Rabu, 19 Januari 2011

Harian Metro: Setempat

Harian Metro: Setempat


Unit pekerja asing sesak

Posted: 18 Jan 2011 09:18 AM PST

SHAH ALAM: Unit Pekerja Asing, Jabatan Imigresen Selangor di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), di sini 'meriah' apabila ia menjadi tumpuan warga Lembah Klang sejak awal bulan ini untuk pelbagai urusan termasuk memperbaharui permit atau visa selepas unit sama di Ibu Pejabat, Putrajaya ditutup.

Kebanyakan orang ramai yang datang berurusan di jabatan itu melahirkan rasa kesal apabila urusan yang kebiasaannya dapat disiapkan dalam tempoh kurang sejam kini terpaksa menunggu sehingga ke lewat petang.


Kakitangan swasta, Mohamad Abdullah Sani, 47, berkata, tindakan Jabatan Imigresen menutup unit itu di Putrajaya menyebabkan berlaku kesesakan di Imigresen negeri sekali gus menyebabkan orang ramai terpaksa menunggu lama untuk sebarang urusan.

"Kalau kita lihat mana-mana agensi kerajaan pun, kebanyakan ibu pejabatnya mesti lengkap dengan semua kemudahan. Jadi apabila unit di Putrajaya ditutup, apa guna ia dijadikan ibu pejabat.


"Saya bimbang kalau ia terus sesak begini, mungkin akan menimbulkan kekecohan di kalangan pengguna kerana berebut giliran dan tempat duduk," katanya.


Kakitangan swasta, Yanti Ali, 31, berkata, kesesakan di jabatan itu bukan saja mengundang ketidakselesaan di kalangan pengguna, malah menyebabkan urusan yang lain tergendala ekoran terpaksa menunggu giliran berjam-jam lamanya.

"Saya sudah berurusan di sini (Shah Alam) beberapa kali, namun tak pernah tengok ia begitu sesak macam hari ini.


"Perkhidmatan di sini memang bagus dan tiada masalah, tapi yang menjadi masalah ialah pengguna. Di sini tempat sempit dan tempat duduk pun kurang. Dah lah kena tunggu lama, berdiri pulak tu," katanya.

Lau Kam Tak, 72, berkata, dia menganggap perkhidmatan unit itu di Putrajaya lebih tersusun dan selesa berbanding di Shah Alam.


"Biasanya, saya berurusan dengan Jabatan Imigresen di Putrajaya kerana di sana tempat menunggu lebih luas dan kaunter pun banyak.


"Cadangan saya, kalau pihak Imigresen mahu menutup terus unit ini di sana (Putrajaya), mereka perlu wujudkan satu lagi tempat untuk unit ini di sekitar Lembah Klang," katanya.


Sementara itu, Pengarah Imigresen Selangor, Mohd Yunus Jamil, ketika dihubungi berkata, pihaknya sudah melakukan pemantauan terhadap rungutan orang ramai berhubung kesesakan unit itu.


Katanya, pihaknya menerima baik keputusan yang dibuat Ibu Pejabat untuk menjalankan operasi unit berkenaan di cawangan negeri sahaja.


"Kami masih mencari jalan penyelesaian terbaik bagi meredakan kesesakan ini secepat mungkin dan diharap pengguna di Shah Alam dapat bersabar untuk sedikit masa lagi," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Semua teksi boleh ambil penumpang

Posted: 18 Jan 2011 09:14 AM PST

KUALA LUMPUR: "Secara dasarnya mana-mana pemandu teksi berhak mengambil dan menurunkan penumpang di Jalan Ampang, di sini dan susur jalan menghubung ke KLCC, berikutan DBKL tidak pernah memberi 'keistimewaan' kepada syarikat teksi tertentu.

"Kalau ada yang mengatakan teksi tertentu saja berhak, maknanya dia laksana secara haramlah kerana di sekitar Jalan Ampang dan susur yang menghubung ke KLCC memang tak ada masalah untuk turun dan ambil penumpang, sebab itu kita akan bincang semula dengan pengurusan," kata Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Salleh Yusup.


Beliau mengulas kekecohan membabitkan pemandu teksi di KLCC, seperti dilaporkan Harian Metro semalam.

Menurut Salleh, DBKL mengambil keputusan berbincang dengan pihak pengurusan KLCC berhubung cara menangani masalah pemandu teksi di kawasan itu.


"Kita tidak mahu perkara buruk berlaku hingga membahayakan nyawa mana-mana pihak. "DBKL akan mengatur pertemuan dengan pihak terbabit bagi mencadangkan penggunaan teksi berkupon menggantikan sistem sekarang supaya lebih sistematik dan teratur.


"Sebelum ini kita pernah mencadangkan supaya KLCC menggunakan sistem pengangkutan teksi berkupon kerana percaya mampu menangani masalah berebut penumpang dan sebagainya, tapi tak diterima pihak berkenaan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan