Kosmo Online - Negara |
| Tak guna artis kurangkan tekanan Posted: Tak guna artis kurangkan tekananOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE ![]() AHMAD ZAHID (tengah) diapit oleh Zulkifeli (kiri) dan Mohd. Sidek (kanan) di Pangkalan Udara Subang semalam. SUBANG - Kementerian Pertahanan tidak bercadang untuk menghantar artis-artis tanah air untuk mengurangkan tekanan anggota tentera Malaysia yang bertugas di luar negara. Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, meskipun beliau menyedari pendekatan menggunakan artis-artis dilakukan oleh negara-negara tertentu terutama dari barat namun kementerian itu tidak bercadang untuk mengikuti langkah tersebut. Menurut beliau, pihaknya mempunyai pendekatan tersendiri untuk membantu anggotanya mengatasi tekanan ketika bertugas di seberang laut berbanding dihiburkan artis tempatan. "Antara pendekatan itu termasuklah menganjurkan pertandingan seni mempertahankan diri sesama anggota, aktiviti keagamaan dan ilmiah serta sesi nyanyian karaoke ketika berehat. "Kita ada cara kita sendiri, jadi saya rasa tentera kita tidak perlu untuk dihiburkan oleh artis-artis," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama Batalion Malaysia (Malbatt 3) ke Lebanon di Pusat Pergerakan Udara, Pangkalan Udara Subang di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | ||
| Nasib mangsa renjatan kabel elektrik Posted: Nasib mangsa renjatan kabel elektrik
SHAH ALAM - Mangsa renjatan kabel elektrik, Muhamad Hairuman Miskon, 22, menitiskan air mata selepas mendapati kedua-dua tangan paras siku dan ibu jari kaki kirinya sudah tiada lagi setelah dipotong melalui pembedahan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang malam kelmarin. Kakaknya, Maryuni Miskon, 32, berkata, setelah selesai pembedahan dijalankan pada pukul 11 malam itu, adiknya dilihat menangis mengenang nasibnya. "Apabila saya melihat dia menangis, saya cepat-cepat pujuk dan memberi sokongan moral kerana saya faham dugaan yang dihadapinya terlalu berat," kata Maryuni ketika ditemui di sini semalam. Maryuni memberitahu, adiknya kini perlu banyak berehat kerana masih penat setelah menjalani pembedahan hampir tujuh jam bermula pukul 4.45 petang kelmarin. Beberapa jam sebelum dimasukkan ke dewan bedah HTAR, dia juga terpaksa berpuasa. Muhamad Hairuman hanya boleh menganggukkan kepala tanpa mengeluarkan sepatah pun perkataan apabila soalan diajukan kepadanya. Keadaannya terlalu lemah selepas menjalani pembedahan. Dia yang merupakan anak yatim piatu terkena renjatan elektrik ketika mengait buah kelapa sawit di Jalan Masjid Baru, Tanjong Karang, pukul 9 pagi pada 26 November tahun lalu. Akibat kejadian itu, bekas pelajar Kolej Intra, Kuala Selangor itu dimasukkan ke Hospital Tanjong Karang apabila hampir 35 peratus badannya terbakar sebelum dipindahkan ke HTAR pada Isnin lalu. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. | ||
| Posted: Doktor alim tipu suami isteriOleh ROSLI HASSAN
MELAKA – Gara-gara terlalu percaya dengan seorang doktor perubatan alternatif yang berperwatakan alim, sepasang suami isteri kerugian RM14,000 apabila terpedaya membeli ubat-ubatan daripada doktor berkenaan bagi mengubat pelbagai penyakit yang dihidapi pasangan itu dan anak lelaki mereka. Namun selepas mengeluarkan belanja yang besar, malangnya penyakit lutut, sakit urat, batu karang, kencing manis dan darah tinggi yang dihidapi pembantu am pejabat, Salihah Biran (gambar), 54, dan suaminya yang bekerja sebagai atendan pam minyak, Sarip Sayed, 61, masih tidak pulih. Begitu juga dengan masalah mental dialami seorang anak lelaki mereka yang berusia 33 tahun yang tidak berubah. Malah penyakit tiga beranak itu didakwa semakin teruk kerana sepanjang sebulan memakan ubat yang dibeli daripada doktor yang berusia 72 tahun itu, tiga beranak itu berhenti memakan ubat yang dibekalkan oleh hospital atas nasihat doktor terbabit. Salihah berkata, dia dan suami pertama kali berjumpa dengan doktor itu yang kelihatan seperti 'orang baik' pada 14 Oktober 2009 di sini selepas disaran oleh abang iparnya. Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini. |
| You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |



Tiada ulasan:
Catat Ulasan