Khamis, 20 Januari 2011

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Kerbau dibiar berkeliaran

Posted:

Kerbau dibiar berkeliaran

Kerbau dibiar berkeliaran


Pengguna jalan raya Temerloh-Jerantut bimbang keselamatan mereka terancam ekoran ternakan yang dibiarkan berkeliaran di jalan utama itu. -utusan/Musazliza Mustapar


Saudara pengarang,
MASALAH ternakan berkeliaran terutama kerbau di Jalan Temerloh-Jerantut dekat Kerdau bagaikan tiada penyudah.

Isu itu terus berlarutan seolah-olah tiada sebarang tindakan diambil terhadap pemilik ternakan terbabit.

Difaham banyak kemalangan berlaku di laluan berkenaan disebabkan ternakan tersebut dibiarkan 'melepak' di tengah jalan pada waktu malam.

Ramai pengguna jalan raya mengeluh berikutan masalah itu kerana sikap penternak yang mengabaikan tanggungjawab mereka dengan melepaskan ternakan itu di kawasan jalan raya terutama pada waktu malam.

Selain melintas jalan, ternakan itu juga menjadikan kawasan Padang Awam Seri Ketumbit sebagai padang ragut menyebabkan kemudahan itu dipenuhi najis hingga mengganggu penduduk beriadah dan bermain bola sepak setiap petang.

Sehubungan itu, pihak yang berkaitan perlu menangkap ternakan terbabit sebagai pengajaran kepada penternak yang tidak bertanggungjawab itu.

Dalam aspek keselamatan, tindakan membiarkan ternakan itu tidur di atas Jalan Temerloh-Jerantut sangat membahayakan pengguna.

Ramai pemandu tidak perasan kehadiran kerbau-kerbau terbabit kerana warna kulitnya sama dengan jalan raya.

Dilaporkan sepanjang tahun lalu, lebih 10 kemalangan melibatkan perlanggaran antara kenderaan dengan ternakan itu di jalan tersebut.

Dalam hal ini, pihak berkenaan tidak boleh berlembut sebaliknya mengenakan tindakan tegas ke atas penternak yang degil membiarkan ternakan mereka berkeliaran di atas jalan tersebut.

Ternakan itu dibiarkan bebas kerana ada penternak dikatakan malas untuk memberi makanan kepada ternakan mereka, sebaliknya membiarkan bebas mencari makanan merata-rata.

Apa yang menyedihkan, jika berlaku kemalangan, penternak terbabit hanya membisu tanpa mengambil tindakan sewajarnya.

Jika kemalangan berlaku, siapa yang harus dipersalahkan?

Ternakan yang mati akibat dilanggar juga dibiarkan bergelimpangan di tepi jalan raya hingga reput dan berbau busuk serta mengganggu orang ramai.

SHAMSUL

Kerdau.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Persatuan Olahraga Amatur Pahang perlukan perubahan

Posted:

Persatuan Olahraga Amatur Pahang perlukan perubahan

Persatuan Olahraga Amatur Pahang perlukan perubahan

Saudara pengarang,
MUTU dan prestasi sukan olahraga Pahang dilihat amat mengecewakan sejak akhirakhir ini.

Tiada apa yang boleh dibanggakan terutama apabila melihat pencapaian Pahang dalam Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka baru-baru ini.

Begitu juga pencapaian dalam beberapa kejohanan yang diadakan di negara ini.

Dalam soal ini, Setiausaha Kehormat Persatuan Olahraga Amatur Pahang (POAP), R. Annamalai perlu mengambil tanggungjawab untuk mengembalikan semula kegemilangan sukan di negeri ini.

Jika perlu, Annamalai dinasihati mengundurkan diri daripada jawatan yang telah disandang sejak 20 tahun lalu.

Pada pandangan saya, beliau dilihat tidak mampu lagi membawa sebarang perubahan kepada struktur pembangunan sukan olahraga bagi negeri tercinta ini.

Kecemerlangan dan komitmen harus menjadi nadi untuk memberi satu keyakinan dalam memperlihatkan kesungguhan memperjuangkan serta memberi kecemerlangan terhadap sukan ini.

Kita harus sedar dengan memegang sesuatu jawatan, apa yang penting ialah sifat sanggup berkorban demi membawa perubahan.

Bagaimanapun, ini tidak berlaku bagi negeri Pahang yang suatu ketika dahulu amat cemerlang daripada segi pencapaian atlet-atletnya.

Saya percaya Annamalai akan melakukan apa sahaja demi mempertahankan jawatan Setiausaha Kehormat dalam persatuan tersebut.

Annamalai seharusnya berasa malu kerana sebagai seorang Naib Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), negeri sendiri berada di kelompok tercorot dalam pungutan pingat di Sukma dan dalam kejohanan-kejohanan lain.

Sebagai 'orang lama' dalam bidang sukan di Pahang, saya begitu sedih dan kesal dengan pencapaian sukan olahraga di negeri ini.

Bak kata perumpamaan Melayu '10 jong masuk, anjing bercawat ekor juga'.

Kalau kita lihat di peringkat negeri, tanpa sokongan dan peranan jitu Majlis Sukan Sekolah-sekolah Pahang dan Majlis Sukan Pahang, maka Pahang tiada atlet yang berkaliber.

Oleh itu, apakah peranan yang dimainkan oleh POAP selama ini?

Jangan kita mendabik dada kononnya mempunyai program dengan menamakan beberapa individu yang berlatih di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) dan sebagainya.

Annamalai seharusnya menggerakkan jawatankuasanya secara aktif demi memartabatkan sukan di negeri tercinta ini. Jangan amalkan sikap 'lembu punya susu, sapi mendapat nama'.

Kita juga tidak boleh menyalahkan pengerusi-pengerusi jawatankuasa kecil yang dilantik tidak melakukan kerja.

Sebagai Setiausaha Kehormat, Annamalai seharusnya memastikan para pengerusi terbabit melaksanakan tanggungjawab dengan baik.

Sehubungan itu, Annamalai perlu mengambil tanggungjawab dengan memberi peluang kepada muka-muka baru menggantikannya bagi memberi nafas baru kepada bidang sukan di Pahang.

MOHD. MUSA NOOR MOHD.

Bekas Timbalan Yang Dipertua Persatuan Olahraga Amatur Pahang (POAP).

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Banteras tunggang motosikal tanpa helmet

Posted:

Banteras tunggang motosikal tanpa helmet

Banteras tunggang motosikal tanpa helmet


Remaja menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar di jalan utama Temerloh-Jerantut.


Saudara pengarang,

Respons terhadap laporan itu, pihak berkuasa terutama polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan tahap penguatkuasaannya dengan mengambil tindakan di jalan-jalan kampung bagi membendung gejala tersebut.

Namun, walau sekuat mana pun tahap penguatkuasaan undang-undang, jika ibu bapa masih mengambil sikap acuh tidak acuh terhadap kegiatan anak-anak masing-masing, tindakan undang-undang diibaratkan seperti mencurah air di daun keladi.

Sikap ibu bapa yang membiarkan anakanak menunggang motosikal tanpa lesen dan tidak memakai topi keledar sebenarnya boleh menyumbang kepada kemalangan maut.

Misalnya, di Jalan Jerantut-Temerloh, terdapat ramai remaja yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar.

Mereka juga dilihat tidak mematuhi undang-undang jalan raya apabila keluar dari persimpangan tanpa melihat kenderaan di kiri dan kanan.

Kita bimbang dengan masalah ini dan tidak mahu ada kemalangan jiwa berlaku.

Dalam hal ini ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memastikan anak-anak tidak menunggang dalam keadaan yang membahayakan.

Kita perlu ingat bahawa malang itu tidak berbau dan topi keledar itu merupakan antara penyelamat jika berlaku kemalangan.

Sebagai ibu bapa seharusnya menyuruh anak-anak terutama lepasan sekolah untuk mengambil lesen memandu supaya mereka memahami undang-undang jalan raya dan tidak menunggang secara haram.

Jalan Temerloh-Jerantut kini semakin sibuk dengan kenderaan dan keadaan itu membahayakan remaja yang gemar menunggang motosikal tanpa arah tujuan.

Mereka begitu seronok ketika menunggang motosikal di jalan raya tanpa menghiraukan kenderaan laju di belakang mereka.

Ada juga antara mereka gemar berlumba bersama rakan-rakan menyebabkan pemandu lain terpaksa mengelak daripada terlanggar motosikal yang ditunggangi mereka.

Slogan yang digunakan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu 'tunggang, bukan tunggang-langgang' memang amat tepat ditujukan kepada penunggang tidak berlesen itu.

RAZALI

Jerantut.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan