Selasa, 23 Oktober 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Tentera Syria terus bedil Aleppo

Posted: 23 Oct 2012 03:19 AM PDT

BEIRUT: Daerah utara Aleppo terus dibedil tentera udara Syria meskipun wujud syor agar satu gencatan senjata dilaksanakan hujung minggu ini sempena umat Islam menyambut Aidiladha.

Serangan terbaru itu menjelang tiga hari lagi umat Islam menyambut Aidiladha dengan pelan gencatan senjata dicadangkan oleh wakil khas antarabangsa,

Lakhdar Brahimi masih kabur. Dalam serangan di Aleppo itu, seorang pemberontak maut ketika pesawat mengebom bandar Katergi.

Dalam serangan di bandar Harasta di Damsyik, sekurang-kurangnya dua pemberontak maut. - AFP

APMM patah cubaan seludup 4,250 karton rokok putih bernilai RM508,725

Posted: 23 Oct 2012 03:16 AM PDT

ALOR GAJAH: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan penyeludupan 4,250 rokok putih jenama 'John' bernilai RM508,725 dalam satu operasi di perairan Kuala Sepang, Selangor, semalam.

Pengarah Operasi Daerah Lima Kuala Linggi, Komander Maritim V Pannir Selvan berkata, pihaknya turut merampas bot gentian kaca dengan tiga enjin Yamaha bernilai RM200,00 yang digunakan bagi menyeludup rokok dipercayai dari negara jiran itu.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 11.30 malam itu, bot peronda APMM yang sedang melakukan Operasi Satria Selatan di sekitar perairan Kuala Sepang ke Tanjung Rhu, Selangor menerima maklumat awam mengenai sebuah bot mencurigakan sebelum berjaya mengesannya kira-kira dua batu nautika ke selatan Tanjung Rhu.
"Bot APMM yang dinaiki lima anggota itu kemudian cuba menghampiri dan mengarahkan bot berkelajuan 600 kuasa kuda yang dinaiki seorang tekong dan dua awak-awak itu untuk berhenti namun tidak diendahkan, malah mereka memecut bot lebih laju ke arah pantai Tanjung Rhu," katanya dalam satu sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, berikutan kedegilan mereka pihaknya terpaksa mengejar bot tanpa plat pendaftaran itu selama 15 minit dalam keadaan gelap gelita sehingga ke pantai berkenaan.

Katanya, tekong dan dua awak-awak terbabit bagaimanapun gagal ditahan selepas mereka bertindak terjun ke laut dan melarikan diri ke arah hutan berhampiran.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan