Harian Metro: Mutakhir |
5,000 berhimpun bantah hina Islam Posted: 21 Sep 2012 01:58 PM PDT KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 umat Islam berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap usaha menghina agama Islam menerusi filem 'Innocence of Muslims' dan karikatur yang dikeluarkan di Perancis beberapa hari lalu di dua lokasi berbeza di ibu negara, semalam. Perhimpunan anjuran Pemuda Barisan Nasional dan beberapa pertubuhan badan bukan kerajaan lain diadakan di Masjid Kampung Baru manakala satu lagi kendalian Dewan Pemuda Pas di hadapan pejabat Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak, dekat sini.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mengetepikan ideologi politik untuk bersama-sama menyuarakan rasa tidak puas hati berhubung kecaman demi kecaman terhadap Islam yang semakin ketara kebelakangan ini.
Menurutnya, meskipun berbeza fahaman politik, Pemuda Umno dan Barisan Nasional bersolidariti dengan Dewan Pemuda Pas kali ini bagi menyatakan rasa tidak puas hati terhadap penghinaan agama Islam.
Menurutnya, pengeluar filem dan kartunis itu yang menggunakan kebebasan bersuara bagi menyokong tindakan mereka menghina agama Islam langsung tidak rasional.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 |
Bayi bersisik berkurung dalam rumah Posted: 21 Sep 2012 01:57 PM PDT TASEK GELUGOR: Seorang bayi lelaki terpaksa berkurung dalam rumah sejak dilahirkan berikutan penyakit kulit dihidapinya yang menyebabkan dia berasa gatal selain kulit bertukar kemerahan jika terkena cahaya matahari. Selain itu, kulit Mohd Adam Qayyum Mohd Shahidan, setahun lima bulan juga kelihatan bersisik dan mudah tertanggal jika digaru serta lebih teruk jika terdedah kepada cuaca panas.
Menurutnya, penyakit anak lelakinya itu dikesan sebaik dilahirkan apabila kulitnya kering dan bersisik tidak seperti bayi lain.
Difahamkan, Mohd Adam Qayyum menghidap penyakit 'colodium baby' dan doktor pakar menasihatkan keluarganya bersabar kerana penyakit berkenaan agak sukar untuk diubati.
"Saya harap ada pihak tampil membantu mengubati penyakit anak saya sama ada cara moden atau tradisional," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/22 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan