Khamis, 20 September 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Pelajar tingkatan dua wakili Malaysia ke Jepun

Posted: 20 Sep 2012 06:00 AM PDT

SHAH ALAM: Pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan Mergong, Alor Setar di Kedah Sharifah Nurul Aieen Syed Shafulamin akan mewakili Malaysia ke Pertandingan Peringkat Antarabangsa Diari Bergambar Eco di Kyoto, Jepun, November ini.

Sharifah Nurul Aieen, 14, dipilih mewakili negara ke pertandingan anjuran Panasonic itu setelah muncul juara keseluruhan peringkat kebangsaan menewaskan 96 peserta peringkat akhir dari seluruh negara. Ketua Pengurus Komunikasi Korporat dan Penjenamaan Panasonic Malaysia, Azizah Wahid, berkata pelajar itu dipilih selepas diari bergambar yang dihasilkan menepati tema tentang isu-isu global alam sekitar dan penyampaian mesej yang berkesan berhubung cara untuk melindungi bumi.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


Pelajar kolej cabul rakan

Posted: 20 Sep 2012 03:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret dan Sesyen Ampang di sini hari ini, atas pertuduhan mencabul dan merogol dua wanita.

Di Mahkamah Majistret, Ahmad Farid Abdul Jalil, 19, dari Cheras Baru, didakwa mencabul rakannya yang berusia 23 tahun di dalam sebuah kereta di tepi jalan Lebuh Raya Hulu Langat, Ampang, pada 8.22 malam, 13 Mei lalu. Di Mahkamah Sesyen, Ahmad Farid didakwa merogol seorang pelukis draf berusia 22 tahun, di kawasan lapang Menara Tinjau, Jalan Ampang, Selangor, pada 12.30 malam, 11 September lalu.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/20


Tiada ulasan:

Catat Ulasan