Isnin, 1 Oktober 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Mayat dengan kesan terbakar ditemui di kawasan semak

Posted: 01 Oct 2012 06:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mayat seorang lelaki dengan kesan terbakar 60 peratus dijumpai di kawasan semak berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, Puchong di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Cheras, ACP Mohan Singh Tara Singh berkata, mayat itu ditemui seorang lelaki yang terhidu bau busuk ketika melalui kawasan berkenaan kira-kira jam 6 petang.

"Dia menjejaki bau itu sebelum menemui mayat seorang lelaki yang hampir reput selain kesan pembakaran di kelilingnya," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Daerah Cheras di sini, hari ini.

Mohan Singh berkata, polis percaya mangsa dibunuh di tempat lain dan mayatnya dicampak di kawasan semak tersebut. Tiada senjata, kesan pergelutan atau kesan darah ditemui di lokasi itu.


Menurutnya, polis bagaimanapun menemui guni plastik yang dipercayai digunakan untuk mengangkat mayat mangsa sebelum dibakar. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/01


Dua pusat judi tanpa lesen diserbu, 79 set komputer dirampas

Posted: 01 Oct 2012 03:16 AM PDT

IPOH: Sebanyak 79 set komputer bernilai RM140,000 dirampas polis dalam dua serbuan termasuk di sebuah premis yang dipercayai menjalankan kegiatan perjudian tanpa lesen yang berselindung di sebalik nama premis snuker di sini semalam.

Pegawai Perjudian Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak Muhammad Ashraf Shukor yang mengetuai kedua-dua operasi itu berkata serbuan pertama di premis yang kononnya menjalankan kegiatan permainan snuker di Jalan Tai Fi Tong, Kampung Tawas dilakukan pada 5.30 petang.

"Kami menahan tujuh pelanggan yang berjudi berusia antara 30-an dan 50-an serta dua penjaga yang berumur 17 tahun. Selain itu kami merampas 49 set komputer yang digunakan untuk kegiatan perjudian ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pasukan itu turut merampas wang tunai berjumlah RM1,922 yang dipercayai menjadi pertaruhan pelanggan premis berkenaan.


Katanya selain tanda 'sewa' ditampal di luar premis, gambar permainan snuker turut diletakkan pada pintu masuk ke premis berkenaan yang diawasi sistem kamera litar tertutup (CCTV). - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/01


Tiada ulasan:

Catat Ulasan