Harian Metro: Mutakhir |
Posted: 31 Aug 2012 12:59 PM PDT KUALA LUMPUR: Metro Ahad unggul menguasai segmen akhbar mingguan dengan mencatatkan kenaikan 189,000 pembaca kepada 4.061 juta pembaca sehari bagi tempoh suku kedua 2012 berbanding 3.872 juta pembaca sehari dalam tempoh yang sama tahun lalu. Kaji selidik Tinjauan Pengguna dan Media Nielsen bagi tempoh sama menunjukkan Harian Metro kukuh menerajui sebagai akhbar harian utama di Malaysia dengan mencatatkan purata 3.695 juta pembaca sehari berbanding 3.654 bagi tempoh sama sebelumnya.
"Seramai 1.934 juta pembaca Harian Metro adalah pembaca lelaki dengan purata pembaca memperolehi pendapatan lebih RM3,000 sebulan iaitu seramai 1.304 juta sekali gus menjadikan golongan berkenaan sebagai pembaca majoriti akhbar berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012 |
Posted: 31 Aug 2012 12:58 PM PDT ALOR SETAR: Seorang bayi perempuan berusia 20 bulan hidup menderita apabila perutnya membesar akibat penyakit hati menyebabkan dia kini lemah dan sering menangis kerana tidak selesa. Nur Dayana, anak tunggal pasangan Shaharudin Mat Salleh, 26, dan Siti Kamariah Abu Samah, 26, yang dilahirkan normal dijangkiti demam kuning sehingga ujian darahnya ke tahap 300 bilirubin dan terpaksa dirawat sepenuhnya selama tiga hari di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.
Katanya, disebabkan itu, dia kerap berulang-alik ke HSB untuk membuat pemeriksaan lanjut selepas itu dan lega selepas anaknya disahkan semakin sihat.
Siti Kamariah berkata, seluruh badan serta mata putih Nur Dayana sebelum ini kuning sehingga dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya membawa anaknya itu ke hospital untuk membuat pemeriksaan.
"Bagaimanapun, kuning di badan anak saya kini berkurangan dan dia juga nampak lebih sihat berbanding sebelum ini, tetapi saya hanya bimbangkan perutnya akan terus membesar jika dibiarkan.
Artikel ini disiarkan pada : 01/09/2012 |
You are subscribed to email updates from Harian Metro: Mutakhir To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan