Rabu, 19 Januari 2011

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Pulangan lumayan menanti

Posted:

Pulangan lumayan menanti

Pulangan lumayan menanti

Oleh TOREK SULONG
utusankelantan@utusan.com.my

PASIR PUTEH 18 Jan. - Para petani digalakkan terlibat dalam tanaman cendawan tiram atau nama saintifiknya Pleurotus ostreatus secara komersial kerana ia mempunyai pasaran luas di dalam dan luar negara.

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Roseley Khalid berkata, pihaknya sentiasa memberi galakan kepada petani untuk mengusahakan tanaman cendawan itu secara komersial dengan menggunakan kaedah pertanian moden.

Beliau berkata, cendawan yang merupakan spesies kulat, sudah lama diusahakan secara ladang di negara maju bagi memenuhi permintaan industri makanan dan perubatan.

Katanya, cendawan dikatakan mempunyai unsur dikenali mycelia yang mampu membunuh dan mencerna cacing gelang, selain digunakan bagi menghasilkan nitrogen.

"Ia dikatakan mengandungi kandungan kecil arabitol yang menyebabkan kesakitan gastrousus bagi sesetengah orang.

"Arabitol merupakan alkohol gula yang sepunya dengan xylitol, manitol dan sorbitol, digunakan secara meluas sebagai bahan tambahan dalam makanan. Kepelbagaian fungsi cendawan seharusnya menjadi asas untuk ia diusahakan secara komersial," katanya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena lawatan kerja ke projek perusahaan cendawan, di Kampung Tasek Pauh, Selising, di sini.

Pengarah Pertanian negeri, Maliha Ghazali dan Pegawai Pertanian Daerah Pasir Puteh, Shukran Abdul Rahman hadir sama.

Roseley berkata, Jabatan Pertanian juga boleh menyediakan kepakaran bagi membantu belia menganggur untuk terlibat dalam projek tanaman cendawan, sekali gus meningkatkan produktiviti sektor pertanian negara dalam penghasilan kulat bagi pelbagai tujuan khususnya perubatan.

"Pengeluaran hasil dalam kuantiti yang banyak dan kualiti tinggi membolehkannya dieksport ke China atau Jepun yang masyarakatnya gemar menggunakan kulat (cendawan) dalam masakan mereka.

"Apa pun, pada peringkat permulaan usaha memenuhi permintaan domestik sudah dianggap menguntungkan," katanya.

Menurutnya, kejayaan seorang belia di daerah ini, Nor Azimi Azuwal Nordin, 27, di Kampung Tasek Pauh yang mengusahakan cendawan tiram kelabu sehingga mampu memperoleh pendapatan bersih RM82,000 pada tahun lalu sepatutnya dijadikan contoh oleh golongan belia terutama yang masih menganggur.

Belia berkenaan, berkat kesungguhan Nor Azimi, dia yang dahulunya seorang peniaga pasar malam dan hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini sudah berstatus petani jaya yang cemerlang.

"Buktinya, sekarang ini Nor Azimi sudah mampu menyediakan peluang pekerjaan kepada 13 belia lain dengan bayaran gaji yang berpatutan. Ini adalah satu kemajuan dalam pertanian komersial," katanya.

Roseley berkata, pihaknya bangga dengan pencapaian Nor Azimi itu yang kini menjadi pembekal polibag, media tanaman dan benih kulat kepada pengusaha cendawan di Pantai Timur terutama di Kelantan dan Terengganu.

Kejayaan Nor Azimi itu membolehkannya menerima Anugerah Usahawan Tani Jaya 2010 sempena Ekspo Pertanian Negeri Kelantan dan tempat kedua pada Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2010) bagi kategori usahawan cendawan tiram kelabu.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tradisi anugerah Kawat-ExxonMobil

Posted:

Tradisi anugerah Kawat-ExxonMobil

Tradisi anugerah Kawat-ExxonMobil


Yahya Khatib Mohamad (tengah), Fatimah Merican dan Ayob Mamat bergambar bersama para pemenang pelbagai anugerah pada Malam Anugerah Kewartawanan Kawat-ExxonMobil di Hotel Tanjung Vista, Kuala Terengganu, kelmarin. – utusan/ Shaifudin Mohd Nor


KUALA TERENGGANU 18 Jan. – Kelab Wartawan Terengganu (Kawat) sudah menjangkau usia 25 tahun dan masih segar ketika kelab-kelab seumpamanya di kebanyakan negeri tidak begitu bermaya.

Mungkin ia kelab di peringkat negeri yang paling panjang hayatnya biar pun peneraju dan anggotanya silih berganti kerana mereka yang ditugaskan di sini lazimnya pula kerap datang dan pergi.

Ia satu-satunya kelab yang memayungi seluruh anggota media pelbagai aliran dan medium di negeri ini, menjadi wadah bagi mengeratkan hubungan antara mereka dan juga masyarakat umum.

Rahsianya bertahan kerana ia bukan landasan untuk kepentingan individu atau jawatankuasa kelab tetapi untuk semua dengan turut menitik-beratkan aspek kebajikan di samping menyatukan suara.

Dalam usia sebegitu, ia masih meneruskan tradisi tahunan yang sememangnya dicemburui oleh rakan-rakan di negeri ini dengan Anugerah Kewartawanan Kawat-Exxonmobil.

Anugerah yang bagaikan bonus tahunan ketika melangkah ke tahun baru, didokong dengan tajaan oleh syarikat minyak multinasional itu.

Sempena usia jubli perak baru-baru ini, ExxonMobil memperuntukkan RM70,000 bagi anugerah itu yang terbesar pernah dikeluarkan sepanjang siri anugerah.

Setelah sekian lama, mungkin penilaian anugerah itu bagi mengiktiraf dan menghargai hasil penulisan dapat dikaji semula agar benar-benar dapat merangsang ke arah peningkatan mutu, kreativiti dan kesannya, juga tahap eksklusif.

Bagi mewujudkan budaya persaingan ke arah itu dan menghasilkan yang terbaik, mungkin tradisi memutuskan akan tetap ada pemenang hadiah utama setiap kategori yang dipertandingkan itu tidak lagi menjadi suatu kemestian.

Pada masa sama, anugerah yang boleh dianggap utama iaitu kategori berita terbaik dan rencana terbaik bagi negeri dapat dilonjakkan nilai hadiahnya.

Dalam tradisi anugerah itu, lazimnya para pemimpin negara dan negeri diundang, memberikan prestij tersendiri kepada apa yang diusahakan oleh Kawat.

Pada majlis Anugerah Kewartawanan Kawat -ExxonMobil 2010 di sini baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Yahya Khatib Mohamad diberi penghormatan menyampaikan anugerah.

Ia suatu yang di luar kelaziman, ketika Yahya baru sahaja dilantik sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.

Setiausaha Pas Terengganu, Yahya Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Ladang, Tengku Hassan Omar juga hadir sebagai tetamu Kawat di samping seorang lagi Exco kerajaan negeri, Khazan Che Mat.

Naib Presiden dan Pengarah Urusan Perniagaan Subsidiari-Subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Fatimah Merican ketika berucap pada majlis itu menyatakan pihaknya berbangga dapat bekerjasama dengan Kawat.

Katanya, anugerah kewartawanan telah diadakan sejak 25 tahun lalu dan berterusan dalam usaha menghargai hasil penulisan wartawan yang berkhidmat di negeri ini.

''Bersempena dengan ulang tahun ke-25 itu, kami juga telah meningkatkan sumbangan kepada RM70,000 pada tahun ini, berbanding RM40,000 sebelum ini,'' ujar beliau.

Pada majlis itu, pendaki solo negara, Mohd. Noor Mat Amin bersama dua wartawan, Manirah Othman, Irman Hashim dan jurufoto Azlan Bahrum dari Kumpulan Utusan turut menerima anugerah.

Mohd. Noor, 43, Jurufoto Utusan Malaysia menerima Anugerah Khas Presiden dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000 di samping sijil penghargaan.

Anak Terengganu itu pernah bersama dalam ekspedisi negara ke puncak Everest dan mencatatkan rekod negara melalui pendakian Gunung Kinabalu sebanyak 50 kali dan kini sedang bersiap untuk memecahkan rekod dunia pendakian sebanyak 70 kali tangga Menara Kuala Lumpur.

Pada malam itu, tujuh kategori dipertandingkan iaitu kategori Penulisan Berita Terbaik, Berita Ekonomi Terbaik, Berita Sukan Terbaik, Rencana Terbaik, Foto Terbaik, Berita TV Terbaik di samping Anugerah Khas Radio.

Wartawan Kosmo, Manirah memenangi dua anugerah utama termasuk penulisan berita (RM1,500), tempat kedua dimenangi oleh Hazlan Hassan (Harian Metro) dan ketiga Khairul Azlam Mohamad (Harakah).

Dia turut memenangi kategori rencana manakala Mohd. Lazim Endut (Sinar Harian) di tempat kedua (RM750) dan ketiga Aida Rahman (Teganukita) menerima RM500.

Wartawan Teganukita, Aida Abdul Rahman memenangi tempat pertama bagi kategori berita sukan, kedua Zainuddin Mohamad dari NST dan Ibrahim Abu Bakar dari Bernama.

Bagi kategori penulisan berita ekonomi, wartawan Berita Harian, Haneeyzah Baharuddin mendapat tempat pertama, kedua Ahmad Rabiul Zulkifli (Harian Metro) dan ketiga Irman Hashim (Utusan Malaysia).

Jurufoto Berita Harian, Rozainah Zakaria menggondol tempat pertama bagi kategori foto, kedua Azlan Baharom (Utusan Malaysia) dan ketiga Aswadi Alias (Berita Harian).

Bagi kategori berita tv, ia dimenangi oleh Aziz Abdullah (TV3), kedua Khalid Abdullah (RTM) dan ketiga Nur Fazlizai Ali (TV Bernama) manakala juruhebah Terengganu FM, Azrul Faizal Jusoh menerima anugerah khas radio.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Black Shark FC juara futsal, tewaskan Pelipak FC

Posted:

Black Shark FC juara futsal, tewaskan Pelipak FC

Black Shark FC juara futsal, tewaskan Pelipak FC


Juara Kejohanan Futsal Persatuan Juruterbang Belia Malaysia, Black Sharp FC bergambar bersama Junaidi Abdul Wahab (berdiri empat dari kiri) selepas tamat kejohanan tersebut di Massa Sport Planet, Panji, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 18 Jan. – Pasukan Black Shark FC dari Pasir Puteh merangkul kejuaraan sulung Kejohanan Futsal Persatuan Belia Juruterbang Malaysia (PBJM) selepas menewaskan Pelipak FC 3-0 pada perlawanan akhir di Gelanggang Futsal Massa Sport Planet, Panji di sini semalam.

Pada perlawanan itu, Black Shark FC mempamerkan aksi mantap dengan membuka tirai jaringan seawal minit kedua menerusi Anas Syazwan Sauli yang berjaya menyudahkan hantaran ketua pasukan, Mohd. Rizuan Hashim.

Tersentap dengan jaringan tersebut, Pelipak FC memperkemaskan jentera serangan, namun digagalkan oleh penyudah yang tumpul.

Bersambung di babak kedua, Black Shark FC meneruskan rentak cemerlang dan berjaya menambah jaringan pada minit ke-7 menerusi Mohd. Afiq Abdul Rahman.

Kapten pasukan, Mohd. Rizuan Hashim mengesahkan kejuaraan buat Black Shark FC apabila menjaringkan gol pada minit akhir perlawanan sekali gus meranapkan impian Pelipak FC untuk menjadi juara.

Selaku juara, Black Shark FC membawa pulang wang tunai RM300, piala pusingan, pingat serta hamper, manakala Pelipak FC pula menerima wang tunai RM200, pingat dan hamper.

Tempat ketika diraih oleh wakil Pasir Puteh, Selising FC yang membawa pulang hadiah wang tunai RM100 dan hamper.

Pengerusi kelab yang juga pengelola kejohanan, Tuan Ahmad Humaizi Tuan Mohd. Kamal berkata, kejohanan itu disertai oleh 16 pasukan, 10 daripadanya pasukan kadet juruterbang Akademi Latihan Penerbangan Asia Pasifik ( APFT ) dan selebihnya pasukan luar Kelantan.

"Penganjuran kejohanan bertujuan mencungkil bakat dan menggalakkan budaya kesukanan dalam kalangan belia," katanya.

Tambahnya, berdasarkan sambutan yang menggalakkan, pihaknya berhasrat menambah bilangan pasukan untuk bersaing musim hadapan selain membuka penyertaan untuk wanita.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Datuk Dr. Junaidi Abdul Wahab.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan