Jumaat, 21 Januari 2011

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Dibuang suami seperti sampah

Posted: 20 Jan 2011 11:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Akibat terlalu ghairah mengejar harta dan lelaki berpangkat pada usia muda, seorang siswi sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) akhirnya berdepan bahana dibuang suaminya seperti sampah.

Lebih memilukan, suaminya, seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat besar di ibu kota mula mengabaikannya ketika dia sarat hamil anak pertama.


Siswi yang dikenali sebagai Suzie, 20-an, amat terkejut dengan sikap suaminya yang tidak mahu mengakuinya isteri yang sah, malah bersikap seperti mereka tidak pernah kenal selepas menjejaki lelaki bergelar Datuk berusia 50-an itu di pejabatnya.

Mendedahkan kepincangan itu, peguam syarie, Datuk Zaidi Zain berkata, siswi terbabit pelajar tahun tiga sebuah universiti awam berasal dari sebuah kampung di pantai timur. "Apabila berjinak-jinak dalam persatuan mahasiswa dan bertemu ramai pihak di pelbagai syarikat bagi tujuan persatuan, dia teruja untuk mendekati golongan berpangkat sehingga terpaut dengan seorang CEO menyebabkan hubungan mereka makin rapat.


"Enam bulan kemudian, dia memutuskan untuk berkahwin dengan Datuk terbabit, namun ibu bapanya di kampung membantah dengan alasan dia perlu menyelesaikan pengajian di universitinya terlebih dulu.


"Pada masa sama, dia digula-gulakan dengan aneka barang mewah membuatkannya gelap mata dan nekad melawan cakap ibu bapa.

"Mereka kemudian berkahwin di negara jiran kerana tidak mendapat restu keluarga," katanya. Beliau berkata, ibu muda itu sanggup datang berjumpanya di ibu kota walaupun masih dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi semata-mata mahu meminta bantuan bagi mendapatkan pembelaan.


"Si suami berani bertindak demikian kerana perkahwinan mereka di negara jiran tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama di negara ini.

"Dia memang mendesak suaminya melakukan pendaftaran, tapi pelbagai alasan diberikan. Suaminya mula tidak mengendahkannya selepas mengetahui dia hamil dan tidak dapat lagi mengikuti kuliah.


"Sikap dingin suaminya tidak habis begitu saja, malah bayaran sewa kondominium mewah yang dihuninya tidak dibayar lagi, bahkan kemewahan lain termasuk kereta yang diberikan konon atas dasar cinta sebelum ini ditarik balik," katanya. Zaidi berkata, firmanya sudah menghantar surat kepada suami wanita terbabit untuk perbincangan, tetapi masih tidak mendapat maklum balas.


"Selepas mendapatkan persetujuan wanita itu, baru-baru ini kami memfailkan permohonan cerai taklik di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur. Buat masa ini, kami tunggu sebutan pertama kes yang dijangka pada bulan depan," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Dihempap batu besar

Posted: 20 Jan 2011 11:41 AM PST

KAJANG: Keseronokan seorang pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Shah Alam menawan puncak Bukit Broga di sini, berakhir tragedi apabila dia ditemui terbaring selepas dihempap seketul batu besar, pagi semalam.

Difahamkan, mangsa mendaki bukit itu bersama 15 rakan lain kira-kira jam 5 pagi sebelum ditimpa kemalangan itu ketika mahu turun dari bukit berkenaan.


Mangsa, Norhanani Shahimi, 23, menderita kesakitan hampir dua jam selepas batu besar jatuh secara tiba-tiba di atas belakangnya.

Bapa mangsa, Shahimi Abdan, 50, berkata, anak sulungnya itu kerap mendaki bukit berkenaan, namun tidak menyangka akan ditimpa malang.


"Saya mendapat panggilan telefon daripada rakannya kira-kira jam 10 pagi mengatakan anak saya ditimpa kemalangan hingga mengalami kecederaan serius di bahagian tulang belakang," katanya ketika dihubungi di sini, semalam. Katanya, anaknya ditemui dalam keadaan terbaring di lereng bukit oleh seorang rakannya yang turut serta mendaki bukit itu.


"Rakan anak saya itu kemudian menghubungi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk mendapatkan bantuan.

"Saya dimaklumkan, sepasukan penyelamat JPAM bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi," katanya.


Shahimi berkata, anak perempuannya itu yang sedang mengikuti Pengajian Pengurusan Maklumat kemudian dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan susulan. "Doktor mengesahkan anak saya patah tulang belakang," katanya. Menurutnya, anaknya kini dirujuk ke sebuah hospital swasta di sini untuk rawatan susulan.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan