Harian Metro: Setempat |
Posted: 22 Sep 2012 09:53 AM PDT MELAKA: Seorang pekerja kontrak warga Indonesia maut selepas terjatuh dari tingkat lima sebuah pangsapuri di Ayer Keroh, dekat sini ketika cuba melarikan diri dalam Ops 6P, Jabatan Imigresen negeri. Dalam kejadian jam 11.50 malam kelmarin, lelaki dikenali sebagai Mathoseh, 35, dari Jawa Timur itu sedang menyorok dengan meniarap di atas bumbung Pangsapuri Taman Tasik Utama sambil berpaut pada tembok batu di bumbung itu.
Mangsa yang parah di muka, tangan dan kaki sempat diajar mengucap syahadah sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Katanya, pegawainya terpaksa memecah pintu rumah di tingkat lima yang dihuni tujuh warga Indonesia itu ketika pemeriksaan kerana mereka enggan memberi kerjasama.
"Pemeriksaan di bumbung mendapati enam orang masing-masing lima perempuan dan seorang lelaki sedang duduk di situ, manakala mangsa yang tidak disedari sedang berpaut tiba-tiba menggelongsor jatuh," katanya pada sidang media di Pejabat Imigresen negeri, di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 |
Tengkorak milik warga emas hilang Posted: 22 Sep 2012 08:58 AM PDT PEKAN: Polis mengesahkan tengkorak dan beberapa bahagian anggota badan yang ditemui kelmarin dan semalam di kawasan belukar berhampiran Sungai Miang, dekat Pekan, adalah Sh Othman Sh Bakar, 72, yang dilaporkan hilang Sabtu lalu. Lebih menguatkan dakwaan apabila turut ditemui MyKad, gigi palsu, kopiah dan cermin mata milik warga emas berkenaan yang dipercayai dibunuh pada hari dia dilaporkan hilang.
Menurutnya, anggota badan mangsa terpisah mungkin kerana dimakan binatang liar yang banyak terdapat dalam kawasan belukar berkenaan, yang memaksa operasi mencari terpaksa dilakukan dengan kerjasama beberapa agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat, Rela, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan penduduk kampung.
Beliau berkata, Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan masih melakukan siasatan lanjut berhubung penemuan tengkorak, badan dan beberapa anggota.
Katanya, salah seorang suspek yang bekerja sebagai penjaga sangkar ikan, di sini, mempunyai rekod lampau membabitkan kes samun pada 2004 adalah rakan mangsa. Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Setempat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan