Selasa, 25 September 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pro-A menang besar

Posted: 25 Sep 2012 02:53 PM PDT

Pilian raya kampus: Calon sokong kerajaan kuasai 12 universiti

Kuala Lumpur: Calon proaspirasi (Pro-A) menang besar mengatasi calon promahasiswa (Pro-M) yang menyokong pembangkang pada pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berakhir semalam.

Setakat malam tadi, Pro-A menguasai 12 universiti termasuk lima yang mengadakan pemilihan MPP Khamis lalu.
Benar pelajar pegang jawatan Pemilihan MPP kali ini adalah yang pertama selepas pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (pindaan 2012) yang membenarkan pelajar memegang jawatan dalam parti politik tetapi tidak dibenarkan kempen parti di dalam kampus.

Untuk gambar dan berita dapatkan BH hari ini atau layari BH Digital di http://subscription.nstp.com.my/

Misi Rakhine bukti Malaysia peka

Posted: 25 Sep 2012 02:45 PM PDT

Pelabuhan Klang: Misi bantuan kemanusiaan yang aktif dilaksanakan badan bukan kerajaan (NGO) menggambarkan rasa tanggungjawab dan prihatin rakyat negara ini membantu meringankan penderitaan jiran serantau.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata bantuan yang disalurkan bukan bertujuan mencampuri masalah dalaman negara terbabit, sebaliknya meringan penderitaan penduduk terjejas tanpa mengira bangsa dan agama.

"Misi bantuan ini adalah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai jiran dan atas semangat ASEAN.

Misi bantuan ini adalah melaksanakan tanggungjawab kita sebagai jiran dan atas semangat ASEAN" - Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri

"Ia adalah langkah sementara bagi mengurangkan penderitaan penduduk di Rakhine, Myanmar.

"Kita percaya Kerajaan Myanmar juga prihatin dan berusaha menyelesaikan masalah mereka. Perlu ada usaha bersepadu untuk mencari jalan supaya rakyat di Myanmar atau tempat lain dapat hidup aman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelepasan kapal Sinar Bima dari Pelabuhan Utara di sini, membawa 500 tan bantuan dalam bentuk makanan, keperluan perubatan dan lain-lain ke wilayah Myanmar itu.

Misi berkenaan dilancarkan Kelab Putera 1Malaysia yang mengambil inisiatif mengumpulkan barangan dan dana yang dihulurkan rakyat negara ini termasuk daripada syarikat swasta.
Laporan sebelum ini menyatakan, puluhan ribu etnik Rohingya yang beragama Islam menderita akibat kemiskinan.

Turut hadir Timbalan Menteri Luar, Kohillan Pilay; Duta Myanmar ke Malaysia, U Tin Latt; Pengerusi Northport (Malaysia) Bhd , Tan Sri Wan Abdul Rahman Wan Yaacob dan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Pada majlis berkenaan, Northport turut menyumbang RM100,000 kepada Kelab Putera 1Malaysia bagi membantu misi berkenaan.

Muhyiddin berkata, sukarelawan yang diketuai Abdul Azeez Abdul Rahim diminta mengutamakan keselamatan dan tidak terbabit dalam masalah dalaman di negara itu.

Sementara itu, Abdul Azeez berkata, kapal Sinar Bima akan mengambil masa lima hari untuk tiba di Pelabuhan Yangon dan barangan itu akan diangkut dengan lori tentera ke Rakhine, kira-kira 900 kilometer dari Yangoon.

Katanya, 50 sukarelawan, pegawai perubatan dan pengamal media yang terbabit dalam misi ini dijangka berlepas pada 1 Oktober ini dan mereka akan mengagihkan barangan berkenaan selama 10 hari di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan