Utusan Online - Mahkamah |
Semakan inkues Beng Hock didengar 31 Januari Posted: Semakan inkues Beng Hock didengar 31 JanuariSHAH ALAM 19 Jan. - Permohonan semakan yang difailkan oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail terhadap keputusan inkues siasatan kematian Teoh Beng Hock akan didengar di Mahkamah Tinggi di sini pada 31 Januari ini. Tarikh tersebut ditetapkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Khairul Nizam Abu Bakar hari ini dan permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki. Pada 5 Januari lalu, Mahkamah Koroner di sini mengesahkan Setiausaha Politik kepada seorang Exco Selangor itu menemui ajal bukan akibat dibunuh. Koroner Azmil Muntapha Abas turut menolak kemungkinan lelaki itu membunuh diri serta merumuskan ia sebagai keputusan terbuka. Dua hari selepas itu, Abdul Gani memfailkan permohonan semakan di Mahkamah Tinggi berikutan kebimbangan yang dilahirkan daripada keputusan prosiding inkues tersebut. Beng Hock, 30, Setiausaha Politik kepada Ean Yong Hian Wah ditemui mati pada 16 Julai 2009 selepas memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor yang terletak di tingkat 14 Plaza Masalam di sini. Inkues bagi menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock bermula pada 29 Julai 2009 ekoran kematiannya menimbulkan tanda tanya kerana beberapa jam sebelum itu dia dipanggil ke SPRM untuk disoal berhubung dakwaan penyalahgunaan wang peruntukan kerajaan negeri Selangor. Walaupun pada peringkat awal inkues dijangka selesai dalam tempoh sebulan, namun ia berlarutan selama 15 bulan tujuh hari dengan 37 saksi termasuk pakar patologi dari Thailand, Dr. Pornthip Rojanasunand dipanggil memberi keterangan. |
Penganggur rompak RM1 dipenjara 5 tahun, disebat 6 kali Posted: Penganggur rompak RM1 dipenjara 5 tahun, disebat 6 kaliKUCHING 19 Jan. - Akibat mencederakan seorang lelaki dengan pemutar skru untuk merompak wang RM1, seorang penganggur terpaksa meringkuk di penjara selama lima tahun dan sebatan lapan kali. Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Nixon Kennedy Kumbong memerintahkan demikian ke atas Mahathir Wahab, 23, selepas lelaki itu hari ini mengaku bersalah atas tuduhan tersebut. Hukuman penjara berkuat kuasa mulai tarikh tangkapan tertuduh pada hari kejadian. Mahathir dari Kampung Bintawa Ulu, di sini mengaku mencederakan Mohd. Hafizi Kasran menggunakan pemutar skru semasa merompak RM1 daripada lelaki terbabit. Kejadian itu berlaku di Tebingan Kuching berhampiran sebuah kafe di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini pada pukul 5.30 petang, 17 November tahun lalu. Dakwaan terhadapnya dikemukakan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan. Menurut fakta kes yang dibacakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yin Tin, pada hari kejadian, Mohd. Hafizi sedang duduk bersama seorang rakan di Tebingan Kuching sebelum mereka didatangi lelaki tidak dikenali yang meminta RM1. Mohd. Hafizi bagaimanapun tidak mempedulikan permintaan lelaki itu dan beredar ke tempat lain tetapi masih diekori oleh tertuduh lalu pengadu mengeluarkan dompet dan menyerahkan wang RM1 kepada tertuduh. Secara tiba-tiba, tertuduh mengeluarkan pemutar skru dari saku seluar panjangnya dan mengacu belakang Mohd. Rafizi serta mengatakan mustahil pengadu hanya memiliki RM1 dalam dompetnya lalu meminta tambahan RM1 lagi. Tertuduh kemudiannya bertindak menikam dan menendang belakang pengadu menyebabkan mangsa mengeluarkan RM1 dari dompetnya lalu dilontar ke arah kaki tertuduh sebelum melarikan diri dengan rakannya. Kira-kira pukul 5.35 petang hari yang sama, lelaki itu telah ditangkap polis dalam Ops Payung dan pemeriksaan terhadap tertuduh telah menemui sebatang pemutar skru di dalam saku seluarnya. Mohd. Rafizi yang cedera di belakang badannya kemudian telah dipanggil untuk melakukan kawat cam pada 22 November lalu dan mengenal pasti tertuduh. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan