 10 ekar tanah semasa zaman emak dan ayah anda. anda bernasib baik kerana mempunyai tanah untuk mendirikan rumah atau mengusahakannya untuk menjadi duit. itu pun kalau rajinlah.... kalau nak dibandingkan dengan generasi kedua di bandar-bandar besar, mereka ini nak dapatkan rumah pun susah dengan harga yang beratus ribu ringgit apakan lagi nak beli dan mempunyai tanah sendiri. terpaksa menyewa dan meminjam bank untuk mendapatkan rumah atau tanah yang diidamkan. Jadi tolonglah fikir-fikir dan renung-renungkan, adakah anda seorang yang rugi sekiranya anda selalu menunding jari dan mengharapkan bantuan kerajaan sahaja, dan sampai bila kita nak harapkan kerajaan untuk membantu dan memberi subsidi kepada kita masyarakat "Melayu"? anda adalah golongan yang rugi kalau masih mengharapkan bantuan dan subsidi kerajaan kerana anda tidak mengejar dan merebut peluang yang kerajaan berikan kepada anda masyarakat "Melayu". Sama-samalah kita bangun dan menjaga hak keistimewaan orang Melayu, jangan sampai kaum lain merampas hak yang kita ada dari dulu hingga kini... ainonsapiah binti shahuddin mat cikaro tak payah lah nak hurai panjang lebar. bersyukur dengan apa yang diberikan. Allah menentukan semuanya. mat cikaro kalau dah itu memang hak mereka...serahkan saja tak perlu digembar-gemburkan sebab yang kita nak bagi ini pun duit mereka yang disimpan sejak lama dulu...kalau saya dah lama malu BESAR.... macam in... kita simpan duit anak....yang anak jimat dari belanja sekolah, duit raya, dan sebaginya... kita pun cakap kan anak...biar ayah simpan...bila anak dah besar dan nak masuk universiti... kita gunakan duit itu untuk bayar yuran masuk.... lepas tu kita pun cakapkan anak...inilah susah payah ayah dulu menyimpan dan menabung.... adakah patut ayah kata kat anaknya begitu.... apa bila anak teringat yang dulu dia ada simpan duit kat ayah.. lalu bertanya ayah dimanakah duitnya itu....untuk dibeli buku.... siayah kata mana ada.... setelah didesak n emak masuk campur..... siayah pun mengaku...duit itu telah digunakan untuk membayar yuran dahulu... adakah ayah ini seorang ayah yang bertanggungjawab, jujur dan amanah... sudah tentu tidak..... inilah yang berlaku... hendak bantu, hendak tolong, cakap macam nak menangis tetapi dalam masa sama mencuri, hati penuh asad, yang pasti gaji dia lebih besar dari peneroka itu sendiri.... fikir-fikirkan lah wahai jenerasi kedua.... |
Sindiket jual bayi ada rangkaian besar Posted: 18 Jan 2011 11:32 AM PST MukaDepan KUALA LUMPUR: Sindiket penjualan bayi terbesar yang dilumpuhkan minggu lalu dipercayai mempunyai rangkaian di luar negara sehingga membolehkan kumpulan itu mendapat pelanggan di beberapa negara terutama Singapura.Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti saiz sebenar operasi sindiket terbabit yang berpusat di Lembah Klang, Sarawak dan Johor, termasuk mengesan saki baki anggota mereka. "Berikutan itu, tempoh siasatan akan dilanjutkan sehingga tiga bulan lagi bagi membanteras kegiatan ini hingga ke akar umbi. Kita sedang berhubung dengan pihak berkuasa di beberapa negara jiran bagi mendapatkan maklumat berkaitan. "Kita percaya kegiatan dilakukan secara terancang, Usaha paling penting kini untuk mengenal pasti saiz sebenar operasi sindiket itu," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.Sabtu lalu, Unit Anti Pemerdagangan Orang (ATIP) D7 JSJ Bukit Aman, menahan lapan anggota sindiket terbabit, termasuk empat warga asing berusia antara 20 hingga 50 tahun, masing-masing di sebuah klinik swasta dan rumah kediaman di Selayang serta Subang Jaya hasil maklumat risikan. Turut diselamatkan tiga bayi berusia antara lima hingga tujuh hari yang dalam proses untuk diperdagangkan dengan harga di antara RM15,000 hingga RM20,000 bergantung kepada kesihatan dan paras rupa. Beberapa dokumen berkaitan pengeluaran sijil kelahiran, buku rekod dan wang tunai RM3,000 dipercayai pendahuluan pembelian bayi turut dirampas dalam serbuan itu.
Sehingga kini, 30 suspek berjaya ditahan sejak operasi membanteras kegiatan penjualan bayi dilancarkan besar-besaran sejak pertengahan tahun lalu di Sarawak dan sekitar ibu negara, dengan 22 bayi berjaya diselamatkan. Mohd Bakri berkata, dalam serbuan terbaru itu pihaknya juga berjaya menyelamatkan dua wanita warga negara asing yang sarat mengandung dan seorang wanita tempatan dipercayai ibu salah seorang bayi yang diselamatkan di klinik swasta terbabit. "Kita percaya klinik itu sudah memperdagangkan sembilan bayi tidak termasuk tiga bayi yang berjaya selamatkan. Semua mereka (bayi dan ibu) yang berjaya diselamatkan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan dan penjagaan rapi," katanya. Mohd Bakri berkata, pihaknya juga masih menyiasat sama ada ibu kandung bayi yang diperdagangkan itu menyerahkan bayi mereka secara sukarela atau dipaksa. Komen Anda Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.Senarai komenjo mmmm....apa dah jadi negara Malaysia ni..jual bayi dan bunuh bayi....malluu west yan mereka ni manusia ka binatang....kasian bayi-bayi tu... |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: MukaDepan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan