Berita Harian: Mutakhir |
PAC teliti proses salur pinjaman kepada NFC Posted: 25 Sep 2012 03:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang meneliti proses penyaluran pinjaman berjumlah RM250 juta kepada National Feedlot Corporation (NFCorp) bagi tujuan projek Pusat Fidlot Nasional (NFC). Pengerusi PAC, Datuk Seri Azmi Khalid, berkata Jabatan Audit Negara diminta membuat penilaian mengenai proses penyaluran wang pinjaman kepada syarikat itu. "Audit khas ini dibuat dua bulan lalu, kita (PAC) arahkan jabatan audit untuk melakukan audit berhubung isu ini, sama ada ia dibuat mengikut prosedur serta berdasarkan perjanjian yang ditetapkan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen di sini hari ini.PAC sebelum itu mengadakan pertemuan dengan wakil Jabatan Audit Negara bagi mendapatkan laporan berhubung audit berkenaan. Bagaimanapun, Azmi enggan mendedahkan kandungan laporan awal berkenaan dan berkata terdapat beberapa isu dan persoalan berbangkit yang akan dijelaskan minggu depan. - BERNAMA |
Kelindan lori hadapi tujuh pertuduhan pecah rumah dan mencuri Posted: 25 Sep 2012 03:06 AM PDT IPOH: Seorang kelindan lori dihadapkan ke empat Mahkamah Majistret berasingan hari ini atas tujuh pertuduhan pecah rumah dan mencuri di sekitar bandar raya ini, sejak 2010 hingga Mac lalu. T Dinesh Kumar, 21, dari Taman Muda, Simpang Pulai dekat sini, mengaku tidak bersalah terhadap kesemua tuduhan itu. Dia didakwa memecah masuk tujuh rumah membabitkan kerugian lebih RM46,000 dan antara barangan yang dicuri termasuk televisyen LCD, komputer riba, jam tangan Rolex, barangan kemas dan wang tunai.Kesalahan didakwa dilakukan antara 11 malam hingga jam 7.30 pagi sejak, Mei 2010 hingga Mac 2012. Pertuduhan itu dibacakan di hadapan empat Majistret iaitu Shamsol Azwa Mar Kadza, Ahmad Feisal Mohd Azmi, Haslinda Raof dan Majistret Nor Melati Diana Abdul Wahab. Semua pertuduhan itu dilakukan mengikut Seksyen 454 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan bagi kesalahan berulang boleh dikenakan denda dan sebatan. Mahkamah membenarkan Dinesh yang diwakili peguam Mahinderjit Singh diikat jamin berjumlah RM25,800 dengan tujuh orang penjamin dan menetapkan 24 Oktober untuk sebutan semula kes. |
You are subscribed to email updates from Berita Harian: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan