Kosmo Online - Negara |
2010 catat rekod jualan kereta Posted: 2010 catat rekod jualan kereta![]() MINAT orang ramai untuk membeli kenderaan kebanyakannya didorong oleh kemunculan model-model baru yang mampu milik seperti Perodua Viva selain pakej sewa beli yang menarik. PETALING JAYA – Jualan kenderaan mencecah paras tertinggi dalam sejarah dengan sejumlah 605,156 unit, meningkat 12.7 peratus atau 68,251 unit tahun lepas berbanding 536,905 unit pada 2009. Ini bermakna sebanyak 1,658 unit kenderaan telah dijual pada setiap hari sepanjang tahun lepas. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad (gambar) berkata, jumlah keluaran industri (TIV) 2010 juga melepasi rekod 552,316 unit yang dicatatkan pada 2005. Daripada jumlah itu, kenderaan penumpang menyumbang sebanyak 543,594 unit manakala kenderaan komersial pula berjumlah 61,562 unit berbanding sebanyak 486,342 unit dan 50,563 unit yang masing-masing dijual pada 2009. "Prestasi tertinggi itu adalah hasil pelan dan program berani kerajaan tahun lepas seperti Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi, Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh yang menyumbang kepada keyakinan pengguna," katanya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
Budak hilang semalaman ditemui Posted: Budak hilang semalaman ditemui Oleh MOHD. AZLI ADLAN ![]() ABDUL WAHID (tengah) memeluk Nor Aishah yang ditemui dalam kawasan paya di Kampung Lintah, Slim River semalam. SLIM RIVER – Seorang kanak-kanak berusia setahun 10 bulan menghadapi saat-saat cemas apabila tersesat di dalam hutan kira-kira tiga kilometer dari rumah neneknya di Kampung Lintah, Slim Village di sini, tengah hari kelmarin sebelum ditemui 20 jam kemudian. Nor Aishah Umairah Zamzuri dijumpai semula dalam keadaan berdiri di dalam kawasan berlumpur dengan sebahagian kakinya ditenggelami selut hingga paras betis sambil menangis. Dia ditemui dua penduduk Orang Asli yang kebetulan melalui kawasan hutan tersebut untuk menoreh getah di ladang getah berhampiran pada kira-kira pukul 7.30 pagi semalam sebelum memaklumkannya kepada penduduk kampung yang menyertai dalam operasi mencari. Semasa ditemui, tubuh Nor Aishah dipenuhi lumpur hingga ke paras leher selain banyak kesan gigitan serangga dan calar-balar. Kedua-dua tapak kakinya pula pecah dipercayai akibat berjalan berkaki ayam di dalam hutan terbabit. Nenek mangsa, Norliah Zakaria, 50, berkata, dia menyedari kehilangan cucu sulungnya itu selepas pulang mengambil dua anaknya dari sekolah berhampiran pada pukul 1.30 petang kelmarin. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
Mohd. Azahar calon BN DUN Tenang Posted: Mohd. Azahar calon BN DUN Tenang![]() MUHYIDDIN (kiri) mengangkat tangan Mohd. Azahar (tiga dari kanan) selepas dipilih calon BN pilihan raya DUN Tenang di Labis semalam. LABIS - Bekas penolong pentadbir tanah daerah kecil Rengit, Mohd. Azahar Ibrahim, 39, yang juga anak jati Labis dipilih calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang 30 Januari ini. Pemilihan Mohd. Azahar diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada satu majlis di sini semalam. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, daripada BN pada 17 Disember tahun lepas. Pada pilihan raya umum 2004, Sulaiman menewaskan calon Pas, Md. Saim Siran dengan majoriti 5,517 apabila mendapat 7,655 undi berbanding Pas 2,138. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan