Khamis, 4 Oktober 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Lebih 60,000 kesalahan lalu lintas dirakam AES sejak 23 Sept

Posted: 04 Oct 2012 02:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebanyak 63,558 imej kesalahan lalu lintas dirakam di seluruh negara melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sejak sistem itu beroperasi 23 Sept lepas.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, imej itu kini dalam proses semakan dan pengesahan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebelum saman dikeluarkan kepada pesalah lalu lintas itu.

"Memandangkan saman belum dikeluarkan di bawah pelaksanaan AES, maka tiada sebarang hasil yang dikutip setakat ini," katanya ketika menjawab soalan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) yang ingin tahu jumlah saman dan hasil sejak perlaksanaan AES, pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Abdul Rahim turut menafikan bahawa pengendali AES boleh sewenang-wenangnya merakam dan mendakwa pengguna jalan raya melakukan kesalahan atas faktor keuntungan, sebaliknya setiap rakaman akan disemak oleh JPJ terlebih dahulu.


"Apabila sesuatu kesalahan dilakukan, rakaman oleh pengendali operasi akan dianalisa dan disemak semula oleh JPJ sebelum saman dikeluarkan bagi memastikan kesalahan itu benar-benar berlaku. JPJ yang mengeluarkan saman bukan pengendali," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/04


Culik kanak-kanak sembilan tahun, pasangan kekasih dipenjara seumur hidup

Posted: 04 Oct 2012 02:49 AM PDT

GEORGE TOWN: Sepasang kekasih dihukum penjara seumur hidup oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menculik seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun dan memperoleh wang tebusan RM200,000, tiga tahun lepas.

Lai Khan Mei, 35, dan teman wanitanya, Gao Bingju, 25, seorang warga China, didapati bersalah melarikan dan mengurung kanak-kanak itu di sebuah rumah di Taman Gemilang Ria, Bukit Mertajam, dekat sini, kira-kira jam 5.30 petang, 19 Disember 2009.

Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Amin Firdaus Abdullah turut menjatuhkan hukuman 15 kali sebatan terhadap Lai selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.

Beliau berkata, mahkamah menolak keterangan Lai yang mengatakan wang yang ditemui ketika dia dan Gao ditangkap di Genting Highlands adalah pemberian kawan-kawannya.


"Mahkamah mendapati keterangan dikemukakan pihak pendakwaan berjaya membuktikan identiti kedua-dua tertuduh terlibat dalam kes ini," katanya. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/04


Tiada ulasan:

Catat Ulasan