Jumaat, 28 September 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Nicol mara ke suku akhir Carol Weymuller 2012

Posted: 28 Sep 2012 12:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David mara ke suku akhir Terbuka Carol Weymuller 2012 di New York, pada Khamis.

Pemain berusia 28 tahun itu menundukkan Kasey Brown dari Australia dengan 11-9, 11-5 dan 11-6.

Dalam perlawanan sebelum itu, pemain nombor dua negara Low Wee Wern disingkirkan daripada kejohanan oleh pemain England, Laura Massaro.

Wee Wern bermula baik apabila menguasai dua set pertama dengan 11-7 dan 11-4, namun Massaro berjaya mengembalikan keyakinan diri untuk memenangi tiga set seterusnya dengan 11-2,11-3 dan 11-8. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Raja bola Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia

Posted: 27 Sep 2012 11:03 PM PDT

KUALA LUMPUR: Raja bola, Tan Sri Abdul Ghani Minhat meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) hari ini akibat komplikasi selepas menjalani pembedahan pintasan jantung di institut itu.

Allahyarham, 77, menjalani pembedahan itu pada Selasa lalu dan menghembuskan nafas terakhir pada 10.34 pagi ini, kata adik iparnya, Datuk Nik Kamaruddin Ismail kepada Bernama, di sini hari ini.

Nik Kamaruddin berkata jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di masjid Kampung Baru, di sini sebelum dikebumikan selepas solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam USJ 21, Subang Jaya.

Allahyarham Abdul Ghani meninggalkan isteri Puan Sri Tengku Aishah Tengku Ibrahim dan empat anak, dua lelaki dan wanita.


Di zaman kegemilangannya di sekitar tahun 1960-an hingga 1970-an, Allahyarham yang bermain sebagai 'inside forward', merupakan pemain yang licik dan lincah dan sering menggerunkan pihak lawan.


Walaupun dilahirkan di Rantau, Negeri Sembilan pada 1935, Allahyarham banyak menyumbangkan tenaga sebagai pemain dan jurulatih bersama pasukan Selangor.

Pada 1959, Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) menganugerahkan gelaran Raja Bola kepada Allahyarham sebagai menghargai sumbangannya kepada negeri itu.

Allahyarham pernah merangkul anugerah pemain bola sepak terbaik kebangsaan pada 1959 dan 1960 dan pernah melakukan keajaiban dengan menjaringkan 106 gol hanya dalam 15 perlawanan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/28


Tiada ulasan:

Catat Ulasan