Isnin, 24 September 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


DiGi tawar SIM nano percuma mulai 26 September

Posted: 24 Sep 2012 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: DiGi Telecommunications Sdn Bhd akan menawarkan SIM nano percuma untuk pengguna yang melanggan mana-mana "Smart Plan" atau "Postpaid Plus"nya, mulai 26 September.

Dalam satu kenyataan hari ini, DiGi berkata, pengguna pasca bayar sedia ada hanya perlu membayar RM20 untuk SIM "swapping" sedia ada ke SIM nano.

"SIM Nano ini boleh diperoleh di hampir 250 cawangan DiGi seluruh negara pada awal Oktober tahun ini," katanya.
Senarai penuh cawangan DIGi yang menyertai akan disiarkan esok di www.digi.com.my/nanosim, katanya. - BERNAMA

SPR tiada kuasa hukum wakil rakyat lompat parti: Nazri

Posted: 24 Sep 2012 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mempunyai kuasa yang diperuntukkan undang-undang untuk menentukan hukuman ke atas wakil rakyat yang melompat parti.

Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perlembagaan Negeri dan Akta Pilihan Raya 1958 dengan hanya memberi kuasa kepada SPR untuk menentukan kekosongan kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat dan Speaker DUN.

Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, berkata kuasa itu diberikan mengikut peruntukan Fasal (1) Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, Sub Sekyen 12(3) Akta Pilihan Raya dan pelbagai peruntukan dalam Perlembagaan Negeri.
"Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan memberi jaminan kebebasan untuk berpersatuan kepada setiap individu.

"Sehubungan itu, mana-mana pihak adalah bebas untuk menyertai parti tanpa perlu mengosongkan kerusinya," katanya.

Beliau berkata demikian pada jawapan bertulis menjawab soalan Karpal Singh (DAP- Bukit Gelugor) pada sidang Dewan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan