Harian Metro: Setempat |
Posted: 27 Sep 2012 04:31 PM PDT KUALA LUMPUR: Dua stor menyimpan cakera video digital (DVD) dan cakera padat (CD) filem serta lagu cetak rompak dari luar negara di Jalan Tun HS Lee dan Jalan Silang, di sini, diserbu petang semalam. Dalam serbuan yang dilakukan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu, sebanyak 83,000 DVD dan CD dirampas dengan anggaran nilai RM100,000.
Abd Halim berkata, ketika serbuan kedua-dua premis itu tidak berpenghuni dan siasatan mendapati DVD dan CD di situ disasarkan untuk pasaran warga asing di Malaysia.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28 |
Posted: 27 Sep 2012 04:28 PM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) meneliti dengan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk mewujudkan sebuah pusat penempatan sementara golongan gelandangan bagi mengatasi masalah golongan itu di ibu negara. Datuk Bandar DBKL, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, ketika ini DBKL sudah mengenal pasti satu kawasan seluas dua hektar untuk dijadikan pusat perlindungan sementara itu.
"Ada sesetengah mereka itu bekerja, tetapi memilih untuk tidak menyewa rumah dan lebih suka tinggal di bawah jambatan kerana dapat menjimatkan bayaran sewa," katanya pada sidang media selepas merasmikan Perbarisan Hari Penguatkuasa DBKL ke-43 2012 di Taman Tasik Titiwangsa, di sini, semalam.
Terdahulu, beliau dalam ucapannya berkata, statistik tindakan undang-undang sepanjang lapan bulan pertama tahun ini menunjukkan 66,708 notis kesalahan dikeluarkan dan 90 peratus daripadanya kesalahan lalu lintas.
"Sebanyak 324 notis kesalahan juga dikeluarkan kerana tidak menggunakan jejantas dengan kutipan kompaun serta-merta RM7,598," katanya. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan