Khamis, 11 Oktober 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Datuk kerugian RM2 juta ditipu permit kedai nombor ekor

Posted: 11 Oct 2012 02:20 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang lelaki bergelar Datuk menanggung kerugian hampir RM2 juta apabila ditipu tiga lelaki termasuk seorang yang kononnya bergelar 'Datuk' berhubung lesen dan permit peniagaan kedai nombor ekor.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Selangor ACP Chong Mun Phing berkata kesemua suspek ditahan secara berasingan pada 2 dan 5 Okt lepas, masing-masing di Kuchai Lama, Kuala Lumpur dan di sebuah rumah di Shah Alam. "Kesemua suspek itu ditahan selepas mangsa seorang pemaju perumahan berumur 35 tahun membuat laporan pada Jun lepas sebaik sedar dirinya diperdaya," katanya pada sidang media, di sini hari ini.


Chong berkata mangsa diperkenalkan kepada 'Datuk' palsu itu yang menunjukkan kad kuasa kononnya dari Unit Tindakan Khas Kementerian Dalam Negeri dan mendakwa boleh mengeluarkan lesen dan permit untuk membuka kedai nombor ekor pada 2010 oleh seorang rakannya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/11


Kilang perabot terbakar sebabkan kerugian RM3 juta

Posted: 11 Oct 2012 02:18 AM PDT

PADANG SERAI: Sebuah kilang perabot di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Taman Kenangan, Sungai Karangan dekat sini musnah dalam satu kebakaran malam semalam.

Kejadian berlaku kira-kira 11 malam dan menyebabkan keseluruhan bangunan Kilang Everwood Sdn Bhd yang beroperasi lebih 23 tahun itu hangus. Kebakaran kilang yang mengeluarkan produk untuk eksport itu menyebabkan kerugian kira-kira RM3 juta dan 40 pekerja yang kebanyakannya warga asing hilang sumber pendapatan.


Pegawai Zon Bomba dan Penyelamat Kulim Hitech Mohd Firdaus Daud berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pukul 11.08 malam tadi dan tiba di lokasi 11.16 malam, manakal api dapat dikawal dua jam kemudian.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/11


Tiada ulasan:

Catat Ulasan