Ahad, 23 September 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Keputusan tenis WTA Seoul

Posted: 22 Sep 2012 10:57 PM PDT

Artikel Berkenaan

TOKYO: Juara dua kali, Lee Chong Wei merampas kembali gelaran juara perseorangan lelaki kejohanan badminton Terbuka Jepun selepas mengetepikan pencabar dari Thailand, Boonsak Ponsana, sebentar tadi.

SARIKEI: Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang menyangkal khabar angin yang tersebar di Pakan bahawa beliau tidak akan diletakkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Julau pada pilihan raya umum akan datang.

JAKARTA: Skuad elit anti pengganas Indonesia menahan sembilan orang dipercayai pengganas di Indonesia dan merampas sejumlah bom daripada kumpulan itu yang disyaki merancang pengebom berani mati terhadap pasukan keselamatan dan kerajaan, kata polis.

SAN FRANCISCO: Tiada mana-mana pihak yang berpuas hati terhadap keputusan Mahkamah Amerika Syarikat (AS) yang memutuskan Samsung perlu membayar pampasan sebanyak AS$1 bilion kepada Apple selepas perbicaraan tiga minggu.

BENGHAZI: Pihak berkuasa Libya merampas semula ibu pejabat dan pangkalan tentera militia di sini selepas pemberontak bersenjata menyerang mereka lewat malam tadi menyebabkan sekurang-kurangnya 11 terkorban dan 70 lagi mengalami kecederaan.

MOGADISHU: Seorang lelaki bersenjata menembak mati penggubal undang-undang di sini semalam, kata Speaker Parlimen Somalia, Osman Jawari.

MORELIA: Sebanyak tujuh mayat yang terbakar dan dikerat-kerat ditemui dalam trak pikap di barat Mexico yang dipercayai mempunyai kaitan dengan perbalahan antara geng dadah.

MEXICO CITY: Gempa bumi kuat berukuran 5.4 magnitud menggegarkan selatan dan tengah Mexico pagi tadi tetapi tiada laporan kerosakan atau kematian, kata Institut Seismologi Kebangsaan negara itu.

Bastia 0, Paris SG 4 (Menez 6, Ibrahimovic 40, 90, Matuidi 72)

Parma 1 (Valdes 90+3-pen) Fiorentina 1 (Roncaglia 20), Juventus 2 (Quagliarella 63, 68) Chievo 0

Barcelona 2 (Xavi 87, Gomez 90+2-og) Granada 0

Jo-Wilfried Tsonga (FRA x1) klk Nikolay Davydenko (RUS x8) 6-0, 3-6, 6-4

Chong Wei juara Terbuka Jepun

Posted: 22 Sep 2012 10:43 PM PDT

TOKYO: Juara dua kali, Lee Chong Wei merampas kembali gelaran juara perseorangan lelaki kejohanan badminton Terbuka Jepun selepas mengetepikan pencabar dari Thailand, Boonsak Ponsana, sebentar tadi.

Pilihan utama kejohanan itu yang juga pemenang pada 2007 dan 2010 bermain cemerlang ketika menyekat tentangan pemain Thailand itu dengan 21-18, 21-18.

"Memang perlawanan ini menarik tapi ia sengit. Ini kejohanan pertama saya selepas Sukan Olimpik London.
"Saya amat gembira kerana bermula dengan kemenangan ini dan saya boleh melupakan kekecewaan di London dengan gelaran ini," katanya yang kecundang di tangan Lin Dan pada final Olimpik dua kali berturut-turut. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan