Rabu, 19 Januari 2011

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Mesyuarat Kabinet pertama Tunisia Khamis

Posted: 19 Jan 2011 03:11 AM PST

[unable to retrieve full-text content]TUNIS: Kerajaan baru Tunisia akan mengadakan mesyuarat kabinet pertama, Khamis (waktu tempatan), kata seorang menteri yang sebelum ini adalah bekas pemimpin pembangkang, Nejib Chebbi.

Singapura bimbang kadar kelahiran merosot

Posted: 19 Jan 2011 02:44 AM PST

Mutakhir

SINGAPURA: Singapura kini dihantui kebimbangan kerana rakyatnya tidak menghasilkan jumlah bayi yang mencukupi bagi mengimbangi kemerosotan kadar kelahiran di republik itu.

Angka terkini mendedahkan jumlah kadar kesuburan (TFR) Singapura mencatatkan

paras terendah dalam sejarah negara berkenaan iaitu 1.16 pada tahun lalu, menyaksikan penurunan daripada 1.22 pada 2009, dan jauh lebih rendah daripada tahap penggantian 2.1. Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, berkata kadar kesuburan bagi kaum Cina merosot kepada 1.02 tahun lalu berbanding 1.08 pada 2009, menjadikannya yang
terendah di kalangan semua kaum termasuk Melayu dan India.

Katanya, TFR kaum Melayu tahun lalu ialah 1.65 berbanding 1.82 pada 2009, dan India 1.13 daripada 1.14.

Lee membangkitkan kebimbangannya berhubung kadar kelahiran pada majlis
dialog merangkap makan malam di sini semalam, yang dihadiri lebih 1,000 pemimpin suku kaum Cina dan anggota Persekutuan Persatuan Suku Kaum Cina Singapura
(SFCCA), sebuah badan yang menaungi lebih 200 kumpulan suku kaum berkenaan.

Ketika ini, Singapura mempunyai 5.08 juta penduduk dengan 3.23 juta adalah
warga negara, 0.54 juta penduduk tetap dan 1.31 juta bukan penduduk.

Daripada jumlah itu, 74.1 peratus daripadanya ialah kaum Cina, Melayu 13.4
peratus dan India (9.2).

Lee berkata, Singapura perlu dibuka kepada imigran baru dan kumpulan seperti
persatuan suku kaum memainkan peranan penting dalam membantu mereka
berintegrasi.

Menteri itu berkata, Singapura memerlukan imigran muda, jika tidak,
ekonominya akan menjadi lembab seperti yang berlaku di Jepun.

"Kita akan berdepan dengan Singapura yang kurang dinamik serta kurang maju.
Ini bukan masa depan yang kita inginkan untuk anak dan cucu kita," katanya pada
dialog itu. - BERNAMA


Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan