Utusan Online - Mahkamah |
| NGO: semak semula kes Beng Hock Posted: NGO: semak semula kes Beng HockKUALA LUMPUR 20 Jan. – Sebuah pertubuhan yang menggelarkan mereka sebagai Malaysian for Beng Hock kini giat melancarkan kempen bertemakan Tukar Gambar Bagi Satu Kebenaran dalam laman Facebook bagi mendesak kerajaan menyemak semula kes kematian Teoh Beng Hock. Seorang sukarelawannya, Alan Soh berkata, siasatan semula itu perlu bagi mencari kebenaran dan keadilan yang sepatutnya kepada ahli keluarga Beng Hock. "Sehubungan itu, orang ramai dipelawa berjumpa dengan kami untuk merakam gambar di hadapan kain rentang Rakyat Sokong Beng Hock. Selepas itu, muat turun gambar tersebut daripada www.facebook.com/msians4bh2 bagi menukarnya sebagai gambar profil Facebook mereka," ujarnya. Katanya ketika ditemui pemberita di hadapan Penjara Pudu, Jalan Hang Tuah di sini hari ini, seramai 30 sukarelawan terlibat dalam kempen itu dengan membantu orang ramai merakamkan gambar tersebut dan mengumpulkan tandatangan orang ramai yang mahu kes berkenaan disemak semula. Pada Julai 2009, Beng Hock, 30, yang merupakan Setiausaha Politik kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu. Bagaimanapun inkues siasatan kematian Beng Hock memutuskan, kematian Beng Hock bukan disebabkan bunuh diri, pembunuhan atau penglibatan pihak ketiga. Namun ia tidak dapat diterima oleh para penyokong dan ahli keluarga Beng Hock. |
| Bunuh datuk: Tempoh reman 4 remaja dilanjut Posted: Bunuh datuk: Tempoh reman 4 remaja dilanjutSEREMBAN 20 Jan. - Mahkamah Majistret Seremban hari ini membenarkan polis untuk melanjutkan tahanan reman terhadap empat remaja termasuk seorang perempuan yang disiasat dalam kes samun dan bunuh seorang warga emas di Felda Palong Dua, Jempol dekat sini pada minggu lalu. Ketua Polis Daerah Jempol, Supritendan Mohd. Sabri Muhammad memberitahu, tempoh tahanan reman terhadap keempat-empat suspek yang sepatutnya berakhir hari ini dilanjutkan selama tujuh hari sehingga Khamis depan bagi membolehkan pihaknya menjalankan siasatan. "Polis telah memohon kepada mahkamah untuk melanjutkan tahanan reman sehingga Khamis depan kerana kita perlu lebih masa untuk menyoalsiasat suspek. "Ketika ini tiada perkembangan terbaru mengenai kes itu dan pendakwaan terhadap suspek akan dilakukan sebaik sahaja siasatan selesai," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini. Dalam kejadian pada 14 Januari lalu itu, seorang warga emas, Mohtar Yusof, 71, meninggal dunia selepas ditikam dengan pisau dalam satu kejadian samun oleh sekumpulan remaja termasuk cucunya sendiri. Kejadian tragis itu berlaku apabila mangsa bersama isterinya, Halimah Yasin, 57, dikatakan baru pulang daripada satu kenduri tahlil sebelum mendapati bilik tidur mereka sedang digeledah. Mohtar yang bergelut dengan kumpulan penjenayah remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun itu akhirnya ditikam dengan pisau sebelum kesemua suspek lari bersama wang dan barang kemas bernilai RM10,000. Polis yang bergegas ke lokasi kejadian menahan kesemua suspek di sekitar Jempol beberapa jam kemudian dan merampas beg yang mengandungi wang serta barang kemas tersebut. Kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. |
| You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan